Penjara Sandakan

Penjara Sandakan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penjara Sandakan, Prison & Correctional Facility, Peti Surat 1469, Sandakan.

KEJOHANAN RAGBI SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2026 PIALA KOMISIONER JENERAL PENJARA Jom penuhkan padang hari ini! Debaran ...
14/05/2026

KEJOHANAN RAGBI SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2026 PIALA KOMISIONER JENERAL PENJARA

Jom penuhkan padang hari ini!
Debaran bermula dengan perlawanan peringkat kumpulan yang pastinya sengit.

πŸ“… JADUAL HARI PERTAMA: 15 MEI 2026 (JUMAAT)

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

TAKLIMAT PENGURUSAN KEJOHANAN RAGBI SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 202614 Mei 2026 (Khamis) – Bermula jam 1930hrs, telah be...
14/05/2026

TAKLIMAT PENGURUSAN KEJOHANAN RAGBI SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2026

14 Mei 2026 (Khamis) – Bermula jam 1930hrs, telah berlangsung sesi Taklimat Pengurusan bersempena dengan penganjuran Kejohanan Ragbi Sukan Penjara Antara Negeri 2026.

Sesi taklimat yang penting ini telah dipengerusikan oleh PKK Rizalma bin Che Abdul Hamid, Penaung Sukan Ragbi Majlis Sukan Penjara Malaysia. Taklimat ini turut dihadiri oleh barisan Pegawai Kanan, pengurus-pengurus pasukan, serta jurulatih bagi kontinjen yang bertanding.

Agenda utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan menyelaraskan aspek teknikal kejohanan. Antara perkara yang dibincangkan secara terperinci merangkumi penetapan format perlawanan, susunan jadual penganjuran, serta pematuhan kepada undang-undang perlawanan bagi memastikan kelancaran dan keadilan sepanjang kejohanan berlangsung.

Acara berakhir sepenuhnya pada jam 2100hrs.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

RANGKUMAN KETIBAAN KONTINJEN RAGBI PENJARA NEGERI SABAH BAGI KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 202613 - 14 Mei 2026 ...
14/05/2026

RANGKUMAN KETIBAAN KONTINJEN RAGBI PENJARA NEGERI SABAH BAGI KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2026

13 - 14 Mei 2026 – Bertempat di Lapangan Terbang Sandakan, telah berlangsung proses ketibaan kontinjen ragbi yang akan mewakili Penjara Negeri Sabah ke Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri 2026.

Bagi memastikan urusan logistik dan pergerakan kontinjen berjalan lancar, pasukan Pegawai Pengiring (Liaison Officer - LO) yang diketuai oleh KIP Azman Aprin telah bersiap siaga di lokasi bagi menyambut ketibaan pasukan. YDH PKP Muhammad Khalid bin Muhammad, Pengarah Penjara Sandakan, turut meluangkan masa hadir ke lapangan terbang bagi menyambut ketibaan kontinjen secara peribadi serta memantau kelancaran keseluruhan proses pergerakan tersebut.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

PENYERAHAN BENDERA, JERSI DAN PELEPASAN PASUKAN RAGBI PENJARA NEGERI SABAH KE KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2026...
14/05/2026

PENYERAHAN BENDERA, JERSI DAN PELEPASAN PASUKAN RAGBI PENJARA NEGERI SABAH KE KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2026

15 Mei 2026 (Khamis) – Bermula jam 1600hrs bertempat di Penjara Sandakan, telah berlangsung majlis penyerahan bendera, jersi serta pelepasan pemain ragbi yang akan mewakili Penjara Negeri Sabah ke Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri 2026.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YDH PKP Muhammad Khalid bin Muhammad, Pengarah Penjara Sandakan. Dalam majlis tersebut, beliau telah menyerahkan bendera dan jersi rasmi pasukan sebagai simbolik amanah dan semangat buat para pemain yang membawa cabaran negeri Sabah. Beliau turut menitipkan kata-kata semangat dan pesanan agar para pemain sentiasa mengekalkan disiplin yang tinggi serta mempamerkan mutu permainan yang cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.

