Pengarah Biro Tatanegara Negeri Sabah

Pengarah Biro Tatanegara Negeri Sabah Laman rasmi FB Page Pengarah Biro Tatanegara Negeri Sabah. Pada tahun 1986, BTN telah mengorak langkah meluaskan cawangannya ke negeri-negeri.

BTN - PENERAJU PATRIOTISME YANG DINAMIK
Ditubuhkan pada 1974 sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada 1981, Unit ini telah di letakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Dan tahun 1982 ditukar nama sebagai Biro Tatanegara (BTN). Sehingga kini BTN telah mempunyai empat belas (14) cawangan di Negeri. Fokus BTN telah diperluas iaitu memupuk semangat patriotik dalam

semua kalangan masyarakat. Penekanan pendidikan kenegaraan BTN sejak penubuhannya adalah:-
i. Perjuangan Bangsa (1982-1992)
ii. Perjuangan Bangsa dan Penghayatan Nilai-nilai Murni (1992-1997)
iii. Perjuangan Bangsa dan Pembangunan diri/insan (1997-1999)
iv. Perjuangan Bangsa dan Kedaulatan Negara (1999-2008)
v. Perjuangan Bangsa, Kedaulatan Negara dan Gagasan 1 Malaysia (2008-kini)

Patriotisme bermaksud semangat sayangkan negaranya serta adanya kesanggupan untuk berkorban mempertahankan kedaulatannya. Oleh patriotisme dimiliki oleh seluruh Rakyat Negara ini, maka proses penerapan dan penyuburannya perlu didukung oleh segenap lapisan masyarakat dan bangsa Malaysia. Biro Tatanegara berperanan untuk menerangkan dan memberi kefahaman mengenai patriotisme dan ketatanegaran dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program Latihan Transformasi Negara (LTN). Bermula tahun 2011 hingga kini, BTN telah melaksanakan aktiviti latihannya yang dikenali sebagai Program Latihan Transformasi Negara (PLTN). VISI
Peneraju Patriotisme Negara

MISI
Penyampaian program kecemerlangan patriotisme melalui pendidikan, latihan, kesedaran & perkongsian strategik. OBJEKTIF
Peningkatan pengetahuan dan pemahaman terhadap:-
✅ Patriotisme dan Kenegaraan
✅ Dasar Kerajaan
✅ Penghayatan Nilai-Nilai Murni

DASAR TRANSFORMASI NASIONAL
01/03/2016

DASAR TRANSFORMASI NASIONAL

KONSEP NEGARA
01/03/2016

KONSEP NEGARA

Sembang Santai Ketua Pengarah Biro Tatanegara Datuk Ibrahim Saad bersama KERIS & Tenaga Pengerak BTN Sabah pada  30/1/20...
31/01/2016

Sembang Santai Ketua Pengarah Biro Tatanegara Datuk Ibrahim Saad bersama KERIS & Tenaga Pengerak BTN Sabah pada 30/1/2016 bertempat di Kem Bina Negara, Kundasang, Sabah.

11 Langkah  penstukturan dan pengubahsuaian1 - Kerajaan setuju untyk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3%...
29/01/2016

11 Langkah penstukturan dan pengubahsuaian

1 - Kerajaan setuju untyk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016-Dis 2017. W/bagaimanapun, caruman majikan kekal

2 - Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai seb*k RM2k kepada pmbayar cukai individu berpendapatan RM8k/bln ke bwh utk tahun taksiran 2015
- W/pun Kerajan akan hilang hasil seb*k RM350j namun ianya dpt beri penjimatan byrn cukai individu sehingga RM475, manfaatkan 2j pembayar cukai

3) Bg kurangkn kos kperluan harian,Krjn akn,antaranya,liberalisasikn AP bg prod prtanian trpilih trmasuk biji kopi mentah,daging
- FAMA akn buka pasar belian trus hasil pertanian MyFarm Outlet yg jual brg makanan pd hrga jualan 5-20% lbh rendah dr hrga pasaran
- KPDNKK akn knalpasti lbh b*k kedai2 jualan harga berpatutn spt hypermarket. Jmlh Kedai Harga Patut akn ditingkatkn drp 640 kpd 1k .
- KPDNKK akn tingkatkn pnguatkuasaan & ambil tindakan ke atas peniaga tdk beretika yg ambil kesempatan kaut keuntungan brlipat gnda
- Utk terus bela pesawah, Krjn sediakan tambahan tunai RM50 bg setiap 1 tan metrik padi bersih sbg insentif input pengeluaran padi
- Prog MyBeras diperkenal. Stiap keluarga miskin tegar yg brdaftar akn dibekal dgn 20kg beras stiap bln utk kurangkn bebanan hidup

4 - Berkuat kuasa serta merta ke atas projek baru, smua penjualan rumah bharga hingga RM300k terhad kpd pembeli rumah prtama shj
-Bg Proj Prumahan Rkyt brharga RM35k, Krjn menerusi BSN & Bank Rkyt tawar pakej pmbiayaan pd kdr 4% mnfaatkan lbh 10k pmilik rumah

5- Sumbangan 30% drp levi HRDF akn disediakn utk tingkatkn kompetensi & kemahiran pekerja, termasuk pekerja yg tlh diberhentikn

