Ibu Pejabat Polis Daerah Saratok

Ibu Pejabat Polis Daerah Saratok PDRM

SOLAT SUNAT DHUHA & BACAAN SURAH YASINSaratok, 28 Ogos 2026 - Solat Sunat Dhuha dan Bacaan Yasin Peringkat IPD Saratok t...
28/08/2026

SOLAT SUNAT DHUHA & BACAAN SURAH YASIN

Saratok, 28 Ogos 2026 - Solat Sunat Dhuha dan Bacaan Yasin Peringkat IPD Saratok telah dijalankan di Rumah PERKEP IPD Saratok. Program yang dihadiri oleh Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam ini jelas menunjukkan usaha berterusan pihak polis dalam memupuk nilai kerohanian dan kebersamaan di kalangan warga kerja IPD Saratok. Program tersebut dapat meningkatkan kesedaran rohani di kalangan warga PDRM dan memupuk rasa cinta kepada Ibadah.

Gotong-Royong Peringkat IPD Saratok20.08.2026 - Gotong-Royong Peringkat IPD Saratok telah dijalankan di Rumah Sri Krian ...
20/08/2026

Gotong-Royong Peringkat IPD Saratok

20.08.2026 - Gotong-Royong Peringkat IPD Saratok telah dijalankan di Rumah Sri Krian dan Balai Polis Saratok. Turut hadir Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Saratok. Gotong-royong ini diadakan sebagai satu usaha memperkukuh semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan warga IPD Saratok.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU & LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA19.08.2026 - Amalan Nyanyian Lagu Negaraku & Lafaz Ikrar Rukun N...
19/08/2026

AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU & LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

19.08.2026 - Amalan Nyanyian Lagu Negaraku & Lafaz Ikrar Rukun Negara yang telah dihadiri YDH Ketua Polis Daerah Saratok, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Saratok telah dijalankan di Bilik Mesyuarat, Rumah Sri Krian, IPD Saratok.

Objektif program tersebut bagi menyampaikan arahan,amanat dan maklumat semasa kepada seluruh warga IPD Saratok. Selain itu, memupuk semangat patriotisme, disiplin serta meningkatkan komitmen warga pasukan dalam melaksanakan tugas. Sepanjang program dijalankan dalam keadaan baik dan lancar.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KAWAD BULANAN PERINGKAT IPD SARATOK18.08.2026 - Latihan Dalam Perkhidmatan Kawad Bulanan Peri...
18/08/2026

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KAWAD BULANAN PERINGKAT IPD SARATOK

18.08.2026 - Latihan Dalam Perkhidmatan Kawad Bulanan Peringkat IPD Saratok telah dijalankan di Padang Kawad IPD Saratok. Latihan kawad diadakan bagi memantapkan setiap pergerakan semasa kawad dan meningkatkan tahap kesihatan,disiplin serta membina semangat berpasukan bagi membentuk jati diri unggul dalam warga Polis IPD Saratok.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".

AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA & LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PENGENALAN KEPADA TOT KECERDASAN BU...
12/08/2026

AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA & LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PENGENALAN KEPADA TOT KECERDASAN BUATAN (AI) PERINGKAT IPD SARATOK

12.08.2026 - Amalan Nyanyian Lagu Negaraku, Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kecerdasan Buatan (AI) yang telah dihadiri YDH Ketua Polis Daerah Saratok, Ketua Bahagian, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Saratok telah dijalankan di Rumah Sri Krian, IPD Saratok.

Objektif program tersebut bagi menyampaikan arahan,amanat dan maklumat semasa kepada seluruh warga IPD Saratok. Selain itu, memupuk semangat patriotisme, disiplin serta meningkatkan komitmen warga pasukan dalam melaksanakan tugas. Sepanjang program dijalankan dalam keadaan baik dan lancar.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

Gotong-Royong Perdana Masjid Al-Muhtadin Saratok 2026/1448H12.08.2026 - Badan Amal dan Kebajikan Islam (BAIKI) IPD Sarat...
12/08/2026

Gotong-Royong Perdana Masjid Al-Muhtadin Saratok 2026/1448H

12.08.2026 - Badan Amal dan Kebajikan Islam (BAIKI) IPD Saratok telah mengikuti Gotong-Royong Perdana di Masjid Al-Muhtadin Saratok. Sepanjang program dijalankan dalam keadaan baik dan lancar.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

07/08/2026

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA BALAI POLIS WESTON

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan anggota dari Balai Polis Weston, Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort, Sabah, petang semalam.

Dalam insiden tersebut, tiga anggota Balai Polis Weston disahkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. Kehilangan mereka merupakan satu tragedi yang amat dirasai oleh seluruh warga Pasukan.

Semoga semua ahli keluarga yang terkesan diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.





#07082026

MAJLIS SOLAT SUNAT DHUHA, BACAAN YASIN & TAHLIL MINGGUAN IPD SARATOKSaratok, 07.08.2026 - Majlis Solat Sunat Dhuha, Baca...
07/08/2026

MAJLIS SOLAT SUNAT DHUHA, BACAAN YASIN & TAHLIL MINGGUAN IPD SARATOK

Saratok, 07.08.2026 - Majlis Solat Sunat Dhuha, Bacaan Yasin & Tahlil Mingguan IPD Saratok telah dijalankan di Rumah PERKEP IPD Saratok. Program yang dihadiri oleh Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam yang beragama Islam ini jelas menunjukkan usaha berterusan pihak polis dalam memupuk nilai kerohanian dan kebersamaan di kalangan warga kerja IPD Saratok. Program tersebut dapat meningkatkan kesedaran rohani di kalangan warga PDRM dan memupuk rasa cinta kepada Ibadah.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT IPD SARATOK06.08.2026 - Program Gaya Hidup Sihat Peringkat IPD Saratok telah dijalank...
06/08/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT IPD SARATOK

06.08.2026 - Program Gaya Hidup Sihat Peringkat IPD Saratok telah dijalankan di Padang Kawad, IPD Saratok. Turut hadir Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Saratok.

Objektif program bagi meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan warga melalui aktiviti senaman berkala. Selain itu, menggalakkan budaya kerja sihat serta kesedaran terhadap kepentingan kesejahteraan diri. Seterusnya, memperkukuh semangat kerjasama dan kesedaran fizikal dalam melaksanakan tugas harian.

Program telah berjalan dengan lancar dan mendapat penyertaan yang baik daripada warga IPD Saratok yang menunjukkan komitmen warga terhadap inisiatif gaya hidup sihat.

Address

Saratok
95400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Saratok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share