01/08/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada panel eksklusif kita, YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) JPPKK, atas perkongsian ilmu yang sungguh bernas dan sarat inspirasi. Kupasan mendalam beliau mengenai integriti dan kompetensi nyata menyuntik semangat baharu untuk kita membudayakan kerja cemerlang.
βUcapan syabas juga buat moderator hebat, Puan Rahaidah Abd Rahim, Pensyarah Utama Kolej Komuniti Hulu Langat, yang mengemudi dialog ini dengan amat lancar, hidup, dan cukup menarik. Kebijaksanaan beliau mengurus sesi menjadikan topik berat ini mudah difahami dan santai dihayati. βKombinasi mantap kedua-dua figura luar biasa ini berjaya menjayakan Dialog Integriti dengan sangat cemerlang! Terima kasih atas masa, kepakaran, dan komitmen yang diberikan. Semoga ilmu yang dikongsi membawa manfaat berterusan dan ada rezeki untuk kita bekerjasama lagi di masa hadapan.
Ts. Turut dibawa untuk memantau Kursus Pendek sempena program National Training Weeks yang sedang berlangsung di Kolej Komuniti Sarikei.
Politeknik Mukah Sarawak (PMU)
Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu