28/05/2024
JEMPUTAN SEBAGAI JURI PERTANDINGAN PRODUK INOVASI ATAU PENYEMAK PENERBITAN KERTAS PENYELIDIKAN FESTIVAL AGROMAKANAN DAN BIOTEKNOLOGI (FAMB) 2024
Kelayakan dan Syarat Minimum sebagai Juri Pertandingan Produk Inovasi FAMB 2024:
1. Pernah memenangi sekurang-kurangnya tiga (3) anugerah perak dalam pertandingan inovasi peringkat kebangsaan / antarabangsa (permohonan daripada pensyarah / guru Institusi Pengajian Tinggi, ahli akademik).
2. Sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman industri dalam bidang inovasi (pemohon dari industri/terbuka).
3. Tidak menyertai Pertandingan Inovasi FAMB 2024.
Kelayakan dan Syarat Minimum sebagai Penyemak Penerbitan Kertas Penyelidikan FAMB 2024:
1. Telah menerbitkan sekurang-kurangnya TIGA artikel sebagai “first author” atau pun “corresponding author” dalam jurnal “peer-reviewed”.
2. Memiliki ijazah Sarjana atau yang setaraf dengannya.
3. Bukan pembentang ataupun penulis kertas penyelidikan untuk FAMB 2024.
4. Konflik kepentingan: Penyemak tidak seharusnya menyemak sebarang kertas penyelidikan untuk FAMB 2024 dengan ahli keluarga terdekat, rakan sekerja dan pelajar sebagai pengarang bersama. Penyemak mesti mengisytiharkan hubungan mereka dengan pengarang dan tidak menyemak kerja penyelidikan yang diserahkan. Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan penyemak tidak menerima faedah yang diberikan oleh penganjur, dan pengarang boleh hilang kelayakan dan dinafikan penerbitan kertas penyelidikan.
Permohonan:
Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan mengisi pautan yang disediakan: https://forms.gle/JCmQvMbKkwokgBxaA
Tarikh akhir permohonan adalah pada 12 Jun 2024.
Pemilihan juri dan penyemak adalah MUKTAMAD berdasarkan keputusan Urusetia FAMB 2024. Pemohon yang berjaya akan dihubungi.
Sekian, terima kasih.
Urusetia
FAMB 2024