PBB N.39 KRIAN

PBB N.39 KRIAN Aktiviti-aktiviti berkaitan dengan parti di kawasan dan perjalanan program yang diadakan dilapangan

Ya ni bukan saya cakap ya... Ya saya setuju 100%... Lebih baik dari GPS hilang kerusi
30/08/2026

Ya ni bukan saya cakap ya... Ya saya setuju 100%... Lebih baik dari GPS
hilang kerusi

π–π€ππˆπ“π€ 𝐏𝐁𝐁 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍.πŸ‘πŸ— πŠπ‘πˆπ€π π’π€ππ“π”ππˆ ππˆπ‘πŽ π–π€ππˆπ“π€ π’π”ππ†π€πˆ πŒπ”πƒπˆππ† 29 Ogos 2026 | 2.00 PetangπŸ“ Rumah Panjang Sungai Muding...
30/08/2026

π–π€ππˆπ“π€ 𝐏𝐁𝐁 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍.πŸ‘πŸ— πŠπ‘πˆπ€π π’π€ππ“π”ππˆ ππˆπ‘πŽ π–π€ππˆπ“π€ π’π”ππ†π€πˆ πŒπ”πƒπˆππ†

29 Ogos 2026 | 2.00 Petang
πŸ“ Rumah Panjang Sungai Muding, Sebetan, Saratok

Sebelum berlangsungnya Program Santai Segulai Sejalai, Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.39 Krian yang diketuai oleh Ketua Wanita Puan Patricia Augustine, telah meluangkan masa menyantuni Biro Wanita Rumah Panjang Sungai Muding, Sebetan, Saratok.

Pertemuan ini bukan sekadar kunjungan, tetapi menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan silaturahim, berkongsi pengalaman serta mendengar pandangan dan aspirasi wanita di peringkat akar umbi.

Menariknya, sesi santai ini turut diisi dengan aktiviti menyediakan makanan tradisional masyarakat Iban, iaitu β€˜penganan iri’ dan β€˜bubur gasak’. Aktiviti sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara para wanita, malah menjadi wadah untuk memelihara, memperkenalkan dan mewariskan khazanah makanan tradisional Iban kepada generasi muda.

Warisan budaya tidak akan terus hidup tanpa usaha untuk memeliharanya. Justeru, penglibatan wanita di peringkat akar umbi amat penting dalam memastikan adat, budaya, resipi dan kemahiran tradisional masyarakat Iban terus diwarisi dan dihargai oleh generasi akan datang.

Inilah semangat Segulai Sejalai, bersama-sama menjaga hubungan, memperkukuh perpaduan dan memastikan setiap lapisan masyarakat terus disantuni.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Biro Wanita Rumah Panjang Sungai Muding atas sambutan yang begitu mesra serta layanan yang diberikan.

Semoga hubungan yang terjalin terus kukuh dan usaha bersama dalam memperkasakan wanita serta memelihara warisan budaya dapat diteruskan pada masa akan datang.

Jaga Sarawak, Intu Sarawak!








ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π€ππ“π€πˆ π’π„π†π”π‹π€πˆ π’π„π‰π€π‹π€πˆ 𝐏𝐁𝐁 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍.πŸ‘πŸ— πŠπ‘πˆπ€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠπ€π π–π€ππˆπ“π€ 𝐏𝐁𝐁 𝐍.πŸ‘πŸ— πŠπ‘πˆπ€π29 Ogos 2026 | 4.00 Petan...
30/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π€ππ“π€πˆ π’π„π†π”π‹π€πˆ π’π„π‰π€π‹π€πˆ 𝐏𝐁𝐁 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍.πŸ‘πŸ— πŠπ‘πˆπ€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠπ€π π–π€ππˆπ“π€ 𝐏𝐁𝐁 𝐍.πŸ‘πŸ— πŠπ‘πˆπ€π

29 Ogos 2026 | 4.00 Petang
Rumah Richard Anchang, Sungai Muding, Sebetan, Saratok

Program Santai Segulai Sejalai PBB Cawangan N.39 Krian bersama Pergerakan Wanita PBB N.39 Krian telah diadakan di Rumah Panjang Richard Anchang, Sungai Muding, Sebetan, Saratok dalam suasana yang santai, mesra dan penuh semangat Segulai Sejalai.

