Muzammil Khairi

Cerita Yang Hate-Watcher Akan S**a:Pada Jumaat minggu lepas, telah berlaku keluaran dana asing daripada Bursa Malaysia y...
03/06/2026

Cerita Yang Hate-Watcher Akan S**a:

Pada Jumaat minggu lepas, telah berlaku keluaran dana asing daripada Bursa Malaysia yang terbesar dalam sehari bagi tahun 2026 (YTD) iaitu sebanyak -RM1.633 billion dan keluaran dana asing terbesar bagi seminggu iaitu sebanyak -RM2.53 billion.

Ini bermakna kedudukan dana asing YTD adalah sekitar -RM425 juta.

Adakah situasi ini unik hanya untuk pasaran ekuiti Malaysia?

Tidak sama sekali.

Hampir kesemua pasaran ekuiti serantau mengalami aliran keluar dana asing yang besar, kecuali Thailand dan Taiwan.

Hal ini rentetan daripada ketidaktentuan ekonomi global yang menyebabkan dana asing berpindah ke aset yang lebih selamat seperti bon jangka pendek dalam pasaran-pasaran bon bagi mengambil peluang kenaikan kadar faedah yang sedang berlaku dalam pasaran bon dunia ketika ini.

Hate-watch Selain daripada fans kelab luar yang hate-watch Arsenal sebab taknak Arsenal menang UCL semalam, dalam dunia ...
31/05/2026

Hate-watch

Selain daripada fans kelab luar yang hate-watch Arsenal sebab taknak Arsenal menang UCL semalam, dalam dunia ni ada juga hate-watcher selain dunia bola sepak.

Ada golongan yang hate-watch Bursa Malaysia, meskipun Bursa Malaysia ni tempat dia cari makan.

Pelik dan ajaib. Sedangkan dalam Malaysia ini ada ramai market participants yang mengharapkan agar Bursa Malaysia ini berlaku kenaikan nilai pasaran, macam TWSE (Taiwan) atau KRX (Korea Selatan).

Saya petik Taiwan dan Korea Selatan ini kerana mereka adalah pasaran saham terbesar di Asia dan ke-6 & ke-7 terbesar di dunia. Yang terbesar di dunia mestilah Amerika Syarikat yang ada dua exchange terbesar iaitu NYSE & NASDAQ.

Kalau nak cerita soal pelabur asing tak boleh la disamakan dengan prestasi indeks iaitu KLCI semata-mata.

Kalau nak banding indeks KLCI, perlulah banding KLCI vs KOSPI vs TAIEX vs S&P 500.

Kalau nak banding pelaburan asing, haruslah dibandingkan net FF ke dalam Bursa Malaysia vs KRX vs TWSE vs NYSE vs NASDAQ.

Ini asas perbandingan.

Baik, kita bandingkan net FF inflow YTD bagi pasaran serantau. Kita nak tengok di mana kedudukan Bursa Malaysia ketika ini. Setakat minggu lepas, kemasukan dana asing bersih kedalam Bursa Malaysia (YTD) adalah sebanyak $530.6 juta. Jika di tukar kepada matawang Ringgit, nilainya adalah RM2.105 billion.

Tanpa perlu buat perbandingan dengan pasaran ekuiti negara-negara lain pun, tetaplah angka ini merupakan angka yang besar. Ini adalah angka yang tidak mahu disebut oleh hatewatchers Bursa Malaysia.

Namun, tetaplah kita buat perbandingan. Bagaimana p**a prestasi pasaran ekuiti negara-negara serantau?

Korea Selatan (KRX & Nextrade): -$61.68 billion
Taiwan (TWSE & TPEx): -$7.33 billion
Indonesia (IDX): -$2.46 billion
India (NSE & BSE): -$23.84 billion
Fillipina (PSE): -$89.6 juta
Thailand (SET): $686.9 juta
Vietnam (VNX): -$2.23 billion

Kalau tengok kepada kemasukan pelaburan asing ke dalam pasaran ekuiti, hanya Thailand dan Malaysia sahaja yang mencatatkan net inflow. Performance KOSPI dan TAIEX yang hampir setiap trading day buat all-time-high pun tetap lah tidak dapat menyelamatkan pasaran ekuiti negara masing-masing daripada berlaku net FF outflow yang besar.

