22/05/2026
π£ππ₯πππ₯ππ¦ππ‘ π¨ππ¨π‘π π£ππππͺππ π ππ ππ₯ππ‘π§ππ ππ π£ππ¨π¦
22 Mei 2026 β Warga KD PAUS telah melaksanakan Perbarisan Ulung Pegawai Memerintah di Tambatan Pangkalan Sandakan dalam suasana penuh tertib, berdisiplin dan semangat ketenteraan yang tinggi. Perbarisan ini menandakan permulaan kepada satu iltizam baharu dalam memperkukuh kesiapsiagaan, profesionalisme dan semangat kesepaduan seluruh warga kapal.
Perbarisan tersebut diketuai oleh Lt Dya Muhammad Aniq Hilman bin Haslimi TLDM selaku Pegawai Perbarisan, manakala Pegawai Memerintah KD PAUS, P/Kdr Muhammad Izar bin Alias TLDM telah menyempurnakan pemeriksaan perbarisan serta menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan.
Dalam amanat ulung beliau, Pegawai Memerintah menegaskan bahawa KD PAUS bukan sekadar aset operasi TLDM, malah merupakan lambang kesiapsiagaan dan komitmen warga kapal dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara. Beliau turut menyeru seluruh warga kapal agar sentiasa mengekalkan budaya kerja yang profesional, berintegriti dan berteraskan semangat βShip Firstβ dalam setiap penugasan yang dilaksanakan.
Beliau turut mengingatkan bahawa setiap warga KD PAUS perlu terus berpegang teguh kepada empat nilai teras TLDM iaitu Kemuliaan, Kesetiaan, Keberanian dan Kebanggaan sebagai asas dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap, berdisiplin dan diyakini.
Menurut beliau lagi, kekuatan sebenar sesebuah kapal bukan hanya terletak pada keupayaan aset atau sistem persenjataan semata-mata, tetapi bergantung kepada ketahanan mental, semangat juang serta kesatuan warganya dalam menghadapi cabaran operasi. Sehubungan itu, seluruh warga kapal diseru agar terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan kecekapan demi memastikan KD PAUS kekal sebagai kapal yang sentiasa siap siaga dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Perbarisan diakhiri dengan laungan penuh semangat βPAUS BANZAIβ yang bergema di sekitar tambatan sebagai simbol kebersamaan, kesetiaan dan tekad warga KD PAUS untuk terus mengharumkan nama perkhidmatan serta mempertahankan kedaulatan negara.