Program ini telah dihadiri oleh Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak merangkap Ketua Cawangan PBB N.39 Krian PS Bell Bernard Aggan. Turut hadir ialah barisan AJK Cawangan, Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda serta Belia PBB Cawangan N.39 Krian.

Antara objektif utama program ini adalah untuk berjumpa dan menyantuni ahli-ahli PBB Cawangan N.39 Krian, di samping mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dan semangat setiakawan sesama ahli parti.

Selain itu, program ini menjadi platform untuk menyampaikan hala tuju dan aspirasi parti, khususnya dalam usaha memperkukuhkan lagi parti di peringkat akar umbi. Penghargaan turut diberikan kepada ahli-ahli baharu PBB Cawangan N.39 Krian sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan komitmen mereka bersama parti.

Dalam suasana santai dan terbuka, para pemimpin turut berkesempatan mendengar pandangan, cadangan serta idea daripada ahli akar umbi bagi memastikan suara dan aspirasi masyarakat terus diberi perhatian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penduduk Rumah Panjang Tr. Richard Anchang atas sambutan yang amat baik serta layanan mesra sepanjang program berlangsung.

Semoga hubungan yang terjalin terus kukuh dan semangat Segulai Sejalai terus menjadi kekuatan dalam memperkasakan PBB Cawangan N.39 Krian.

Hidup GPS! Hidup PBB!
Jaga Sarawak, Intu Sarawak!








Ketua Pergerakan Wanita PBB Krian Tr Patricia Augustine ngarika PBB Krian nyua ka bantu pemati niang Anthony Ayong ak Mu...
27/08/2026

Ketua Pergerakan Wanita PBB Krian Tr Patricia Augustine ngarika PBB Krian nyua ka bantu pemati niang Anthony Ayong ak Muni ba Rh.Dickson Sujang,Wong Besi Kabo Saratok.

Ngenatai ka penyinu ati ngagai sida sebilik.

Semalam kita terima 60 lagi permohonan menjadi Ahli PBB dari kawasan Budu,Ulu Krian & Kabo.Terima kasih kerana memberi k...
25/08/2026

Semalam kita terima 60 lagi permohonan menjadi Ahli PBB dari kawasan Budu,Ulu Krian & Kabo.
Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada perjuangan Party PBB. Kami mengalu-alukan keahlian anda semua.

Siapsiaga
Tegakkan Panji PBB kita.
Hidup PBB!

𝐏𝐔𝐁𝐆 πŒπŽππˆπ‹π„ πŽπŽπŽπ‡π€π€π€ π’π€π‘π€π–π€πŠ – π’π€π‘π€π“πŽπŠ π„πƒπˆπ“πˆπŽπPenyampaian hadiah kepada para pemenangTahniah dan syabas diucapkan kepada ...
23/08/2026

𝐏𝐔𝐁𝐆 πŒπŽππˆπ‹π„ πŽπŽπŽπ‡π€π€π€ π’π€π‘π€π–π€πŠ – π’π€π‘π€π“πŽπŠ π„πƒπˆπ“πˆπŽπ

Penyampaian hadiah kepada para pemenang

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang PUBG MOBILE OOOHAAA SARAWAK – SARATOK EDITION pada kali ini. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak merangkap Ketua Cawangan PBB N.39 Krian PS Bell Bernard Aggan.

Kejayaan ini adalah hasil daripada semangat juang, kemahiran dan usaha yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Bagi yang belum berjaya, jangan berputus asa. Cuba lagi di lain masa dan teruskan berlatih!

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga lebih banyak aktiviti seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π€ππ“π€πˆ 𝐏𝐁𝐁 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍.πŸ‘πŸ— πŠπ‘πˆπ€π πŸ“ Rumah Jebin Birai, Babang, Krian, SaratokSatu Program Santai Segulai Sejalai PB...
23/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π€ππ“π€πˆ 𝐏𝐁𝐁 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍.πŸ‘πŸ— πŠπ‘πˆπ€π

πŸ“ Rumah Jebin Birai, Babang, Krian, Saratok

Satu Program Santai Segulai Sejalai PBB Cawangan N.39 Krian telah diadakan di Rumah Jebin Birai, Babang, Krian, Saratok dalam suasana santai, mesra dan penuh semangat setiakawan.

