Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Sandakan - Rasmi

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Sandakan - Rasmi Laman Facebook Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah SANDAKAN. No.Tel: 089-672732 (Admin)
No.Tel: 089-667363 (Nikah, Cerai & Ruju')

Lokasi Pejabat - Tingkat 4, Bangunan Urusetia Negeri, Batu 7, Jalan Labuk, SANDAKAN.

πŸ“’ HEBAHAN KURSUS PRA-PERKAHWINAN ISLAMJHEAINS DAERAH SANDAKANSESI JUN 2026🚨🚨🚨 MAKLUMAN PENTING 🚨🚨🚨❌ TIADA PENDAFTARAN SE...
03/06/2026

πŸ“’ HEBAHAN KURSUS PRA-PERKAHWINAN ISLAM
JHEAINS DAERAH SANDAKAN
SESI JUN 2026

🚨🚨🚨 MAKLUMAN PENTING 🚨🚨🚨

❌ TIADA PENDAFTARAN SECARA ONLINE BAGI SESI JUN 2026

Dimaklumkan bahawa pendaftaran secara ONLINE masih belum dapat dilaksanakan disebabkan hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan.

βœ… Oleh itu, semua bakal peserta yang berminat hendaklah membuat PENDAFTARAN SECARA MANUAL dengan hadir sendiri ke:

πŸ“… Pendaftaran Buka : 10 JUN 2026 (RABU)
πŸ“ JHEAINS Daerah Sandakan, Tingkat 4
πŸ•— 8.00 PAGI SEHINGGA PENUH

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“Œ KURSUS AKAN DILAKSANAKAN DALAM 2 SESI:

πŸ—“οΈ 20 – 21 JUN 2026 (100 peserta)

πŸ—“οΈ 27 – 28 JUN 2026 (100 peserta)

⚠️ PERINGATAN: Sebarang pertukaran tarikh kursus selepas pendaftaran dibuat TIDAK AKAN DITERIMA.

πŸ“„ Borang Pendaftaran:
https://drive.google.com/file/d/1aiGrwQGhzWXlmcjIQj95uftXMokgDMUr/view?usp=sharing

πŸ“Œ Dokumen yang perlu dibawa:
β€’ Borang kursus yang lengkap diisi
β€’ Salinan Kad Pengenalan / Pasport / Surat Beranak
β€’ Yuran kursus RM100 seorang

πŸ“ž Pertanyaan:
JHEAINS Daerah Sandakan
☎️ 089-667 363

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Untuk makluman..
01/06/2026

Untuk makluman..

26/05/2026

*BINGKISAN UCAPAN SALAM AIDILADHA*

Kami daripada Warga JHEAINS Daerah Sandakan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M..27052026..πŸ™πŸ™πŸ™

Sambutan Hari Raya Aidiladha bukan sekadar berkaitan ibadah korban dan pengagihan daging semata-mata, sebaliknya membawa makna yang lebih besar iaitu mengingatkan kita mengenai nilai pengorbanan tertinggi, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah S.W.T.

Ia berakar umbi daripada peristiwa agung Nabi Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya, Nabi Ismail AS, demi memenuhi perintah Allah S.W.T dan menjadi teladan besar tentang kekuatan iman dan kasih sayang dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T .

Pengorbanan turut melahirkan sifat sabar, membentuk jiwa yang lebih bersyukur serta mendidik manusia agar lebih memahami erti kasih sayang dan keprihatinan.

Aidiladha juga mengajar manusia supaya lebih memahami penderitaan orang lain, menghargai keluarga serta mengeratkan hubungan sesama insan.

Kadangkala, insan yang paling banyak berkorban ialah mereka yang paling sedikit bercerita tentang kesakitannya. Namun, setiap pengorbanan yang lahir daripada hati yang ikhlas tetap mempunyai nilai yang besar di sisi Allah S.W.T.

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini lebih membawa kegembiraan dan keikhlasan serta merapatkan ukhwah sesama umat Islam daripada tahun sebelumnya.. Aamiin ya robbal alamiin...

Salam Aidiladha, maaf zahir dan batin.

Ingatan tulus ikhlas daripada,
Warga kerja JHEAINS Daerah Sandakan.






