Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun

Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan

16 Disember 2025 | SelasaLawatan Sambil Belajar Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun telah menerima kunjungan lawatan ...
17/12/2025

16 Disember 2025 | Selasa

Lawatan Sambil Belajar

Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan dari Fakulti Pertanian Lestari yang melibatkan seramai 46 orang pelajar, 3 orang pensyarah serta 1 orang pelajar pascasiswazah. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada para pelajar berkaitan aktiviti penyelidikan pertanian, pengurusan ladang serta amalan pertanian lestari yang dilaksanakan di pusat penyelidikan ini.

Sepanjang lawatan, para pelajar diberikan penerangan mengenai fungsi dan skop penyelidikan Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun serta berpeluang melihat secara langsung aktiviti penyelidikan dan kerja-kerja lapangan yang dijalankan. Lawatan ini turut membuka ruang interaksi antara pelajar dan pegawai penyelidik melalui sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman.

Diharapkan lawatan sambil belajar ini dapat memberi manfaat dalam menambah pengetahuan serta meningkatkan minat para pelajar terhadap bidang pertanian dan penyelidikan. Pihak Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan ini serta mengalu-alukan lawatan seumpamanya pada masa akan datang.

15 Disember 2025 | Isnin Majlis Persaraan Jasamu Dikenang, Budimu DisanjungMajlis Persaraan ini telah diadakan sebagai t...
17/12/2025

15 Disember 2025 | Isnin

Majlis Persaraan Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung

Majlis Persaraan ini telah diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas segala jasa, sumbangan serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Majlis ini turut menjadi wadah untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas komitmen, khidmat bakti dan pengorbanan yang tidak ternilai, di samping mendoakan kesejahteraan, kesihatan serta kebahagiaan dalam fasa persaraan yang akan ditempuhi.

Majlis ini melibatkan seramai lima (5) orang warga kerja yang bersara, terdiri daripada dua (2) orang kakitangan dan tiga (3) orang pekerja sambilan harian. Bagi kategori kakitangan, persaraan melibatkan Puan Nancy Shaftang (Bersara Pilihan) dan Puan Latifah @ Helen Gontol (Bersara Wajib). Manakala bagi kategori pekerja sambilan harian p**a, persaraan melibatkan Puan Magdalina Philipus, Encik Sadatu Batuan dan Encik Nius Mondoi (Bersara Wajib).

Selain itu, majlis ini turut diserikan dengan penyampaian piala pusingan bagi Pertandingan Keceriaan Landskap antara seksyen sebagai usaha menggalakkan persekitaran kerja yang kondusif dan berdaya saing.

20 Oktober 2025 | IsninSelamat Menyambut Hari Deepavali 2025!“Cahaya MADANI, Sinar Perpaduan”Sempena sambutan Pesta Caha...
19/10/2025

20 Oktober 2025 | Isnin

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025!

“Cahaya MADANI, Sinar Perpaduan”

Sempena sambutan Pesta Cahaya ini,marilah kita semarakkan semangat perpaduan, kasih sayang dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk, seiring dengan usaha kita menyuburkan sektor pertanian yang mampan dan berdaya saing.

Semoga cahaya Deepavali membawa kebahagiaan, keamanan dan kesejahteraan, serta menerangi kehidupan kita dengan sinar kebaikan, kemakmuran dan hasil pertanian yang subur dan berjaya.

✨ “Cahaya MADANI, Sinar Perpaduan” — biarlah cahaya kebaikan terus bersinar dalam diri setiap insan, seperti mana cahaya mentari menyinari bumi yang menghijau dengan hasil pertanian. ✨

Ikhlas daripada:
🌾 Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Sandakan 🌾

10 Oktober 2025 | JumaatTaklimat Integriti bersama kakitangan dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) telah diadakan di Pusat ...
10/10/2025

10 Oktober 2025 | Jumaat

Taklimat Integriti bersama kakitangan dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) telah diadakan di Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Sandakan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Penyelidik, Encik Jutom Ongkosing.

Tujuan Taklimat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kakitangan dan PSH tentang kepentingan nilai integriti serta memupuk budaya kerja beretika dan bebas rasuah.

