23/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐
23 April 2026 - Seawal 6:00 pagi, dapur komuniti sudah berasap, tanda kasih dan kebersamaan mula digerakkan. Skuad Elit Jiran Wanita (SEJIWA) Daerah Sandakan bersama Jawatankuasa Rukun Tetangga bergotong-royong menyediakan makanan untuk mangsa kebakaran di Kg Bahagia.
Usaha diteruskan dengan pengagihan makanan, pakaian terpakai serta kit keperluan wanita dan bayi kepada keluarga yang terjejas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Gas. Mediator Komuniti (MK) Daerah Sandakan juga turut melawat beberapa keluarga di PPS bagi memberikan sokongan emosi dan kaunseling asas.
Kecil pada kita, besar maknanya buat mereka. Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan bersama menjayakan misi ini.
Rina Ab Harun
JPNIN Sabah
Kementerian Perpaduan Negara