18/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Sandakan, 18 Mei 2026 - Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan peringkat Batalion 20 PGA yang telah diadakan di perkarangan Blok C Ibu Pejabat Batalion 20 PGA Beluran.
Majlis telah disempurnakan oleh YDH Supt Mohd Yusoff bin Daud, Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran. Turut hadir dalam majlis perhimpunan bulanan ini ialah YDH DSP Shuzie bin Sabudin, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran serta Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam Batalion 20 PGA Beluran. Pegawai Baris yang bertugas ialah Insp Izzudin bin Ibrahim (Pegawai Kompeni C). Bacaan Ikrar Rukun Negara telah dipimpin oleh Insp Kamal Azry Afiqiey bin Kamarudin (Pegawai Bekalan) dan bacaan doa dipimpin oleh Kpl Mohd Hafiz Fikri bin Saberi Melhi (Caw Pengangkutan).
Dalam perhimpunan bulanan pada kali ini YDH Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA telah menyampaikan amanat
terutama menekankan berkaitan aspek kebajikan. Semua PKP/PRP dan PA disaran untuk menambah caruman insuran kelompok Koperasi PDRM atau mengambil insurans perubatan bagi memastikan kebajikan sentiasa terjamin sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Selain itu, warga Batalion 20 juga perlulah sentiasa mengambil maklum berkaitan kemudahan - kemudahan yang telah disediakan oleh Koperasi PDRM yang semestinya banyak memberi kelebihan antaranya kemudahan pembiayaan, simpanan, dividen dan imbuhan yang boleh dimanfaatkan oleh semua warga Batalion 20.
Selain itu, YDH Pegawai Pemerintah juga menggalakkan semua PKP/PRP dan PA Batalion 20 agar sentiasa melibatkan diri di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Polis, PERKIB dan juga PERKEP kerana ianya dapat menjadi satu platform penting dalam memupuk semangat kebersamaan dan mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain.
YDH Pegawai Pemerintah juga dalam masa yang sama menyarankan semua mengamalkan amalan berjimat cermat dan sentiasa mempunyai tabungan kecemasan. Setiap warga batalion seharusnya mengetahui kemampuan masing-masing dalam berbelanja supaya dapat mengelakkan membuat perbelanjaan berlebihan. Dalam masa yang sama warga batalion juga diingatkan agar sentiasa peka dan cakna berkaitan kemudahan, bantuan dalam perkhidmatan amnya berkaitan kebajikan, pendidikan, perumahan dan juga latihan-latihan yang dianjurkan.
Didalam perhimpunan ini juga turut diadakan sesi pemakaian pangkat SM kepada P/SM 135509 Zainuddin bin Sairudin dari Kompeni A. YDH Pegawai Pemerintah juga turut menyampaikan sumbangan dari PKSS kepada balu Allahyarham Kpl 191488 Mohd Hafez Hashim dari Caw. Komunikasi. Perhimpunan bulanan berjalan lancar seperti dirancang dan diakhiri dengan sesi bergambar.
Speed โข Reliable โข Integrity
๐ซ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ผ๐๐๐ ๐ด๐๐
๐๐ ๐ฉ๐ 20 ๐ท๐ฎ๐จ