Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin No 8 & 9, Taman Cemara, Jalan Cemara Utama, Rompin Jaya, 26800, Kuala Rompin, Pahang.

No Tel : 09-4145278 / 09-4140521 Fax : 09-414 6961 Website : www.jkm.gov.my Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin - Penyataan penafian (Disclaimer)

Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

02/09/2026
πŸ“’ PROGRAM SIMULASI DAN LATIH AMAL PENGURUSAN DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (P.P.S.) PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2026Tarikh :...
02/09/2026

πŸ“’ PROGRAM SIMULASI DAN LATIH AMAL PENGURUSAN DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (P.P.S.) PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2026

Tarikh : 2 September 2026 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 3.30 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak, Keratong

Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan, koordinasi dan kecekapan agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (P.P.S.) sekiranya berlaku bencana, khususnya kejadian banjir.

Melalui simulasi dan latihan yang dijalankan, peserta dapat memperkukuhkan kefahaman berkaitan peranan serta tanggungjawab masing-masing, di samping memastikan pengurusan mangsa di P.P.S. dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan berkesan.

🀝 Kerjasama erat antara agensi dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan kebajikan, keselamatan dan keperluan mangsa bencana sentiasa diberi keutamaan.

β€œBersedia Menghadapi Bencana, Prihatin Terhadap Kebajikan.””








28/08/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN & HEBAHAN
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin
πŸ“ž Nombor Talian: 09-4145278
Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada orang ramai khususnya para pelanggan dan pemohon bahawa talian telefon Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin akan kembali beroperasi sepenuhnya bermula pada:
βœ… Tarikh: Selasa, 02 September 2026
Mulai tarikh tersebut, anda boleh menghubungi kami semula melalui nombor di atas pada waktu pejabat seperti biasa.
Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh talian tidak beroperasi amat kami kesali dan kami menghargai kesabaran serta pengertian anda semua.
Terima kasih. πŸ™

26/08/2026
πŸ“’ PROGRAM SENTUHAN RAKYAT MAKMUR (PSRM) NEGERI PAHANG TAHUN 2026 – PERINGKAT DAERAH ROMPIN πŸ“’Assalamualaikum dan Selamat ...
20/08/2026

πŸ“’ PROGRAM SENTUHAN RAKYAT MAKMUR (PSRM) NEGERI PAHANG TAHUN 2026 – PERINGKAT DAERAH ROMPIN πŸ“’

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Jom hadir ke Program Sentuhan Rakyat Makmur (PSRM) Negeri Pahang Tahun 2026 Peringkat Daerah Rompin! πŸŽ‰

πŸ“… Tarikh: 24 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Rompin

✨ PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH ROMPIN TURUT MEMBUKA KAUNTER/RERUAI ✨

Orang ramai dijemput hadir dan berkunjung ke kaunter/reruai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan bantuan yang disediakan oleh JKM.

🀝 Jom berkunjung ke reruai PKMD Rompin!

Dapatkan informasi, khidmat nasihat dan kenali lebih dekat perkhidmatan kebajikan yang disediakan untuk masyarakat.

πŸ“Œ Kehadiran dan sokongan anda amat dialu-alukan.








13/08/2026

π‘πšπ§πœπšπ€π€πšπ§ πŒπ€πƒπ€ππˆ

Tahukah anda? π€π§πšπ€ 𝐏𝐞π₯𝐒𝐑𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐒𝐝𝐚𝐀 𝐬𝐞𝐦𝐞𝐬𝐭𝐒𝐧𝐲𝐚 π€π§πšπ€ π€π§π π€πšπ­. Walaupun kedua-duanya melibatkan penjagaan kanak-kanak, status serta proses pengiktirafan di sisi undang-undang adalah berbeza.

πŸ“Œ Anak Pelihara – Kanak-kanak yang dijaga oleh selain ibu bapa kandung, di bawah perintah mahkamah atau perlindungan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

πŸ“Œ Anak Angkat – Kanak-kanak yang diangkat secara sah melalui perintah Mahkamah mengikut Akta Pengangkatan 1952 dan didaftarkan secara rasmi sebagai anak dalam keluarga angkat.

Sehingga Julai 2026, seramai πŸ‘πŸ“πŸ— 𝐀𝐚𝐧𝐚𝐀-𝐀𝐚𝐧𝐚𝐀 telah ditawarkan sebagai Anak Pelihara kepada ibu bapa peliharaan. Setiap kanak-kanak berhak membesar dalam suasana penuh kasih sayang, perhatian dan rasa dilindungi. Melalui pengambilan anak pelihara, kita bukan sekadar membuka pintu sebuah rumah, tetapi turut membuka ruang untuk mereka membina kehidupan yang lebih baik.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ζž—ζ…§θ‹±
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia









13/08/2026
05/08/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan buat YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan yang berterusan, serta mengurniakan kekuatan dalam meneruskan usaha memacu pembangunan dan kebajikan masyarakat.

Tulus Ikhlas:
Encik Khairul Amri Bin Ahmad, AAP.
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
dan Seluruh Warga Kerja JKM Negeri Pahang.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ζž—ζ…§θ‹±
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Khairul Amri Hj Ahmad
Dato' Sabariah Saidan








Address

Jalan Cemara Utama
Rompin
26800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094145278

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin:

Shortcuts

Share