Yayasan Usaha Maju Cawangan Sandakan

Yayasan Usaha Maju Cawangan Sandakan Perkhidmatan Mikro-Kredit kepada usahawan kawasan sandakan

02/08/2024
02/08/2024
02/08/2024
2 hb Ogos 2024 ppr taman harmoni sandakan- Program sosioekonomi daerah sandakan Anjuran Eastern Sabah Security Command (...
02/08/2024

2 hb Ogos 2024 ppr taman harmoni sandakan-

Program sosioekonomi daerah sandakan
Anjuran Eastern Sabah Security Command ( ESSCOM) kerjjasama Kolej Teknologi Yayasan Sabah

23/07/2024

22 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu

SANDAKAN: Yayasan Usaha Maju (YUM) terus komited dalam melahirkan lebih ramai usahawan berjaya di negeri ini.

Pengarah Urusan YUM Sabah, Roseli Sindong berkata pihaknya juga akan terus mempergiatkan penyertaan kump**an sasar khususnya golongan B40 dalam memastikan mereka berupaya menjana serta meningkatkan pendapatan melepasi garis kemiskinan.

Katanya, YUM menawarkan pelbagai perkhidmatan serta kemahiran selain pinjaman perniagaan yang menawarkan pelbagai produk pinjaman mengikut tahap pencapaian masing-masing yang terdiri daripada pinjaman kategori asas khususnya menerusi Skim Pinjaman Am (SPA) dengan nilai sehingga maksimum RM20,000.

Ini diikuti oleh kategori usahawan menerusi Skim Pinjaman Usahawan (SPU) sehingga maksimum RM100,000 dan kategori usahawan kecil dan sederhana menerusi Skim Pinjaman Usahawan Kecil dan Sederhana (SPKS) sehingga maksimum RM250,000.

"YUM turut membuka peluang kepada golongan siswazah yang layak untuk memohon pinjaman di bawah Skim Pinjaman Usahawan Siswazah (SPUS) sehingga maksimum RM250,000," katanya.

"Selain daripada pinjaman perniagaan, YUM juga menawarkan pinjaman bertujuan meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup seperti pinjaman membaiki rumah di bawah Skim Pinjaman Membaiki Rumah (SPBR) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM20,000 dan pinjaman Pendidikan di bawah Skim Pinjaman Pendidikan (SPPD) sehingga RM3,000," katanya.

Roseli berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Anugerah Usahawan Yayasan Usaha Maju Anjuran YUM Cawangan Sandakan dengan kerjasama Jawatankuasa Ketua Pusat YUM (JKEPYUM) 2023-2024 di Sabah Hotel, di sini.

Turut hadir, Pengurus Pembangunan Usahawan YUM, Daisy Livinu, Pengurus YUM Kawasan Sandakan, Hilary Saigol Duari, Pengurus YUM Cawangan Sandakan, Rasdizal Rashid dan Pengerusi Jawatankuasa Ketua Pusat YUM Cawangan Sandakan, merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana, Helda Bai.

Seramai 107 usahawan atau ahli YUM diraikan pada majlis yang turut menyaksikan penyampaian beberapa anugerah kepada penerima yang juga usahawan YUM cemerlang.

Turut disampaikan anugerah kepada Pusat Cemerlang dan Penyelia Pinjaman (PP) Pengendali Cemerlang.

Dalam perkembangan sama, Roseli berkata, selepas pandemik COVID-19, YUM mencatatkan peningkatan jumlah penyerahan pinjaman kepada ahli-ahli di mana pada tahun 2023, YUM meluluskan pinjaman berjumlah RM58.77 juta melibatkan 9,552 orang peminjammenerusi pelbagai produk yang ditawarkan.

Bagi enam bulan pertama tahun ini p**a, YUM juga telah meluluskan pinjaman sebanyak RM30.84 juta.

Pada penghujung tahun ini, ia turut menjangkakan penyerahan pinjaman mampu mencecah nilai melebihi RM60 juta.

22/07/2024

Majlis Apresiasi YUM sandakan
20hb Julai 2024 (Sabtu)
Bertempat di Grand Ballroom Sabah Hotel Sandakan.

05 April 2024 (Jumaat)Program sumbangan amal daripada usahawan2 yayasan usaha maju cawangan sandakan. Di sampaikan bersa...
05/04/2024

05 April 2024 (Jumaat)

Program sumbangan amal daripada usahawan2 yayasan usaha maju cawangan sandakan. Di sampaikan bersama pengurus cawangan dan penyelia pinjaman, serta jawatankuasa JKEPYUM.

Sumbangan di sampaikan kpd :

1. Mahad Tahfiz Al-Quran Wassunnah Al-Yaakub Sandakan MTQS
2. Ahli keluarga daripada kalangan usahawan YUM yg sakit
3.Usahawan YUM yg sakit stroke
4.Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Selawat Nabi

Alhamdulillah, program penyampaian sumbangan berjalan dengan lancar atas kerjasama semua pihak.

Yayasan Usaha Maju Sandakan

Tahniah. Penyampaian sijil penghargaan dan anugerah kpd Pegawai Pinjaman YUM cawangan Sandakan En. Pritchard Jimmy yg tl...
04/12/2023

Tahniah. Penyampaian sijil penghargaan dan anugerah kpd Pegawai Pinjaman YUM cawangan Sandakan En. Pritchard Jimmy yg tlah berkhidmat slama 30 tahun dgn Yum, yang telah d smpaikan sndiri oleh Pengurus Cawangan Sandakan En. A. Rasdizal A. Rashid di pjbt cawangan.

Ucapan Pengurus Cawangan Sandakan En. Abd Rasdizal b. Abd Rasid
26/11/2023

Ucapan Pengurus Cawangan Sandakan En. Abd Rasdizal b. Abd Rasid

Majlis makan tengah hari Ketua ketua pusat bersama kakitangan YUM sandakan. Santai . 25.hb nov 2023 (cityclub sandakan)
26/11/2023

Majlis makan tengah hari Ketua ketua pusat bersama kakitangan YUM sandakan. Santai . 25.hb nov 2023 (cityclub sandakan)

Address

Yayasan Usaha Maju, Blok A2, Lot 6 , Tingkat 1, Bandar Labuk Jaya, Batu 7
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Usaha Maju Cawangan Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share