Angkatan Muda Keadilan Raub

Angkatan Muda Keadilan Raub Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Angkatan Muda Keadilan Raub, Political Party, Raub.

"Selamat Hari Pekerja kepada semua yang terus berusaha dan berkorban demi mencari rezeki.Jasa dan pengorbanan anda amat ...
01/05/2026

"Selamat Hari Pekerja kepada semua yang terus berusaha dan berkorban demi mencari rezeki.
Jasa dan pengorbanan anda amat dihargai. Teruskan melangkah maju dengan semangat,dedikasi dan keazaman.Terima kasih atas segala usaha anda"

Pada pagi hari ini saya telah menghadiri mesyuarat agung tahunan MATAMCK sebagai seorang ahli perasmi.Kehadiran saya ber...
19/04/2026

Pada pagi hari ini saya telah menghadiri mesyuarat agung tahunan MATAMCK sebagai seorang ahli perasmi.Kehadiran saya bertujuan untuk memberi sokongan dan semangat kepada Semua ahli yang terlibat.Dalam mesyuarat tersebut, pelbagai perkara penting telah dibincangkan demi kemajuan organisasi. Saya juga berpeluang menyampaikan ucapan ringkas serta berkongsi pandangan. Diharapkan segala keputusan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan baik dan membawa manfaaat kepada semua pihak.

Mesyuarat Agung Tahunan (MATAMCK) bagi pemuda berjalan dengan lancar dan penuh semangat.Perbincangan yang diadakan melib...
18/04/2026

Mesyuarat Agung Tahunan (MATAMCK) bagi pemuda berjalan dengan lancar dan penuh semangat.Perbincangan yang diadakan melibatkan pelbagai perkara penting termasuk laporan aktiviti,kewangan,serta perancangan masa depan organisasi.Para perwakilan turut mengambil peluang untuk menyuarakan pandangan dan cadangan demi memperkukuhkan pergerakan pemuda.

Akhirnya, semua urusan mesyuarat berjaya diselesaikan dengan baik dalam suasana harmoni .Barisan kepimpinan yang baharu juga dipilih dengan penuh keyakinan untuk meneruskan agenda perjuagan.Mesyuarat ditangguhkan dengan harapan agar pemuda terus bersatu,komited, dan berdaya maju dalam menghadapi cabaran akan datang.







Semua anggota AMK Cabang Raub dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Raub seperti ketetapan be...
17/04/2026

Semua anggota AMK Cabang Raub dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Raub seperti ketetapan berikut:

📆Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
🕰️Masa: 04.00petang
📌 Tempat: Raub Malaya





09/04/2026

🚨 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN AMK BERA 2026 🚨

Semua anggota Angkatan Muda Keadilan adalah DIWAJIBKAN hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 11 April 2026 (Sabtu)
🕤 9:30 pagi
📍 Zara Glam Hall, Bera Pahang

📲 Peringatan penting:
Sila semak dan jelaskan yuran keanggotaan anda terlebih dahulu melalui aplikasi ADIL sebelum hadir bagi melancarkan urusan pendaftaran dan pengesahan kehadiran.

✅ Imbas QR pada poster untuk pengesahan kehadiran
✅ Pastikan aplikasi ADIL telah dikemaskini
✅ Hadir awal bagi memudahkan proses semakan

Kehadiran anda amat penting demi memperkukuh suara anak muda dalam saf perjuangan.

Jangan lupa mesyuarat dulu, lepas tu kita terus ke jamuan raya bersama-sama ✨

04/04/2026

Selamat Ulang Tahun ke-27 Parti Keadilan Rakyat

Angkatan Muda Keadilan Pahang akan terus mempertahankan perjuangan, menegakkan keadilan dan membawa suara rakyat.

Reformasi! Demi Rakyat, Untuk Malaysia!

26/03/2026

Selamat Menyambut Hari Polis kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia.

Angkatan Muda Keadilan Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen pasukan PDRM dalam menjaga keamanan, keselamatan serta kedaulatan negara.

Sesungguhnya, tugas yang dipikul bukanlah mudah. Namun, keberanian dan dedikasi tuan-tuan dan puan-puan menjadi benteng utama kesejahteraan rakyat.

Semoga PDRM terus cekal, berintegriti dan dihormati dalam menjalankan amanah demi negara tercinta.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Syawal menjelma lagi, membawa bersama kehangatan kasih, kemaafan dan harapan baharu. 🌙✨Dalam kesibukan kita mengejar keh...
20/03/2026

Syawal menjelma lagi, membawa bersama kehangatan kasih, kemaafan dan harapan baharu. 🌙✨

Dalam kesibukan kita mengejar kehidupan, inilah masanya untuk kembali kepada yang paling penting — keluarga, sahabat, dan hubungan sesama insan.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Jika ada salah dan silap, yang terlihat mahupun tidak, saya memohon ampun dengan penuh keikhlasan.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa ketenangan dalam hati, kebahagiaan dalam rumah, dan keberkatan dalam setiap langkah.

BASKARAN MUNIANDY

KETUA AMK CABANG RAUB
NAIB KETUA 3 AMK NEGERI PAHANG





Address

Raub
27600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share