08/09/2026
๐บ๐จ๐ด๐ฉ๐ผ๐ป๐จ๐ต ๐ด๐จ๐ผ๐ณ๐ฐ๐ซ๐ผ๐น ๐น๐จ๐บ๐ผ๐ณ ๐ท๐ฌ๐น๐ฐ๐ต๐ฎ๐ฒ๐จ๐ป ๐ซ๐จ๐ฌ๐น๐จ๐ฏ ๐น๐จ๐ผ๐ฉ 1448๐ฏ / 2026๐ด
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Raub Tahun 1448H / 2026M pada 8 September 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Jubli Perak, Raub.
Majlis dimulakan dengan Perarakan Maulidur Rasul yang melibatkan sebanyak 20 kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, NGO, institusi pendidikan, masjid dan surau di sekitar Daerah Raub.
Perarakan ini berlangsung dalam suasana penuh semangat dan ukhuwah, sebagai tanda kecintaan serta penghormatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Noctica , bacaan selawat dan qasidah serta Mahallul Qiyam dibimbing oleh Firqah Nurul Huda Al Hadi, diikuti tausiah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Sheikh Abdel Razak Al-Masri, Pengerusi Yayasan Darul Masri, Penasihat Pertubuhan Tamadun Kesenian Islam.
Majlis diserikan dengan perasmian oleh Ybhg.Tuan HJ Mohd Fadzli Bin Mat Saman Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang merangkap wakil rasmi YB. Dato' Fadzli Bin Mohamad Kamal,DIMP.,DSM.,AMP Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia,Belia,Suka Dan Badan-Badan Kerjaan Negeri Pahang merangkap Adun Kawasan D**g.
Kemuncak acara diteruskan dengan pengumuman dan penyampaian hadiah pertandingan perarakan dan sepanduk, serta Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Raub Tahun 1448H / 2026M.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERARAKAN
Johan โ Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Naib Johan โ Majlis Daerah Raub
Tempat Ketiga โ Persatuan Veteran ATM (PVATM) Raub
PERTANDINGAN SEPANDUK
Johan โ Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Naib Johan โ Kumpulan Muslimat Taman Gali Tengah, Taman Lily & Taman Desamas
Tempat Ketiga โ Majlis Daerah Raub
Penerima Tokoh Maulidur Rasul iaitu Hajah Zainab Binti Suboh PKC., AMP.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Raub Tuan Muhammad Amin Bin Abd Mutalib serta Nyanyian Lagu Negaraku serta Allah Rahmatkan Raja Kami.
Tahniah dan syabas serta ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pemenang serta seluruh kontinjen yang telah mengambil bahagian dalam menjayakan sambutan kali ini. Semoga sambutan ini terus menyemarakkan rasa cinta, kasih dan penghormatan kita kepada Rasulullah SAW serta menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
Semoga Sambutan Maulidur Rasul ini terus menyatukan masyarakat, memperkukuh ukhuwah serta menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam kalangan seluruh masyarakat Daerah Raub.