Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan

Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, Government Organization, Sandakan.

19/03/2020

-19

[MAKLUMAN] PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER PDRM

Dimaklumkan bahawa kaunter Polis Diraja Malaysia ditutup bermula dari 18 hingga 31 Mac 2020.

Ia melibatkan kaunter saman trafik, lesen permit senjata api/peluru dan permohonan penganjuran program hiburan kecuali kaunter pertanyaan bagi tempat orang ramai membuat laporan polis.

Tindakan tersebut diambil selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd Yassin pada 15 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.





#18032020

PERTANDINGAN MENEMBAK SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-210 TAHUN 2017 IPD SANDAKAN.Sandakan 13.05.2017 (Sabtu):Bertempat...
13/05/2017

PERTANDINGAN MENEMBAK SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-210 TAHUN 2017 IPD SANDAKAN.

Sandakan 13.05.2017 (Sabtu):
Bertempat di Lapang Sasar Kem Tentera Laut, Batu 5 Sandakan telah berlangsung Pertandingan Menembak bersama PERKEP Sandakan dan Pelesen Senjatapi Pistol daerah Sandakan Sempena Peringatan Hari Polis Ke 210 Tahun 2017 IPD Sandakan.

Acara yang dipertandingkan iaitu menembak jarak 15 meter dan 10 meter individu ( Pegawai Polis dan Pelesen Senjatapi Pistol ), menembak jarak 10 meter individu ( PERKEP ) dan acara menembak berkumpulan Falling Plat ( Pegawai Polis, Pelesen Senjatapi dan PERKEP ).

Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) telah dilancarkan oleh Ketua Polis Negara. Orang awam kini boleh menyalurkan ...
05/05/2017

Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) telah dilancarkan oleh Ketua Polis Negara. Orang awam kini boleh menyalurkan maklumat secara atas talian dengan lebih pantas dan berkesan menggunakan telefon bimbit anda.

– Video oleh Jay Why dan Hisyam Azren, disunting oleh Bakri Jeman

KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN TERHADAP PEMILIK LADANG / PENGURUS LADANG DAERAH SANDAKANSandakan 20 Mac 20...
21/03/2017

KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN TERHADAP PEMILIK LADANG / PENGURUS LADANG DAERAH SANDAKAN

Sandakan 20 Mac 2017 (Selasa):
Kunjungan hormat oleh ACP Mohd Azhar bin Hamin, Ketua Polis Daerah Sandakan ke atas Tan Seri Datuk Seri Panglima Andrew Liew Sui Fatt - Pemilik Andamy Group, Encik Muthusamy P. Karuppiah - Group General Manager dan Encik Chin Pak Kheong - Senior Administration Manager dari Cepat Wawasan Group Berhad serta Encik Mohd Masran - General Manager Kretam Sdn Bhd.

Turut mengiringi lawatan tersebut ASP Sharanjeit Singh a/l Atar Singh - Ketua Unit URB, JPJKK, IPD Sandakan dan Insp. Shamsul Kamal - HEA Sandakan.

Pengisian lawatan turut membincangkan mengenai penganjuran program bersama pihak PDRM dan pemilik/pengurus ladang khususnya di daerah Sandakan. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara dua pihak.

SIDANG AKHBAR KETUA POLIS DAERAH SANDAKANSandakan 28 FEB 2017(Selasa):Pada 28/02/2017 jam 1100 pagi bertempat di Bilik M...
28/02/2017

SIDANG AKHBAR KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN

Sandakan 28 FEB 2017(Selasa):
Pada 28/02/2017 jam 1100 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat JSJ IPD Sandakan berlangsung Sidang Akhbar Ketua Polis Daerah Sandakan berkaitan kejayaan tangkapan dan rampasan serta penyelesaian kes jenayah sepanjang bulan Februari 2017.

Seramai 7 individu telah ditangkap berumur dalam lingkungan 21-23 tahun merupakan warga tempatan. Hasil tangkapan pihak polis telah berjaya menyelesaikan 10 kes antaranya kes samun, pecah runah serta curi kenderaan. Kesemua kes ini berlaku di kawasan Jalan Singapura, kawasan Bandar Sandakan dan kawasan Batu 8 Sandakan.

Sebanyak 18 item berjaya dirampas daripada semua suspek iaitu 3 buah motorsikal termasuk pelbagai jenis komponen motorsikal, jam tangan pelbagi jenama antaranya jan tangan jenama Rolex, 6 unit telefon bimbit pelbagai jenama, laptop dan power bank.