11 MEI 2026 | ISNIN Program Santai Dakwah: Jom Solat telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Dakwah JHEAINS Sandakan di SK ...
11/05/2026

11 MEI 2026 | ISNIN

Program Santai Dakwah: Jom Solat telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Dakwah JHEAINS Sandakan di SK Gum Gum Kecil, Sandakan dengan penyertaan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman para pelajar mengenai kepentingan solat sebagai tiang agama, di samping memupuk amalan ibadah dalam kehidupan seharian.

Sepanjang program berlangsung, terdapat tiga slot utama yang telah dijalankan iaitu:

Slot 1: Solat Tiang Agama
Peserta diberikan penerangan tentang kepentingan, rukun solat, tanggungjawab menunaikan solat serta kelebihan menjaga solat lima waktu.

Slot 2: LDK – Menara Iman
Aktiviti dalam kumpulan telah dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama serta mengukuhkan kefahaman peserta berkaitan nilai-nilai keimanan.

Slot 3: Praktikal Wuduk – Satu Botol Untuk Semua
Peserta didedahkan dengan cara mengambil wuduk yang betul serta penjimatan penggunaan air semasa berwuduk.

Selain itu, program turut diserikan dengan pelaksanaan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah bersama para peserta.

Majlis perasmian penangguhan program telah disempurnakan oleh Encik Raman Rabi selaku wakil PTA, dengan turut dihadiri oleh Guru Besar SK Gum Gum Kecil Sandakan, Encik Ahmad bin Aman, serta Penolong Kanan, Encik Mohd Amri Mukarramah.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PPD Daerah Sandakan serta pihak sekolah atas kebenaran dan kerjasama yang diberikan kepada pihak Jabatan Agama Daerah bagi melaksanakan program ini.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah serta sentiasa menjaga solat dalam kehidupan harian.



πŸ“’ PEMAKLUMAN RASMIPEMBUKAAN PENDAFTARAN KURSUS PRA PERKAHWINANDAERAH SANDAKAN BULAN MEI 2026 Dimaklumkan bahawa pendafta...
30/04/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN RASMI
PEMBUKAAN PENDAFTARAN KURSUS PRA PERKAHWINAN
DAERAH SANDAKAN BULAN MEI 2026

Dimaklumkan bahawa pendaftaran Kursus Pra Perkahwinan Daerah Sandakan akan dibuka pada 13 Mei 2026 (Rabu) bermula jam 8.00 pagi sehingga kuota dipenuhi.

⚠️ Perhatian Penting:
Kursus Siri 1 telah penuh berikutan lebihan peserta daripada bulan lalu yang terpaksa dipindahkan ke sesi bulan Mei 2026.

βœ… Sehubungan itu, pendaftaran kini hanya dibuka untuk Kursus Siri 2 (23 – 24 Mei 2026) sahaja.

🚨 Tempat adalah TERHAD kepada 100 peserta terawal sahaja.
Keutamaan diberikan kepada pendaftaran terawal (first come, first served).

πŸ”— Borang:
https://drive.google.com/file/d/1aiGrwQGhzWXlmcjIQj95uftXMokgDMUr/view?usp=sharing⁠�


27 APRIL 2026Alhamdulillah, Unit Dakwah telah berjaya melaksanakan Program Santai Dakwah di Masjid Nurul Iman, Kg Tanjun...
28/04/2026

27 APRIL 2026

Alhamdulillah, Unit Dakwah telah berjaya melaksanakan Program Santai Dakwah di Masjid Nurul Iman, Kg Tanjung Aru, Sandakan dengan jayanya. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan kekeluargaan Islam, pengukuhan ibadah serta pembinaan sahsiah diri.

Terima kasih diucapkan kepada pihak masjid, para penceramah, urus setia dan semua peserta yang telah memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga program seperti ini terus memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

23/04/2026

πŸŽ™οΈPROGRAM CERAMAH KHASπŸŽ™οΈ

Program Ceramah Khas merupakan inisiatif bersama antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah dan Masjid Negeri Sabah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Islam Negeri Sabah serta JAKIM Sabah akan menganjurkan Program Ceramah Khas bersama Prof. Ustaz Dr. H. Abdul Somad Batubara pada ketetapan berikut:

πŸ—“οΈ 24 April 2026 (Jumaat)
πŸ•’ 8:00 Pagi
πŸ“ Dewan Sa’adah, Wisma MUIS Sabah, Kota Kinabalu
πŸŽ™οΈ Tajuk Ceramah: Dalam Tugas Ada Ibadah, Dalam Amanah Ada Keberkatan

Orang ramai dijemput hadir ✨





Address

Sandakan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Sandakan - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share