Selain itu, taklimat ini memberi pendedahan tentang dasar, tatakelakuan dan etika perkhidmatan awam bagi memperkukuh kefahaman terhadap kepentingan integriti dalam Jabatan.

Melalui penganjuran taklimat ini, diharapkan dapat memperkukuh komitmen warga kerja ke arah membentuk persekitaran kerja yang berdisiplin, harmoni dan berintegriti tinggi selaras dengan matlamat Jabatan Pertanian Sabah.

9 Oktober 2025 | KhamisLawatan Pemeriksaan Audit Dalaman Pematuhan Pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) tela...
09/10/2025

9 Oktober 2025 | Khamis

Lawatan Pemeriksaan Audit Dalaman Pematuhan Pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) telah dilaksanakan pada 6 hingga 8 Oktober 2025 di Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan & Stesen Percubaan Pertanian Manjang

Tujuan utama lawatan pemeriksaan Audit Dalaman MSPO adalah untuk menilai tahap pematuhan Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun dan Stesen Percubaan Pertanian Sg Manjang terhadap prinsip dan kriteria yang digariskan di bawah pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia, mengenal pasti sebarang kelemahan atau ketidakpatuhan dalam pengurusan ladang serta operasi harian.

Seterusnya, membolehkan tindakan pembetulan dan pencegahan dilaksanakan lebih awal sebelum penilaian rasmi dijalankan oleh pihak audit luar;

Sekali gus, memastikan keberkesanan sistem pengurusan, meningkatkan amalan kelestarian alam sekitar, menjaga kebajikan pekerja, mematuhi kehendak perundangan serta menonjolkan komitmen berterusan organisasi dalam menguruskan industri sawit secara mampan dan bertanggungjawab.

29 September 2025 | Isnin Mesyuarat Perundingan Pihak Berkepentingan 2025Agenda : 1. Ucapan alu-aluan oleh Ketua Penolon...
29/09/2025

29 September 2025 | Isnin

Mesyuarat Perundingan Pihak Berkepentingan 2025

Agenda :

1. Ucapan alu-aluan oleh Ketua Penolong Pengarah Penyelidik
2. Taklimat mengenai aktiviti Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun
3. Pematuhan Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) dan Dasar-Dasar
Pengurusan Mampan Jabatan Pertanian Sabah
4. Pengurusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan
5. Hal-hal lain

Tujuan mesyuarat perundingan pihak berkepentingan adalah untuk menyediakan platform perbincangan yang inklusif dan telus bagi mengumpul pandangan, mengenal pasti isu serta mencari penyelesaian bersama antara semua pihak yang terlibat, termasuk kerajaan, syarikat luar, kontraktor, dan komuniti tempatan, agar dasar atau standard yang dibangunkan lebih seimbang dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar serta dapat diterima, disokong dan dilaksanakan secara mampan untuk kepentingan jangka panjang industri

16 September 2025 | SelasaHari Malaysia Tahun 2025Hari Malaysia ibarat Gunung Kinabalu yang megah menjulang, teguh berdi...
16/09/2025

16 September 2025 | Selasa

Hari Malaysia Tahun 2025

Hari Malaysia ibarat Gunung Kinabalu yang megah menjulang, teguh berdiri berasaskan akar perpaduan yang kukuh dan mendalam. Seperti laut biru Sabah yang tiada berpenghujung,
begitulah kasih rakyat Malaysia, luas dan tidak bertepi.

Sawah menghijau di bawah bayu menjadi lambang harapan, menyatukan cita-cita bangsa yang subur, makmur dan padu. Semoga bumi Malaysia sentiasa dinaungi aman dan rahmat, agar negara ini kekal sejahtera, makmur serta diberkati

Kepada semua warga Jabatan Pertanian Sabah dan Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun,

Selamat menyambut Hari Malaysia Tahun 2025

“Malaysia Madani, Rakyat Disantuni”

5 September 2025 | JumaatMajlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1447H / 2025M telah berlangsung denga...
05/09/2025

5 September 2025 | Jumaat

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1447H / 2025M telah berlangsung dengan penuh syahdu dan keberkatan di bumi Sandakan, yang diberi penghormatan sebagai tuan rumah pada tahun ini.

