11/05/2026
AKTIVITI SUKAN DAN RIADAH (HIKING)
SEKSYEN KESELAMATAN FPL
BAHAGIAN KESELAMATAN UMS
Tarikh: 10 Mei 2026 (Ahad)
Tempat: Bukit Sim-Sim, Sandakan
Pada 10 Mei 2026 (Ahad), Seksyen Keselamatan FPL, Bahagian Keselamatan UMS telah menganjurkan satu aktiviti sukan dan riadah iaitu hiking di Bukit Sim-Sim, Sandakan.
Aktiviti ini telah diketuai serta disusun atur oleh L/Kpl PB Mohd Adnan Abd Said. Seramai 11 orang anggota telah menyertai aktiviti ini termasuk seorang pegawai, iaitu Insp/PB Alnadine Barri selaku Ketua Seksyen Keselamatan FPL.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota, serta memupuk semangat kerjasama berpasukan. Sepanjang aktiviti berlangsung, semua peserta memberikan komitmen yang baik dan aktiviti berjalan dengan lancar serta selamat.
'Together We Serve'