Majlis pelepasan ini berakhir dengan jayanya pada jam 1630hrs.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

DEBARAN BERMULA: KEJOHANAN RAGBI SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2026Tinggal 2 HARI SAHAJA LAGI sebelum wisel permulaan diti...
13/05/2026

DEBARAN BERMULA: KEJOHANAN RAGBI SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI 2026

Tinggal 2 HARI SAHAJA LAGI sebelum wisel permulaan ditiupkan!

Jabatan Penjara Malaysia, melalui Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan bangganya mengalu-alukan ketibaan kontinjen Jabatan Penjara dari seluruh negeri ke bumi Sandakan untuk merebut kejuaraan berprestij, Piala Komisioner Jeneral Penjara 2026.

Kejohanan ini bukan sekadar medan ujian ketangkasan dan fizikal, tetapi merupakan platform utama dalam membentuk disiplin, kerja berpasukan dan profesionalisme yang tinggi, nilai-nilai teras yang sentiasa dibawa oleh setiap anggota Jabatan Penjara Malaysia.

Saksikan gabungan kekuatan, strategi, dan semangat juang yang tidak kenal erti putus asa di atas padang. Berikut adalah ketetapan rasmi kejohanan:

* πŸ—“ Tarikh: 15 hingga 17 Mei 2026 (Hujung minggu ini!)
* πŸ“Lokasi: Padang Eagles Rugby Club, Sandakan, Sabah
* 🐊Tuan Rumah: Penjara Negeri Sabah & WP Labuan

Pihak penganjur berbesar hati menjemput seluruh warga Sandakan, peminat sukan ragbi, dan penyokong setiap negeri untuk hadir memeriahkan stadium. Ayuh turun beramai-ramai memberikan sorakan gemuruh dan saksikan aksi tackle serta try yang pastinya mendebarkan!

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PENJARA SANDAKAN KE ATAS ADUN N51 SUNGAI MANILA9 Mei 2026 (Sabtu) – Pada jam lebih kurang 1630...
09/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PENJARA SANDAKAN KE ATAS ADUN N51 SUNGAI MANILA

9 Mei 2026 (Sabtu) – Pada jam lebih kurang 1630hrs, bertempat di Kediaman TYT Yang Di-pertua Negeri Sabah, Kampung Sungai Kayu, Batu 7, Sandakan, telah berlangsung satu sesi Kunjungan Hormat oleh pihak Penjara Sandakan ke atas YB Datuk Hj Hazem Mubarak bin Tun Hj Musa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N51 Sungai Manila.

Kunjungan hormat ini telah diketuai secara langsung oleh YDH PKP Muhammad Khalid bin Muhammad, Pengarah Penjara Sandakan, dengan diiringi oleh enam orang kakitangan daripada institusi berkenaan. Sesi pertemuan ini dimulakan dengan perbincangan yang mesra dan membina, bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik serta sokongan berterusan di antara pihak Penjara Sandakan dan kepimpinan komuniti setempat.

Bagi menghargai kesudian Yang Berhormat menerima kunjungan tersebut, atur cara diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati kenang-kenangan yang telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Sandakan. Delegasi lawatan kemudiannya diraikan dengan jamuan hidangan ringan dalam suasana yang harmoni bagi mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim.

Sesi kunjungan hormat yang sarat dengan pertukaran pandangan positif ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 1800hrs.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan
Hazem Musa
Hazem Mubarak Musa

09/05/2026
SESI LAWATAN DAN TEMU BUAL YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI) DI PEN...
07/05/2026

SESI LAWATAN DAN TEMU BUAL YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI) DI PENJARA SANDAKAN

7 Mei 2026 (Khamis) – Bermula pada jam lebih kurang 1000 hrs bertempat di Bilik Mesyuarat Penjara Sandakan, telah berlangsung satu Sesi Lawatan dan Temu Bual oleh delegasi daripada Jabatan Perdana Menteri.

Delegasi lawatan rasmi ini telah diketuai oleh YB Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi). Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Vivian Wong Shir Yee, Ahli Parlimen Sandakan (P186). Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh YDH TKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan YBrs. PKP Muhammad Khalid bin Muhammad, Pengarah Penjara Sandakan, berserta barisan kakitangan Penjara Sandakan daripada unit-unit yang terlibat.

