Majlis Daerah Rembau

Majlis Daerah Rembau MDR ditubuhkan pada 1 Julai 1980 dan adalah sebuah badan penguasa tempatan yang tertakluk dibawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

✨ 𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨 ✨𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗱𝘂𝗸𝗮 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶-𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴Merafak sembah dan menjun...
31/05/2026

✨ 𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨 ✨

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗱𝘂𝗸𝗮 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶-𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴

Merafak sembah dan menjunjung kasih atas naungan serta kepimpinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta kebijaksanaan yang berterusan dalam memayungi negara Malaysia yang tercinta. 🇲🇾

Daulat Tuanku! 👑
Ikhlas daripada seluruh warga Majlis Daerah Rembau

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗪𝗲𝘀𝗮𝗸 🪷Majlis Daerah Rembau dengan penuh hormat mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penga...
30/05/2026

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗪𝗲𝘀𝗮𝗸 🪷

Majlis Daerah Rembau dengan penuh hormat mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa ketenangan jiwa, kebahagiaan, dan keharmonian kepada semua.

Semoga nilai kasih sayang, kedamaian dan perpaduan terus subur dalam kehidupan kita bersama 🤝✨.

“Damai dalam hati, harmoni dalam komuniti”


🕊️

🌙🐐 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇🐐🌙Sempena Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, seluruh warga Majlis Daerah Rembau mengucapkan Sel...
26/05/2026

🌙🐐 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇🐐🌙

Sempena Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, seluruh warga Majlis Daerah Rembau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang dihayati pada Aidiladha ini terus menyatukan masyarakat dalam suasana harmoni, aman dan sejahtera. ✨

Semoga setiap ibadah dan pengorbanan yang dilaksanakan mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT.

💚 Ikhlas daripada warga Majlis Daerah Rembau

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐔📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 23 Mei 2026 (Sabtu)📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: Taman Sri ...
25/05/2026

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐔

📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 23 Mei 2026 (Sabtu)

📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: Taman Sri Rembau dan sekitar Pekan Rembau

Operasi penangkapan anjing terbiar telah dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Rembau bersama pihak vendor Dr Norman Vet pada 23 Mei 2026 di kawasan Taman Sri Rembau dan sekitar Pekan Rembau.

Operasi ini bertujuan mengurangkan aduan berkaitan anjing terbiar serta meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan awam. Operasi dilaksanakan menggunakan kaedah penembakan ubat pelali dan pemasangan mikrocip bagi memastikan pengendalian haiwan dibuat secara lebih selamat dan berperikemanusiaan.

Hasil operasi mendapati sebanyak 6 ekor anjing terbiar berjaya ditangkap melibatkan 3 ekor jantan dan 3 ekor betina. Sebanyak 3 ekor anjing jantan telah dimandulkan dan kesemua anjing yang ditangkap telah dipasang mikrocip untuk tujuan kawalan pembiakan serta rekod pemantauan.

Kesemua anjing tersebut telah ditempatkan di pusat perlindungan anjing (shelter) untuk tindakan lanjut. Secara keseluruhannya, operasi berjalan lancar dan terkawal serta pemantauan berkala akan diteruskan dari semasa ke semasa demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Rembau sentiasa terpelihara.

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓Assalamualaikum wbt, Salam Malaysia Madani, Salam Bersih Muafakat S...
14/05/2026

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

Assalamualaikum wbt, Salam Malaysia Madani, Salam Bersih Muafakat Sejahtera diucapkan kepada semua Warga Kerja MDR.

Disini, Pentadbiran Majlis ingin mengucapkan sekalung penghargaan, tahniah dan syabas kepada ketujuh-tujuh penerima APC MDR bagi tahun 2025. Pegawai-pegawai ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang didalam amanah, tugasan kerja, kehadiran, disiplin dan tatasusila yang menjadi contoh kepada yang lain.
Diharapkan dengan Anugerah APC yang diterima pada pagi ini, bakal menyuntik semangat untuk terus maju jaya.

Daripada Surah An-Najm, Ayat 39-40,

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ . وَأَنَّ سَعْيَهُۥ سَوْفَ يُرَىٰ"

Prinsip Utama Usaha, "Dan bahawasanya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).

"Tafsir: Ayat ini menegaskan bahawa setiap manusia akan dibalas berdasarkan apa yang mereka usahakan. Usaha tersebut tidak akan sia-sia dan akan dinilai oleh Allah.

Tahniah semua. Anda kebanggaan Majlis Daerah Rembau.

Berita gembira buat kesemua penyewa gerai MDR. Semoga kemanisan ini memberikan manfaat buat semua.Teringin durian untuk ...
14/05/2026

Berita gembira buat kesemua penyewa gerai MDR. Semoga kemanisan ini memberikan manfaat buat semua.

Teringin durian untuk dimakan,
Membeli durian didusun tua,
Harga sewaan telah dikurangkan,
Semoga bermanfaat buat semua.

