RELA Daerah Sandakan

RELA Daerah Sandakan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),
Kementerian Dalam Negeri,
Pejabat RELA Daerah Sandakan.

Penyempaian sumbangan (Ready to eat food) RTEF kepada anggota RELA yang terkena bencana kebakaran di KG. Bahagia dan KG....
02/05/2026

Penyempaian sumbangan (Ready to eat food) RTEF kepada anggota RELA yang terkena bencana kebakaran di KG. Bahagia dan KG. Karamunting daerah sandakan

Tarikh: 01.05.2026
Masa: jam 11am hingga selasai
Tempat: Daerah sandakan

30/04/2026
Walaupun ditimpa musibah rumah terbakar di Kampung PPH Karamunting subuh tadi. Puan Halimah binti Hassan (Salah seorang ...
29/04/2026

Walaupun ditimpa musibah rumah terbakar di Kampung PPH Karamunting subuh tadi. Puan Halimah binti Hassan (Salah seorang petugas RELA di Pusat Pemindahan Mangsa Kebakaran Kampung Bahagia) tetap mahu meneruskan khidmat baktinya sebagai seorang anggota RELA.






RELA Negeri Sabah
RELA Malaysia

SANDAKAN: Siapa sangka ketika Halimah Hassan, 56, sibuk bertugas menjaga mangsa kebakaran Kampung Bahagia di pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, rumahnya sendiri p**a tiba-tiba terbakar.

28/04/2026

Tahukah anda bahawa RELA memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran dan keselamatan program rasmi serta aktiviti awam?

Anggota RELA membantu dalam:
▪️ Kawalan orang ramai
▪️ Kawalan lalu lintas
▪️ Pemantauan keselamatan

Komitmen ini memastikan setiap program berjalan dengan teratur, selamat dan terkawal.






27/04/2026

Rondaan Komuniti yang kini dikenali sebagai RELA Patrol Team (RPT) merupakan salah satu inisiatif utama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam memperkukuhkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

RPT berperanan melaksanakan rondaan berkala di kawasan perumahan, kampung, premis awam serta lokasi yang dikenal pasti berisiko. Melalui kehadiran anggota RELA di lapangan, ia bukan sahaja membantu mencegah jenayah, malah meningkatkan rasa selamat dalam kalangan komuniti. Rondaan ini juga bertindak sebagai langkah pencegahan awal dengan memantau sebarang aktiviti mencurigakan dan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan segera.






27/04/2026

Latihan kawad RELA merupakan asas penting dalam membentuk disiplin dan jati diri anggota. Ia melatih kepatuhan terhadap arahan serta meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.

Selain itu, kawad menekankan keseragaman pergerakan yang mencerminkan kekemasan dan profesionalisme pasukan. Latihan ini juga membantu meningkatkan fokus anggota agar sentiasa peka dan mengelakkan kesilapan.






25/04/2026

RELA memainkan peranan penting sebagai sokongan kepada agensi penyelamat ketika bencana. Antara tugas utama ialah membantu pemindahan mangsa ke tempat selamat, mengawal keselamatan di pusat pemindahan, serta mengagihkan bantuan keperluan asas kepada mangsa.

Peranan RELA semasa bencana sangat signifikan dalam memastikan pengurusan krisis berjalan lancar. Semangat kesukarelawanan dan komitmen tinggi anggota RELA membuktikan bahawa mereka merupakan aset penting negara dalam membantu masyarakat ketika saat-saat getir.






24 April 2026 - Kesemua mangsa kebakaran Kampung Bahagia yang sebelum ini ditempatkan di Pusat Pemindahan (PP) SMJK Tion...
24/04/2026

24 April 2026 - Kesemua mangsa kebakaran Kampung Bahagia yang sebelum ini ditempatkan di Pusat Pemindahan (PP) SMJK Tiong Hua telah dipindahkan sepenuhnya ke PP Gelanggang Futsal Sim Sim bagi tujuan penyelarasan pengurusan dan kebajikan mangsa. Keadaan semasa di Pusat Pemindahan (PP) Gelanggang Futsal Sim Sim adalah terkawal.

RELA bersama agensi terlibat terus komited memastikan segala keperluan mangsa di pusat pemindahan berkenaan sentiasa terjaga.






RELA Negeri Sabah
RELA Malaysia

18 April 2026 |  Aktiviti Gotong-Royong Perangi Aedes Peringkat Daerah SandakanAktiviti gotong-royong memerangi Aedes be...
18/04/2026

18 April 2026 | Aktiviti Gotong-Royong Perangi Aedes Peringkat Daerah Sandakan

Aktiviti gotong-royong memerangi Aedes bertujuan membendung penularan Wabak Demam Denggi di sekitar kawasan Flat Taman Murni Sandakan. Seramai 32 anggota RELA telah menyertai aktiviti gotong-royong ini.






RELA Negeri Sabah
RELA Malaysia

12 April 2026 |  Aktiviti Gotong-Royong Perangi Aedes Peringkat Daerah SandakanAktiviti gotong-royong memerangi Aedes be...
12/04/2026

12 April 2026 | Aktiviti Gotong-Royong Perangi Aedes Peringkat Daerah Sandakan

Aktiviti gotong-royong memerangi Aedes bertujuan membendung penularan Wabak Demam Denggi di sekitar kawasan Flat Taman Sejati dan Taman Sejati Teres Sandakan. Seramai 23 anggota RELA telah menyertai aktiviti gotong-royong ini.






RELA Negeri Sabah
RELA Malaysia

Address

Jalan Persekutuan B
Sandakan
90500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6089668607

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Daerah Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share