02/06/2026
π’ HEBAHAN MAKLUMAT
GARIS PANDUAN LARANGAN AKTIVITI POLITIK DALAM PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU NEGERI JOHOR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bagi memastikan masjid dan surau kekal sebagai institusi yang menyatukan ummah, bebas daripada unsur kepartian serta sentiasa memelihara keharmonian masyarakat, orang ramai khususnya ahli jawatankuasa masjid dan surau, penceramah, pengimarah serta para pengunjung adalah diminta untuk mengambil maklum dan mematuhi Garis Panduan Larangan Aktiviti Politik Dalam Program Pengimarahan Masjid dan Surau Negeri Johor yang telah ditetapkan.
Garis panduan ini bertujuan memastikan segala aktiviti dan program pengimarahan dilaksanakan dalam suasana yang harmoni, beradab serta berlandaskan arahan dan ketetapan pihak berkuasa agama.
π Sila rujuk infografik yang disertakan untuk maklumat lanjut.
Bersama-sama kita memelihara kesucian, perpaduan dan keharmonian masjid serta surau demi kesejahteraan ummah.