Balai Bomba Dan Penyelamat Sandakan

Balai Bomba Dan Penyelamat Sandakan SIAP SEDIA SETIAP MASA, CEPAT, DAN MESRA PENGURUSAN BALAI, OPERASI, BKK, DAN PENYIASATAN

LAPORAN RINGKAS KEBAKARAN RUMAHTarikh: 2 Jun 2026Pada jam 1.29 pagi, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berh...
01/06/2026

LAPORAN RINGKAS KEBAKARAN RUMAH
Tarikh: 2 Jun 2026
Pada jam 1.29 pagi, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran sebuah rumah. Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 1.42 pagi dengan jarak 12 KM dan mendapati sebuah rumah jenis tidak kekal daripada kayu sedang terbakar.

Pasukan bomba telah menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal dan memadam kebakaran. Kebakaran tersebut mengakibatkan rumah berkenaan musnah 100%.

Operasi pemadaman dan pemeriksaan keselamatan selesai sepenuhnya pada jam 2.21 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini mem...
01/06/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa keberkatan, kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anda sekeluarga. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai-nilai murni seperti kasih sayang, toleransi, keharmonian dan saling menghormati demi memperkukuhkan perpaduan masyarakat.

“Kesejahteraan Dalam Kepelbagaian, Keharmonian Untuk Semua.”

Ikhlas daripada,

Warga Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan

LAPORAN RINGKAS OPERASI MENYELAMATPada 30 Mei 2026, pihak Balai Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan berkai...
01/06/2026

LAPORAN RINGKAS OPERASI MENYELAMAT

Pada 30 Mei 2026, pihak Balai Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian lemas di Kg Gum Gum, Jalan Kuari 5 pada jam 5.32 petang. Pasukan bomba segera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 27 kilometer dari balai dan tiba di lokasi pada jam 5.59 petang.

Mangsa yang terlibat ialah Nur Fatin, 15 tahun, dan Nur Dina Nirmala, 17 tahun. Operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pasukan bomba dengan kerjasama orang awam di lokasi kejadian.
Kedua-dua mangsa berjaya dijumpai hasil usaha bersama pasukan penyelamat dan orang awam. Maklumat lanjut mengenai kejadian adalah tertakluk kepada siasatan pihak berkuasa berkaitan.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Tamat Laporan.

🌾✨ SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026 ✨🌾Warga Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan mengucapkan Selamat ...
29/05/2026

🌾✨ SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026 ✨🌾

Warga Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Sabah dan Selamat Hari Gawai kepada masyarakat Sarawak yang meraikannya.

Semoga sambutan penuh makna ini terus memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan rasa syukur atas hasil tuaian serta rezeki yang dikurniakan. Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan dan kebanggaan negara.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan” dan “Gayu Guru Gerai Nyamai”.

Ikhlas daripada,Warga Balai Bomba dan Penyelamat SandakanJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaNegeri Sabah

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1447 H / 2026Selamat Menjalankan Ibadah Qurban.
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1447 H / 2026

Selamat Menjalankan Ibadah Qurban.

25/05/2026

23 Mei 2026 – Telah diadakan Latihan Kawad Kecekapan Pemantapan ERT Zon Sandakan 2026 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan.

Majlis telah dirasmikan oleh YS Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah Lizalman Bin Abu.

Latihan ini melibatkan beberapa pengisian antaranya Kawad Operasi Peralatan Kebombaan dan Teknik Penyelamatan serta Kawad Iron Man. Program yang dijalankan berjaya mencapai objektif penganjuran dalam memperkukuhkan tahap kecekapan, kemahiran serta kesiapsiagaan anggota ERT Zon Sandakan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

19/05/2026

Pada 19 Mei 2026, YB Datuk Dr. Haji Mohd. Ariffin Bin Datuk Hj. Mohd Arif Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah telah berkunjung ke Surau Nurul Hidayah, Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan. Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menyampaikan Sumbangan Khas Pengurusan daripada MUIS serta sumbangan daripada Baitulmal bagi membantu keperluan surau.

Pihak BBP Sandakan amat berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada YB atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan. Semoga dengan bantuan ini, Surau Nurul Hidayah akan menjadi lebih ceria dan dapat membantu menggantikan peralatan yang telah uzur demi keselesaan warga balai serta jemaah surau.

KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah

15/05/2026

Renungan Bersama.

🙏
04/05/2026

🙏

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan serta komitmen tinggi wira merah yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Sultan Ibrahim turut berkenan menzahirkan rasa bangga terhadap peranan penting yang dimainkan JBPM dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, bencana alam serta operasi menyelamat.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar semua pegawai dan anggota bomba sentiasa dilindungi dan dikurniakan keselamatan dalam menjalankan tugas.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda pada hari ini (4 Mei).



Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Peringkat Pejabat Zon 6 Sandakan dan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan telah dilak...
04/05/2026

Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Peringkat Pejabat Zon 6 Sandakan dan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan telah dilaksanakan pada 04 Mei 2026

Address

Batu 3, Jalan Utara, Peti Surat 1465
Sandakan
90716

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share