Media Pemuda PBB N41 Kuala Rajang

Media Pemuda PBB N41 Kuala Rajang Media Pergerakan Pemuda PBB N41 Kuala Rajang Official

PBB Cawangan N41 Kuala Rajang turut menyertai Apresiasi Digital Kontinjen Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1448H/2...
02/09/2026

PBB Cawangan N41 Kuala Rajang turut menyertai Apresiasi Digital Kontinjen Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1448H/2026M.

Klik tanda LIKE 👍 pada gambar kami di page tersebut sebagai tanda sokongan daripada anda semua.


Keterangan Laporan Polis Berhubung Perbuatan Memijak Bendera Sarawak (Ibu Pertiwi)21/8/2026 : LAPORAN POLIS BERHUBUNG PE...
21/08/2026

Keterangan Laporan Polis Berhubung Perbuatan Memijak Bendera Sarawak (Ibu Pertiwi)

21/8/2026 : LAPORAN POLIS BERHUBUNG PERBUATAN MEMIJAK BENDERA SARAWAK (IBU PERTIWI)

Kami yang mewakili tiga Cawangan Zon Tengah, iaitu N.41 Kuala Rajang, N.45 Repok dan N.46 Meradong, telah membuat laporan polis berhubung satu tindakan individu yang dipercayai telah memijak bendera Sarawak (Ibu Pertiwi).

Kami memandang serius perbuatan tersebut kerana bendera Sarawak merupakan salah satu simbol rasmi dan lambang identiti, maruah serta kedaulatan Negeri Sarawak. Tindakan memijak bendera tersebut dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati simbol negeri dan boleh menimbulkan kemarahan serta ketegangan dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Perbuatan berkenaan juga telah menimbulkan rasa tersinggung dan tidak senang hati dalam kalangan masyarakat, khususnya rakyat Sarawak yang amat menghargai bendera negeri sebagai lambang identiti dan kebanggaan bersama.

Sehubungan itu, kami memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kejadian tersebut, mengenal pasti individu yang terlibat serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati berlaku kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa.

Kami juga berharap agar perkara ini dapat ditangani secara profesional dan mengikut lunas undang-undang bagi mengelakkan sebarang tindakan balas, provokasi atau ketegangan dalam kalangan masyarakat.

Laporan ini dibuat bukan bertujuan untuk mencetuskan permusuhan, sebaliknya sebagai tanda keprihatinan dan pendirian bahawa simbol rasmi Negeri Sarawak hendaklah dihormati oleh semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan fakta serta bukti yang diperoleh.

Media Pemuda PBB N41 Kuala Rajang
Pemuda PBB Cawangan N45 Repok
Pemuda PBB N46 Meradong
Pemuda PBB Sarawak

, , , ,

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat YB Datuk Haji Len Talif SallehArmada Pemuda PBB Cawangan N.41 Kuala Rajang mengucapka...
05/02/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat
YB Datuk Haji Len Talif Salleh

Armada Pemuda PBB Cawangan N.41 Kuala Rajang mengucapkan selamat hari lahir kepada YB Datuk Len Talif Salleh

Semoga YB Datuk dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan untuk terus gemilang mengemudi kepimpinan dan memacu pembangunan kawasan Kuala Rajang.

Semoga Allah memberkati umur beliau dengah segala limpah kurnia dan rahmat hendaknya.

Ikhlas dari
Armada Pemuda PBB N41 Kuala Rajang

Address

Jalan Masjid Lama
Sarikei
96100

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Pemuda PBB N41 Kuala Rajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Media Pemuda PBB N41 Kuala Rajang:

Shortcuts

Share