Sebelum sesi rasmi bermula, YDH TKP Tey Hock Soon telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai latar belakang dan objektif utama sesi lawatan tersebut. Atur cara program kemudiannya diteruskan dengan sesi taklimat pengurusan, disusuli dengan agenda utama iaitu sesi temu bual khusus secara bersemuka bersama seorang prospek status Tahan Limpah Tuan Yang Terutama (TYT) bagi tujuan proses permohonan pengampunan.

Bagi melengkapkan pengisian program, delegasi turut dibawa untuk sesi lawatan ke kawasan dalam Penjara Sandakan bagi meninjau fasiliti serta pengoperasian harian institusi secara lebih dekat. Majlis pada hari ini turut disusuli dengan acara penyampaian cenderahati kenang-kenangan, dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Sesi lawatan yang sarat dengan pengisian bermakna ini telah berjalan dengan amat lancar dan berakhir sepenuhnya pada jam lebih kurang 1300hrs.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN BULAN ZULHIJJAH PERINGKAT PENJARA SANDAKAN TAHUN 20266 Mei 2026 (Rabu) – Bermula jam 1800hrs be...
06/05/2026

CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN BULAN ZULHIJJAH PERINGKAT PENJARA SANDAKAN TAHUN 2026

6 Mei 2026 (Rabu) – Bermula jam 1800hrs bertempat di Masjid As Syakirin, Penjara Sandakan, telah berlangsung program Ceramah Sempena Sambutan Bulan Zulhijjah Peringkat Penjara Sandakan bagi tahun 2026.

Majlis ilmu yang penuh barakah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan istimewa iaitu Ustaz Hassan Sharafuddin, yang merupakan Imam Masjid Daerah Sandakan. Program kerohanian ini telah mendapat sambutan yang amat baik dengan kehadiran barisan kakitangan pelbagai pangkat, ahli-ahli PERSIAP Cawangan Sandakan, serta para jemaah masjid yang meluangkan masa bersama-sama bagi mengimarahkan majlis.

Penganjuran ceramah ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan serta menyuntik penghayatan dalam kalangan para hadirin mengenai kelebihan, sirah, dan fadhilat bulan Zulhijjah, terutamanya dalam meningkatkan amal ibadah dan ketakwaan kepada Allah SWT. Majlis perkongsian ilmu ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir sepenuhnya pada jam 2030hrs.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

KURSUS PENYEMBELIHAN PERINGKAT KAKITANGAN INSTITUSI PENJARA SANDAKAN TAHUN 20266 Mei 2026 (Rabu) – Bermula jam 0800hrs b...
06/05/2026

KURSUS PENYEMBELIHAN PERINGKAT KAKITANGAN INSTITUSI PENJARA SANDAKAN TAHUN 2026

6 Mei 2026 (Rabu) – Bermula jam 0800hrs bertempat di Masjid As Syakirin, Penjara Sandakan, telah berlangsung Kursus Penyembelihan Peringkat Kakitangan Institusi Penjara Sandakan bagi tahun 2026.

Majlis perasmian dan penutupan bagi kursus ini telah disempurnakan oleh TPP Muhammad Shahmi bin Mohd Shukri, Ketua Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman. Program perkongsian ilmu ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan daripada barisan kakitangan pelbagai pangkat, ahli-ahli PERSIAP Cawangan Sandakan, serta para jemaah masjid.

Kursus bimbingan ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz SH Suhaimi bin SH Miasin, yang mewakili Hab Halal Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Pengisian sesi pada hari ini merangkumi penyampaian ceramah yang memfokuskan kepada tajuk "Konsep Penyembelihan dalam Islam dan Hukum Halal". Seterusnya, kursus diperkasakan lagi dengan sesi demonstrasi teknik penyembelihan yang betul mengikut syarak, disusuli dengan latihan amali oleh para peserta bagi memberikan pemahaman yang lebih jelas dan praktikal.

Majlis ilmu ini telah berjalan dengan jayanya dan berakhir sepenuhnya pada jam 1400hrs.

Jabatan Penjara Malaysia
Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

Address

Peti Surat 1469
Sandakan
90716

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penjara Sandakan:

Share