Juga macam Syahir sendiri dah nyatakan, kenaikan pasaran ekuiti Korea Selatan dan Taiwan dijana oleh industri semikonduktor disebabkan oleh AI Boom dan juga kebanjiran pelabur runcit. Sektor teknologi menguasai pasaran ekuiti Korea Selatan sebanyak 52% dan 79% bagi pasaran Taiwan. TSMC memegang 39.7% nilai pasaran bagi keseluruhan sektor teknologi di Taiwan. SK Hynix dan Samsung Electronics p**a mengawal 44.4% nilai pasaran teknologi dalam KRX.

Apa yang hate-watchers gundah gelana sangat dengan dana asing yang keluar bulan ini? Tak baca atau taknak bagitau org berkenaan prestasi YTD Bursa Malaysia?

Itu baru cerita berkenaan aliran masuk dana asing dalam pasaran ekuiti, belum cerita mengenai indeks. Betapa senyapnya mereka ini ketika KLCI rally daripada 1513 mata kepada 1771 mata haritu.

Syahir sendiri ada sebut betapa dangkalnya membandingkan prestasi KLCI dan S&P 500 yang sememangnya dikuasai oleh tech stocks. 50% daripada keseluruhan nilai pasaran Nasdaq ($32 trillion) dikuasai oleh Apple, Microsoft, Nvdia, Amazon, Meta, Alphabet & Tesla). Dalam S&P 500, 7 syarikat ini menguasai 34.56%. Yang pergi banding KLCI yang ada MRDIY dengan S&P 500 tu dah kenapa?

Kita ni kalau nak hate-watch, hate watch tengok Arsenal je dah la. Janganlah sampai stock market pun nak hate watch.

Bila Laporan External Trade Statistics bulan April keluar tengahari tadi, saya hanya berminat nak tahu perkembangan meng...
20/05/2026

Bila Laporan External Trade Statistics bulan April keluar tengahari tadi, saya hanya berminat nak tahu perkembangan mengenai eksport dan import petroleum mentah negara.

Tidak mengejutkan apabila volume import petroleum mentah jatuh sebanyak -40.3% YoY dan eksport juga jatuh sebanyak -37.6%. YoY.

Disebabkan harga minyak mentah yang tinggi, nilai eksport petroleum mentah hanya jatuh sebanyak 18.4% YoY manakala import meningkat sebanyak 10.8%.

Ini bermaksud negara kita mmg merasai kesan kesuntukan bekalan minyak mentah dunia.

Kalau nak lebih detail, kita kena tunggu Laporan Mining & Quarying p**a.

Selalu dah dengar soal rungutan berkenaan subsidi dan cukai ni. Sebenarnya mmg rakyat biasa terasa kesan besar kenaikan ...
20/05/2026

Selalu dah dengar soal rungutan berkenaan subsidi dan cukai ni.

Sebenarnya mmg rakyat biasa terasa kesan besar kenaikan harga barang bukan sbb harga barang naik tidak terkawal, tetapi kerana gaji yang tidak meningkat selaju kenaikan kos sara hidup.

Peningkatan gaji di negara kita memang rendah. Gaji pekerja dalam negara ini naik secara purata sebanyak 43% dalam tempoh 14 tahun (2010-2024), walhal dalam tempoh sama, ekonomi kita (KDNK) berkembang sebanyak 82%.

Antara yang terkesan besar adalah golongan berpendapatan menengah (D4-D8) di mana pendapatan mereka meningkat tidak sampai 50% sejak tahun 2010. Sebahagiannya adalah golongan pekerja yang juga membayar cukai pendapatan individu melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB).

Bagi mereka yang berpendapatan rendah (D1-D3), kenaikan pendapatan mereka adalah lebih signifikan.

Sebab itu saya taip dalam hantaran saya semalam berkenaan cukai negara kita kutip tidak cukup untuk menampung keperluan rakyat dalam negara ini. Kita kutip cukai lebih rendah (13.1%/KDNK) berbanding negara-negara maju di dunia , termasuklah jiran kita, Singapura.