Kesemua suspek didapati positif air kencing dan terlibat dalam penagihan dadah. 4 daripada suspek memiliki rekod kesalahan jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah menasihatkan orang ramai agar tidak membeli barang-barang yang dijual oleh individu yangg tidak dikenali dan menjual dengan harga murah kerana dikhuatiri ianya adalah barangan curi. Menjadi satu kesalahan dibawah peruntukkan undang-undang membeli barangan curi. Ketua Polis Daerah mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang awam serta menyarankan orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan membantu menyelesaikan kes jenayah di daerah Sandakan.

PERHIMPUNAN BULANAN IPD SANDAKAN BAGI BULAN FEBRUARI 2017Sandakan 28 FEB 2017(Selasa):Pada jam 7.30 pagi bertempat di Pe...
28/02/2017

PERHIMPUNAN BULANAN IPD SANDAKAN BAGI BULAN FEBRUARI 2017

Sandakan 28 FEB 2017(Selasa):
Pada jam 7.30 pagi bertempat di Perkarangan IPD Sandakan berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Sandakan bagi bulan Februari 2017. Seramai 173 orang yang hadir termasuk 45 pegawai kanan, 92 pegawai pangkat rendah, 10 pegawai/anggota UTK dan 26 pegawai awam.

Dalam teks ucapan YDH KPD Sandakan menegaskan, pencegahan jenayah hendaklah dijalankan secara lebih proaktif bagi membendung dan mengurangkan kes-kes jenayah di daerah Sandakan. Selain itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik hendaklah lebih agresif dan proaktif dalam usaha mengesan serta menangkap penagih dan pengedar dadah.

Disamping itu juga, semua pegawai/anggota/pegawai awam dinasihatkan untuk mendaftar sebagai pemilih kerana ianya merupakan tanggungjawab bagi setiap individu. Dalam pada itu, YDH KPD Sandakan juga menasihatkan semua pegawai dan penyelia agar menitik beratkan kepentingan SKDD serta sentiasa membuat pemantauan dari masa ke semasa.

KEJAYAAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN DADAH SEK. 39A(1) ADB 1952 IPD SANDAKANSandakan 23 FEB 2017(Khamis):Kejayaan tangkapan d...
23/02/2017

KEJAYAAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN DADAH SEK. 39A(1) ADB 1952 IPD SANDAKAN

Sandakan 23 FEB 2017(Khamis):
Kejayaan tangkapan dan rampasan dadah Sek.39A(1) ADB 1952 oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan bagi 2 kes berasingan.

i) Tangkapan/Rampasan Pertama

Pada 19/02/2017 jam lebih kurang 10.30 malam, bertindak di atas maklumat, sepasukan anggota Polis dari BSJN IPD Sandakan buat serbuan dan pemeriksaan dadah di salah sebuah Penginapan Hotel di Jalan Dua, Sandakan.

Hasil pemeriksaan telah menahan dua orang lelaki berumur dalam lingkungan 43-58 tahun, di Koridor Hotel kerana disyaki terlibat dengan kegiatan dadah berbahaya. Barang rampasan iaitu satu beg berwarna coklat hitam mengandungi 1 paket plastik sederhana besar di dalamnya terdapat satu paket plastik jernih berisi ketulan-ketulan hablur disyaki dadah jenih methamphetamine(syabu). Anggaran rampasan seberat 21.5 gram dan bernilai RM1600.

ii)Tangkapan/Rampasan Kedua:

Pada 23/02/2017 jam lebih kurang 3.00 petang, sepasukan anggota Polis dari BSJN IPD Sandakan yang sedang membuat risikan dadah dan cegah jenayah di Kawasan Kg Cahaya Baru, Batu 3, Sandakan telah ternampak dua orang lelaki berumur lebih kurang 18 tahun dalam keadaan mencurigakan disyaki terlibat dalam kegiatan dadah berbahaya.

Setelah menahan kedua-dua suspek dan melakukan pemeriksaan tubuh badan menjumpai di dalam poket hadapan sebelah kiri seluar yang dipakai oleh salah seorang suspek iaitu dua paket plastik jernih yang bersaiz sederhana besar dan dua paket plastik jernih yang bersaiz kecil mengandungi ketulan-ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis methamphetamine ( syabu ) dan satu lipatan kertas timah.

Anggaran rampasan seberat 5.1 gram dan bernilai RM400.

Kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut.