6 - Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders

7 - Krjn terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kpd 2 kategori, tdk trmasuk pmbantu rumah asing
-Krjn laksana Prog Penggajian & Penempatan Semula PATI, beri peluang kpd PATI yg bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah

8 - Krjn akn lebih berhemah dlm perbelanjaan terutamanya bekalan & perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran

9 - Prbelanjaan pmbangunan akn fokus kpd projek & prog mndahulukan rkyt, mmpunyai kesan pengganda tinggi & kndungan import rendah

10- Institusi kwgn pmbangunan & dana modal teroka milik Krjn akn tmbh dana RM6b dlm sediakn pembiayaan kpd PKS & sykt permulaan

11- Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bg kurangkan jurang pndptn pengurusan atasan & golongan pekerja, akn dipantau EPU


https://www.najibrazak.com/bm/blog/perutusan-khas-perdana-menteri-tentang-pengubahsuaian-bajet-2016/

Ketahui Jata Negara kita..
29/01/2016

Ketahui Jata Negara kita..

Putrajaya: Kayuhan Cinta Malaysia anjuran BTN Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Wilayah pada 23 Janua...
25/01/2016

Putrajaya: Kayuhan Cinta Malaysia anjuran BTN Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Wilayah pada 23 Januari 2016 menarik penyertaan lebih kurang 1900 peserta khususnya warga Putrajaya. Suatu aktiviti riadah dan platform terbaik untuk menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Proses penjenamaan semula Biro Tatanegara (BTN) yang sedang dirangka kerajaan akan memberi tumpua...
22/01/2016

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Proses penjenamaan semula Biro Tatanegara (BTN) yang sedang dirangka kerajaan akan memberi tumpuan bagi menangani persepsi negatif orang ramai yang sering mengaitkan BTN sebagai rasis.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Saad berkata, seramai 16 ahli panel yang terdiri daripada pelbagai bidang telah dipanggil bagi membincangkan proses penambahbaikan terhadap BTN.
Menurutnya, antara cadangan yang dikemukakan meliputi aspek kandungan ceramah, cara penyampaian, bentuk sasaran dan pendekatan yang akan diambil dengan memberi penekanan kepada golongan belia di bawah umur 30 tahun.
“Kali terakhir kandungan BTN ini disemak ialah pada 2011 apabila dimasukkan gagasan 1Malaysia dalam kursus tersebut selari dengan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Pada kali ini, proses penjenamaan semula BTN itu akan disesuaikan dengan mengambil kira keadaan semasa bagi menangani persepsi negatif orang ramai terhadap BTN. Bagaimanapun, modul tetap sama iaitu untuk membina sebuah negara bangsa berbilang kaum dengan menerapkan semangat patriotik,” katanya kepada pemberita selepas sidang Meja Bulat Penjenamaan Semula BTN di sini hari ini.
Seramai 16 ahli panel hadir dalam sidang meja bulat tersebut antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pihaknya akan mengadakan satu lagi sidang meja bulat bagi membincangkan penjenamaan semula BTN pada pertengahan bulan Februari depan.
“Kita menjangkakan jika tiada sebarang masalah, BTN yang baharu ini akan dapat dilaksanakan pada pertengahan bulan Mac ini.
“Kita bersedia menerima kritikan daripada orang ramai asalkan ia pandangan yang membina. Walaupun masa begitu singkat, kita perlu bergerak dengan pantas bagi memastikan perkara ini dapat dilaksanakan,” jelasnya. -

Sumber: UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Proses penjenamaan semula Biro Tatanegara (BTN) yang sedang dirangka kerajaan akan memberi tumpuan bagi menangani persepsi negatif orang ramai yang sering mengaitkan BTN sebagai rasis.

KETAHUI SISTEM PEMERINTAHAN KITA Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-• Badan Perun...
21/01/2016

KETAHUI SISTEM PEMERINTAHAN KITA
Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-
• Badan Perundangan.Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

• Badan Pemerintah.Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;

• Badan KehakimanBadan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

Sumber : Buku Malaysia 2009, Buku Rasmi TahunanJabatan Penerangan Malaysia

20/01/2016

Antara 10 Perkara Yang Perlu Kita Tahu Sebagai Rakyat Malaysia

1. Nama Negara: Persekutuan Malaysia
2. Undang-Undang Tertinggi: Perlembagaan Persekutuan Malaysia
3. Sistem Pemerintahan: Raja Berperlembagaan
4. Ketua Negara: Yang Dipertuan Agong
5. Ketua Kerajaan: Perdana Menteri
6. Agama Persekutuan: Agama Islam
7. Bahasa Kebangsaan: Bahasa Melayu
8. Lagu Kebangsaan: Negaraku
9. Bendera Malaysia: Jalur Gemilang
10. Hari Malaysia: 16 September 1963

" Nampak Senang, Namun Kadang Terlupa...😉 "

19/01/2016

Transformasi Berjaya (Perhimpunan 1Malaysia 2013)

19/01/2016

Mengimbas kembali sejarah ringkas Sabah.....(klip video semasa Perhimpunan Barisan 1Malaysia 2013)

Address

Kota Kinabalu
Sabak Bernam District

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Biro Tatanegara Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share