Jangan kata Tok Min tak payung sedaghee......
Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐈𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐘𝐏𝐄𝐑𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐍𝐂𝐄📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 8 Mei 2026 (Jumaat) – 9 Mei 2026 (Sabtu)🏢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫: Majlis Daerah Rembau📍...
12/05/2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐈𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐘𝐏𝐄𝐑𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐍𝐂𝐄

📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 8 Mei 2026 (Jumaat) – 9 Mei 2026 (Sabtu)

🏢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫: Majlis Daerah Rembau

📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: Avillion Port Dickson

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Bengkel Pengemaskinian MYPERFORMANCE bagi memastikan maklumat dan penilaian prestasi kakitangan sentiasa dikemaskini serta selaras dengan keperluan semasa. Program ini turut memberi pendedahan kepada pegawai mengenai kaedah pengurusan prestasi yang lebih sistematik dan efektif.

Diharapkan program ini dapat memperkasakan pengurusan prestasi warga kerja, meningkatkan tahap profesionalisme dan produktiviti kakitangan serta membantu memperkukuhkan mutu penyampaian perkhidmatan organisasi secara lebih efisien dan berkualiti.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐓𝐎 𝐂𝐀𝐒𝐇 𝐃𝐑𝐈𝐕𝐄 𝐓𝐇𝐑𝐔 𝐑𝐄𝐂𝐘𝐂𝐋𝐄 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 (𝐃𝐓𝐑𝐂) 𝐒𝐖𝐂𝐎𝐑𝐏 𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐔Dimaklumkan bahawa kutipan barangan kitar semula aka...
07/05/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐓𝐎 𝐂𝐀𝐒𝐇 𝐃𝐑𝐈𝐕𝐄 𝐓𝐇𝐑𝐔 𝐑𝐄𝐂𝐘𝐂𝐋𝐄 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 (𝐃𝐓𝐑𝐂) 𝐒𝐖𝐂𝐎𝐑𝐏 𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐔

Dimaklumkan bahawa kutipan barangan kitar semula akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu)
Masa. : 9.00 pagi - 1.00 ptg
Lokasi : Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (berhadapan Pejabat Pendidikan Daerah Rembau)

📌BARANGAN KITAR SEMULA YANG DITERIMA:
📰Surat khabar
📦Kotak
📚Kertas putih / kertas campur
🪣Plastik
🧲Besi
🧃Kotak minuman
🛢️Tin aluminium
🧂Tin makanan (sardin/susu dll)
🧉Minyak masak terpakai
📺E-waste (barang elektrik/cpu)
🔋Bateri motor & kereta
📀CD

🌸Kadar harga akan berubah dari masa ke semasa.

𝐌𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐣𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐓𝐮𝐚𝐧/𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐡𝐞𝐛𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢. 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐚𝐧, 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡

📞Untuk pertanyaan sila hubungi: www.wasap.my/60176726614/trashtocash

Tuan Puan boleh menyemak jadual kutipan sisa pada link dibawah. Silakan.PERKHIDMATAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DOMESTIK & SIS...
04/05/2026

Tuan Puan boleh menyemak jadual kutipan sisa pada link dibawah. Silakan.

PERKHIDMATAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DOMESTIK & SISA PUKAL (2 +1)
2 kali seminggu kutipan untuk sisa baki seperti sisa organik & sisa yang tidak boleh dikitar semula; dan 1 kali seminggu kutipan bagi sisa pukal, sisa kebun dan sisa yang boleh dikitar semula.
Masih ada segelintir penduduk yang tidak mengasingkan sisa pepejal dengan betul.

Bagi mereka yang belum mengetahui, mari ikuti tip pengasingan sisa domestik dan sisa kebun:

𝐒𝐢𝐬𝐚 𝐝𝐨𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢𝐤:
Ikat dengan kemas dan masukkan ke dalam Tong Sampah Beroda (TSB).

𝐒𝐢𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 (𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐫𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠, 𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 & 𝐝𝐚𝐮𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠):
● Ikat ranting & dahan dengan kemas.
● Bungkus daun kering dengan rapi.
Letakkan di tepi TSB, bukan di dalamnya.

Pasukan operasi akan hadir untuk membuat kutipan mengikut jadual yang ditetapkan seperti pautan di bawah.

https://swm-environment.com/public/schedule-collection

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔.Hari ini adalah penghargaan buat semua insan yang bekerja keras tanpa mengira ...
30/04/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Hari ini adalah penghargaan buat semua insan yang bekerja keras tanpa mengira bidang, pangkat atau latar belakang. Sama ada di pejabat, di lapangan, berniaga sendiri, mengurus keluarga, bertugas siang malam atau mencari rezeki demi masa depan — setiap usaha anda amat bernilai.

Terima kasih atas keringat, kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan demi keluarga, masyarakat serta negara. Andalah penggerak kemajuan dan nadi kehidupan.

Semoga segala usaha dipermudahkan, rezeki diberkati dan setiap penat lelah dibalas dengan kejayaan serta kebahagiaan. Selamat Hari Pekerja buat semua.

Pekerja MADANI Kesuma Bangsa

Ikhlas Daripada
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮

Address

Rembau

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066851144

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Rembau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Rembau:

Share