Apabila kerajaan luaskan skop cukai, rasionalisasi subsidi bahan api dan mempertingkatkan usaha kutipan cukai pendapatan (syarikat & individu), bukanlah tujuan suka-suka.

Mana-mana kerajaan yang memerintah negara ini perlu mencari jalan untuk memastikan kutipan cukai itu dapat menampung sebahagian besar keperluan negara. Takda kerajaan dalam dunia ini yang tiada lansung cukai.

Dulu, kerajaan DSN perkenalkan GST pada tahun 2015 adalah untuk tujuan yang sama, demi meningkatkan hasil kerajaan tanpa terus bergantung kepada hasil dividen Petronas dan cukai berkaitan Petroleum.

Malah, 27 tahun sebelum itu, Allahyarham Tun Daim yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu membentangkan Belanjawan 1989 juga menyatakan hasrat untuk memperkenalkan Value Added Tax (VAT) demi meningkatkan pendapatan negara.

Semua ini kerajaan kena buat sebab asas percukaian kita rendah, pendapatan cukai keatas KDNK kita juga antara yang terendah di dunia.

Lebih menarik, kutipan hasil cukai kita tidak tinggi, kita bagi lagi subsidi pukal selama ini dan skrg diteruskan subsidi kepada 16 juta pengguna kenderaan (RON95). Dah la kita bayar subsidi guna hasil, bukan hutang.

Kesimp**annya, jangan cepat benar salahkan perluasan skop cukai atau penguatkuasaan kutipan cukai pendapatan ke atas kesempitan hidup kita sebagai rakyat. Isunya bukan cukai, tetapi gaji kita yang naik tak selaju pertumbuhan ekonomi kita dan kutipan hasil yang tak selari dengan keperluan perbelanjaan kerajaan.

Dalam keadaan dimana kenaikan harga barangan mula dirasai oleh rakyat akibat situasi ekonomi dunia yang tidak menentu, s...
19/05/2026

Dalam keadaan dimana kenaikan harga barangan mula dirasai oleh rakyat akibat situasi ekonomi dunia yang tidak menentu, saya sering menasihatkan rakan-rakan agar mengamalkan makan di rumah berbanding makan di luar rumah.

Ini antara perkara yang kita sebagai rakyat biasa boleh buat dalam kapasiti peribadi.

Kenapa saya selalu sarankan begitu? Ini kerana kadar kenaikan kos makan di luar rumah sentiasa lebih tinggi berbanding kos makan di rumah.

Berdasarkan Laporan Indeks Harga Pengguna bagi bulan April 2026, kadar kenaikan kos makan di luar rumah meningkat sebanyak 2.6% tahun ke tahun dan 0.5% bulan ke bulan (MoM) antara yang tertinggi berbanding kategori lain.

Berdasarkan indeks semasa bagi makan di luar rumah iaitu 180.8 mata, ianya menandakan bahawa kos makan di luar rumah sudah meningkat sebanyak 80.8% berbanding tahun asas 2010. Mudah kata, kos makan di luar rumah sekarang adalah 80.8% lebih tinggi berbanding 16 tahun lepas. Kos makan di rumah p**a hanya meningkat sebanyak 47.3% berbanding tahun yang sama.

Tetapi, bagi penduduk Jeli (Kelantan), mereka masih boleh dpt makan nasi campur sepinggan (Ayam + Sayur) dengan harga RM5. Ini menurut laporan lah. Mungkin ada org Jeli boleh sahkan. Kalau dekat KL ni, takda RM10 jgn la mandai2 makan kat luar. Laporan ini juga membuktikan sedemikian kerana purata harga sepinggan nasi campur (Ayam + Sayur) di KL adalah sekitar RM9.10.

Saya sendiri sedar bahawa makan di luar rumah ini sudah jadi gaya hidup rakyat Malaysia. Kalau ikut Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah 2024, kita sebagai rakyat Malaysia secara purata membelanjakan 16.5% (efektif) daripada pendapatan isi rumah untuk makan di luar rumah. Maksudnya, setiap RM100 pendapatan isi rumah kita, lebih kurang RM16 kita belanjakan untuk makan di Restoran/Warung/Dewan Makan.

