04/06/2026
β¨ RIANG RIA BERSAMA KANAK-KANAK @ HOSPITAL SELAYANG β¨
Suasana Lobi Utama Hospital Selayang hari ini dimeriahkan dengan penganjuran Program Riang Ria Bersama Kanak-Kanak, sebuah program yang julung kali diadakan hasil inisiatif Subunit Perpustakaan, Unit Pentadbiran Hospital Selayang dengan kerjasama Puspanita Cawangan Kecil Hospital Selayang dan Sekolah Dalam Hospital serta sokongan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Selayang.
Majlis telah dirasmikan oleh Puan Shanthini A/P Subramaniam, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Selayang dan turut dihadiri barisan Pengurusan Hospital Selayang.
Hampir 90 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik dan interaktif seperti Canvas Oil Painting, Sand Art, Word Search, Hidden Object, Kembara Cerita bersama Cikgu Ann serta aktiviti bersama badut yang menceriakan suasana di samping menyemai minat membaca, merangsang kreativiti serta menyediakan ruang pembelajaran yang menyeronokkan kepada kanak-kanak.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dengan cemerlang.