15/09/2020
Program Kesedaran Pencegahan Demam Denggi dan Bahaya Nyamuk Aedes JKP Zon 15 MPS
Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada pagi Ahad jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di Perkarangan Blok 1 Apartmen Lili Taman Rawang Perdana 2, Rawang.
Program yang dianjurkan oleh JKP Zon 15 dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak telah dihadiri lebih 100 orang penduduk. Lokaliti Apartmen Lili merupakan lokaliti wabak berulang di daerah Gombak.
Program berbentuk penerangan dan pameran ini menekankan aspek informasi kesihatan denggi terutama kepada perubahan tingkah laku penduduk. Setiap kita hendaklah mempunyai pengetahuan asas tentang bagaimana jangkitan demam denggi berlaku, ciri-ciri nyamuk Aedes, jenis-jenis nyamuk Aedes, tempat pembiakan yang disukai, bahaya demam denggi, pentingnya rawatan awal dan langkah kawalan dan pencegahan demam denggi.
Program penerangan ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Aisyah Nur Che Rose dan dibantu PKA Ahmad Fadli dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak. Diharapkan dengan maklumat yang telah dikongsikan hari ini, setiap individu lebih cakna kepada kebersihan tempat tinggal dan sama-sama memikul tanggungjawab membanteras nyamuk Aedes.
“Community Empowerment is a Key Element for the successful of Integrated Vector Management in preventing vector borne diseases (WHO, 2012)”.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Komuniti Apartmen Lili, JKP Zon 15 dan PKD Gombak.