Tapi kita ada pilihan. Kita boleh mulakan amalan masak & makan di rumah. Kalau Menteri yang cakap begini, mmg kena kecam berjemaah. Tapi sebab saya bukan Menteri dan seorang marhaen yang juga memasak di rumah macam orang lain, saya beranilah nak buat seruan.

Negara-negara di dunia semua digerakkan oleh hasil kutipan cukai. Kerajaan negara termaju dunia iaitu Amerika Syarikat m...
19/05/2026

Negara-negara di dunia semua digerakkan oleh hasil kutipan cukai.

Kerajaan negara termaju dunia iaitu Amerika Syarikat membelanjakan sekitar $6.9 trillion pada tahun 2024. $4.9 trillion didanai oleh kutipan hasil kerajaan dimana $2.4 trillion didanai oleh cukai pendapatan individu. Cukai koperat hanya menyumbang sebanyak $530 billion. Cukai penggunaan sekitar $178 billion.

Ini bermakna bahawa, cukai individu menyumbang sebanyak 49% daripada kutipan hasil kerajaan. Cukai koperat sekitar 10.81% manakala cukai penggunaan adalah hanyalah sebanyak 3.63%.

Negara China p**a berdasarkan angka tahun 2025, memperolehi kutipan hasil sebanyak $3.13 trillion. 7.5% disumbangkan oleh Cukai Pendapatan Individu, 19.1% disumbangkan oleh Cukai Koperat, 31.9% disumbangkan oleh Cukai Penggunaan iaitu VAT.

Kedua-dua kerajaan bagi dua negara kuasa besar dunia ini mendanai operasi mereka menggunakan kutipan hasil.

Malaysia juga begitu. Kerajaan kita juga mendanai operasi mereka dengan kutipan hasil daripada poket rakyat dan syarikat-syarikat yang berniaga dalam tanah air ini.

Mengikut data semakan 2025, daripada RM334 billion kutipan hasil kerajaan, 29% disumbangkan oleh Cukai Koperat, 13.43% disumbangkan oleh Cukai Pendapatan Individu dan Cukai Tidak Lansung (Termasuk Cukai Penggunaan : ie SST) menyumbang sebanyak 22.81%.

Berbeza dengan kedua-dua negara yang saya sebutkan, penyumbang terbesar kepada pendapatan negara Malaysia adalah melalui cukai koperat. Dilaporkan bahawa 97.4% perniagaan dalam negara ini adalah syarikat SME.

Tapi, kita takda pecahan berapakah sumbangan SME kepada cukai koperat. Maybank Group, iaitu syarikat terbesar di Malaysia berdasarkan nilai di pasaran terbuka menyumbang sebanyak RM3.391 billion kepada LHDN, iaitu 3.5% daripada keseluruhan kutipan cukai koperat bagi tahun 2025. Ini bermakna bahawa, berkemungkinan sumbangan kutipan cukai koperat terbanyak masih lagi oleh syarikat-syarikat konglomerat besar.

Kalau bandingkan p**a dengan cukai pendapatan individu, kutipan bagi negara kita adalah jauh rendah berbanding Amerika Syarikat dan China. Cuma, cukai penggunaan kita adalah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat (mereka tiada VAT) tetapi kutipan cukai penggunaan kita pun masih rendah berbanding China.

Sebab itulah ada benarnya apabila OECD melaporkan bahawa tax base kita hanya sekitar 13.1% berbanding KDNK (antara paling sedikit didunia). Singapura juga sudah meninggalkan kita dengan kutipan sebanyak 13.7% hasil berbanding KDNK.

Inilah realiti yang kita semua perlu hadam bahawa:

1. Tax base kita rendah, kita tak kutip hasil cukai yang mencukupi.
2. Bisnes paling banyak bayar cukai, tapi tak semestinya SME paling banyak bayar cukai koperat. 5 daripada penerima anugerah Pembayar Cukai Terbaik adalah syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia.
3. Kutipan hasil cukai pendapatan individu dalam negara ini masih rendah.

Address

Hospital Selayang, Lebuh Raya Selayang-Kepong, Batu Caves, Selangor, Malaysia
Rawang
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzammil Khairi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muzammil Khairi:

Share