Program ini menjadi platform untuk bertemu dan beramah mesra bersama ahli-ahli PBB di rumah panjang berkenaan serta kawasan sekitar, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli parti.

Selain itu, program ini turut memberi ruang kepada ahli untuk berkongsi idea, pandangan dan cadangan berkaitan hala tuju parti PBB, khususnya dalam usaha memperkukuh lagi parti di peringkat akar umbi.

Program santai ini turut dihadiri oleh Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak merangkap Ketua Cawangan PBB N.39 Krian PS Bell Bernard Aggan.

Dalam ucapan beliau, PS Bell Bernard Aggan menegaskan pentingnya seluruh ahli PBB di Krian untuk terus setia, bersatu dan teguh bersama parti, demi memastikan agenda pembangunan serta kesejahteraan rakyat terus diberi keutamaan.

Beliau turut menyatakan rasa terharu dan penghargaan atas keyakinan rakyat di Krian yang terus memilih untuk menyertai PBB. Pertambahan keahlian ini jelas menunjukkan keyakinan masyarakat terhadap perjuangan dan kepimpinan PBB sebagai parti yang menjadi teras serta tulang belakang kepada pembangunan dan kemajuan Sarawak, di bawah kepimpinan Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Semoga program santai seperti ini dapat terus dilaksanakan dari semasa ke semasa sebagai wadah untuk mendekati ahli, mendengar suara akar umbi dan memperkukuh semangat Segulai Sejalai dalam kalangan warga PBB N.39 Krian.

Terima kasih kepada penduduk rumah panjang Tr. Jebin Birai atas sambutan semasa program berjalan.

Segulai Sejalai, Utamakan Sarawak!








𝐏𝐔𝐁𝐆 πŒπŽππˆπ‹π„ πŽπŽπŽπ‡π€π€π€ π’π€π‘π€π–π€πŠ – π’π€π‘π€π“πŽπŠ π„πƒπˆπ“πˆπŽπ 23 Ogos 2026 | Dewan Sri Krian, SaratokTelah berlangsung semalam Majlis Pe...
23/08/2026

𝐏𝐔𝐁𝐆 πŒπŽππˆπ‹π„ πŽπŽπŽπ‡π€π€π€ π’π€π‘π€π–π€πŠ – π’π€π‘π€π“πŽπŠ π„πƒπˆπ“πˆπŽπ

23 Ogos 2026 | Dewan Sri Krian, Saratok

Telah berlangsung semalam Majlis Perasmian PUBG MOBILE OOOHAAA SARAWAK – SARATOK EDITION yang menghimpunkan seramai 150 peserta terdiri daripada golongan belia dan pemuda di sekitar Saratok.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak merangkap Ketua Cawangan PBB N.39 Krian PS Bell Bernard Aggan.

Program ini merupakan penganjuran sulung secara bersama antara Pergerakan Pemuda PBB N.39 Krian dan Persatuan E-Sukan Sarawak (SESA), sekali gus membuka ruang kepada golongan muda untuk menyertai aktiviti e-sukan dalam suasana yang sihat, kompetitif dan penuh semangat setiakawan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur, para peserta serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga program sebegini dapat diteruskan dan dianjurkan lagi pada masa akan datang, sekali gus menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang e-sukan di Saratok dan Sarawak.

OOOHAAA!
Segulai Sejalai!






Jumpa esok gaisss di Dewan Sri Krian! Ooohaaa!
21/08/2026

Jumpa esok gaisss di Dewan Sri Krian! Ooohaaa!

Ketua Ranting Peligong En.Sanggin Amit mewakili Ketua Pemuda PBB Krian Sdr Mandie Garan menyampai sumbangan "PRIHATINβ€œ P...
21/08/2026

Ketua Ranting Peligong En.Sanggin Amit mewakili Ketua Pemuda PBB Krian Sdr Mandie Garan menyampai sumbangan "PRIHATINβ€œ Pemuda PBB kepada Pn. Genot dan Pn. Pauline di Rh Jamu, Peligong, Saratok.

Address

Saratok
95400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBB N.39 KRIAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share