Sambutan penuh barakah ini diadakan bagi memperingati kelahiran insan agung, junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Padang Bandaran Sandakan bergema dengan alunan selawat yang merdu dan mendayu, mengiringi langkah puluhan kontinjen daripada pelbagai agensi negeri yang menyertai perarakan dengan penuh gemilang.

Turut sama melangkah dengan penuh kesyukuran, Jabatan Pertanian Sabah, menzahirkan rasa cinta dan penghormatan yang tulus kepada Rasul junjungan.

Sambutan ini bukan hanya sekadar perayaan, tetapi sebuah wadah untuk menyemai mahabbah Rasul, memperkukuh ukhuwah, serta menyatukan ummah menuju kesejahteraan dan kerahmatan.

“MEMBANGUN UMMAH MADANI”

31 Ogos 2025 | Ahad🌾🇲🇾 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN 2025 🇲🇾🌾Hari Kemerdekaan bukan sahaja mengingatkan kita tentang perjuang...
31/08/2025

31 Ogos 2025 | Ahad

🌾🇲🇾 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN 2025 🇲🇾🌾

Hari Kemerdekaan bukan sahaja mengingatkan kita tentang perjuangan dan pengorbanan pejuang terdahulu, tetapi juga mengajar kita erti kesyukuran, perpaduan dan usaha gigih dalam membangunkan tanah air tercinta.

Negeri Di Bawah Bayu yang subur ini, sektor pertanian menjadi nadi penting dalam menyokong ekonomi, menjamin keselamatan makanan, serta memberi rezeki kepada ribuan keluarga. Justeru, marilah kita bersama-sama menghayati semangat kemerdekaan dengan terus berusaha memajukan pertanian negeri, memelihara kelestarian alam sekitar, dan memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat tani.

Semoga semangat kemerdekaan menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus bekerja keras, menyemai benih perpaduan, serta menuai hasil kejayaan untuk generasi akan datang.

Kepada semua warga Jabatan Pertanian Sabah dan Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan

Selamat Hari Kebangsaan & Hari Sabah 2025

29 Ogos 2025 | Jumaat PART 2 LARIAN MERDEKA SEMPENA HARI KEBANGSAAN SABAH 2025Program Larian Merdeka anjuran Badan Kebaj...
30/08/2025

29 Ogos 2025 | Jumaat

PART 2

LARIAN MERDEKA SEMPENA HARI KEBANGSAAN SABAH 2025

Program Larian Merdeka anjuran Badan Kebajikan dan Sosial Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh KPPP En. Jutom Ongkosing, yang turut merasmikan Logo baharu Badan Kebajikan dan Sosial.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:

1. Life Water Berhad Life Water 生命泉源 atas tajaan Inflatable Arch dan minuman

2. Klinik Kesihatan Ulu Dusun atas kerjasama menyediakan standby team serta menjalankan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta sumbangan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran program ini. Adalah diharapkan agar semangat perpaduan serta kecintaan terhadap negara akan terus mekar dan terpelihara dalam jiwa setiap lapisan masyarakat.

29 Ogos 2025 | Jumaat PART 1LARIAN MERDEKA SEMPENA HARI KEBANGSAAN SABAH 2025Program Larian Merdeka anjuran Badan Kebaji...
30/08/2025

29 Ogos 2025 | Jumaat

PART 1

LARIAN MERDEKA SEMPENA HARI KEBANGSAAN SABAH 2025

Program Larian Merdeka anjuran Badan Kebajikan dan Sosial Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh KPPP En. Jutom Ongkosing, yang turut merasmikan Logo baharu Badan Kebajikan dan Sosial.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:

1. Life Water Berhad Life Water 生命泉源 atas tajaan Inflatable Arch dan minuman

2. Klinik Kesihatan Ulu Dusun atas kerjasama menyediakan standby team serta menjalankan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta sumbangan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran program ini. Adalah diharapkan agar semangat perpaduan serta kecintaan terhadap negara akan terus mekar dan terpelihara dalam jiwa setiap lapisan masyarakat.

Address

Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Peti Surat, No. 1401
Sandakan
90715

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share