KAWAD BULANAN KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN BULAN FEBRUARI 2017Sandakan, 14 FEB 2017 (Selasa):  Kawad Bulanan Ketua Polis ...
17/02/2017

KAWAD BULANAN KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN BULAN FEBRUARI 2017

Sandakan, 14 FEB 2017 (Selasa): Kawad Bulanan Ketua Polis Daerah Sandakan bagi bulan Februari 2017 yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan seawal jam 7.00 pagi. Seramai 94 orang yang hadir mengikuti latihan kawad termasuk Ketua Polis Daerah, Timbalan Ketua Polis Daerah, pegawai-pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis.

KEJAYAAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN BERKAITAN KES CURI SEKITAR SANDAKAN OLEH JSJ IPD SANDAKAN Sandakan 17 FEB 2017(Jumaat): ...
17/02/2017

KEJAYAAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN BERKAITAN KES CURI SEKITAR SANDAKAN OLEH JSJ IPD SANDAKAN

Sandakan 17 FEB 2017(Jumaat): Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sandakan telah menangkap seorang lelaki berumur 35 tahun, berbangsa Bajau, warganegara Filipina dan merampas pelbagai jenis barang antaranya 26 unit telefon bimbit, 4 unit tablet, 2 unit laptop dan 3 beg kecil.

Tangkapan ini dipercayai dapat menyelesaikan kes-kes pecah kereta di sekitar Bandar Indah dan Sri Taman Sandakan.

PDRM Sandakan memohon agar orang ramai tampil menyalurkan maklumat bagi membantu pihak polis menumpaskan penjenayah.

PEMANTAUAN DI KAWASAN PERINTAH BERKURUNG DI PERAIRAN LAUT DAERAH SANDAKAN Sandakan 12 FEB 2017(Ahad): Ketua Polis Daerah...
13/02/2017

PEMANTAUAN DI KAWASAN PERINTAH BERKURUNG DI PERAIRAN LAUT DAERAH SANDAKAN

Sandakan 12 FEB 2017(Ahad):
Ketua Polis Daerah Sandakan bersama-sama pegawai kanan dan anggota polis dari IPD Sandakan, PPM Sandakan dan UTK membuat tinjauan dan pemantauan di kawasan Perintah Berkurung di sekitar perairan Laut Daerah Sandakan.

Permantauan juga bertujuan untuk memastikan kapal-kapal yang menjalankan aktiviti di sekitar kawasan yang dikenakan perintah berkurung mengikut syarat yang ditetapkan dan mempunyai permit yang dikeluarkan oleh PDRM serta pemeriksaan dokumen pengenalan diri ke atas krew-krew kapal nelayan tersebut.

PROGRAM FIT MALAYSIA DAERAH SANDAKAN Sandakan 12 FEB 2017(Ahad): Program Fit Daerah Sandakan yang dirasmikan oleh YB Bri...
13/02/2017

PROGRAM FIT MALAYSIA DAERAH SANDAKAN

Sandakan 12 FEB 2017(Ahad): Program Fit Daerah Sandakan yang dirasmikan oleh YB Brig. Jeneral Khairy Jamaluddin - Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Program turut disertai oleh Ketua Polis Daerah Sandakan dan beberapa pegawai kanan dan anggota polis IPD Sandakan.

Penyertaan adalah sebagai tanda sokongan PDRM Sandakan kepada program-program gaya hidup sihat dan hubungan baik dengan masyarakat Sandakan.

KEJAYAAN TANGKAPAN ROMPAK BERKUMPULAN BERSENJATA OLEH PASUKAN JSJ IPD SANDAKAN Sandakan 13 FEB 2017(Isnin): Pada 12/02/2...
13/02/2017

KEJAYAAN TANGKAPAN ROMPAK BERKUMPULAN BERSENJATA OLEH PASUKAN JSJ IPD SANDAKAN

Sandakan 13 FEB 2017(Isnin):
Pada 12/02/2017 jam lebih kurang 5.40 petang bertempat di Taman Tun Razak Bandar Sandakan, mangsa seorang lelaki berumur 25 tahun sedang memancing dan didatangi oleh lima orang yang tidak dikenali dan meminta mangsa menyerahkan semua barang-barang milik mangsa berserta motorsikal.

Mangsa telah dipukul menggunakan talipinggang dan diugut supaya tidak membuat laporan polis. Mangsa kemudian ditolak ke laut dan menyebabkan mangsa mengalami cedera ditapak kaki. Atas bantuan orang awam mangsa telah dihantar ke Balai Polis Sandakan dan membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan diketuai oleh ASP Mohd Nazri telah membuat pemeriksaan ke atas 5 orang lelaki yang disyaki terlibat dengan kes samun. Hasil pemeriksaan telah menangkap 3 orang lelaki. Kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Address

Sandakan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share