10/06/2026
ππππππ 'π
πππ-ππ
π
' πππππππππ ππππ ππππππ πππππ ππππ ππππ
Bukit Sentosa, Rabu, 10 Jun 2026 β Pada jam jam 11.00 pagi, telah berlangsung Majlis 'Flag-Off' Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, yang telah disempurnakan oleh YDH Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, Md Aruwan bin Md. Amilah @ Harun.
Majlis ini diadakan sebagai tanda sokongan dan suntikan semangat kepada pasukan Bola Jaring yang akan mewakili PULAPOL Bukit Sentosa dalam Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 12 Jun 2026, bermula jam 8.00 pagi hingga selesai, bertempat di IWK Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Dalam amanat yang disampaikan, YDH Komandan telah memberikan kata-kata motivasi serta pesanan agar semua pemain sentiasa mengekalkan disiplin, semangat kesukanan yang tinggi, kerjasama berpasukan dan berusaha memberikan persembahan terbaik demi mengharumkan nama pasukan serta organisasi. Beliau turut menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan dan komitmen setiap pemain untuk bersaing dengan penuh dedikasi dalam kejohanan tersebut.
Pasukan Bola Jaring PBS akan diketuai oleh ASP Ianalisa binti Ghazali selaku Pengurus Pasukan, dibantu oleh Insp. Syarizan Hartini binti Che Soh dan Sjn. Siti Shafinaz binti Roslan sebagai Jurulatih Pasukan dan seramai 12 orang pemain telah dipilih untuk mewakili pasukan Bola Jaring PULAPOL Bukit Sentosa.
Semoga pasukan Bola Jaring PBS diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung. Selamat berjuang dan semoga kejayaan mengiringi setiap usaha yang dicurahkan.
Jurugambar : Konst Muhammad Zulfadzli bin Zulkefli