Pejabat Agama Islam Daerah Raub

Pejabat Agama Islam Daerah Raub BANGUNAN MILIK KERAJAAN NEGERI PAHANG

๐–ฏ๐–ฑ๐–ฎ๐–ฆ๐–ฑ๐– ๐–ฌ ๐–ฒ๐– ๐–ญ๐–ณ๐– ๐–จ ๐–ด๐–ช๐–ง๐–ถ๐– ๐–ง ๐–ฒ๐–ค๐–ฌ๐– ๐–ซ๐–จ๐–ญ ๐–ด๐–ซ๐–ด ๐–ฑ๐–ค๐–ญ๐–ฆ๐–ฆ๐–ฎ๐–ซ ๐– ๐–ญ๐–ฉ๐–ด๐–ฑ๐– ๐–ญ ๐–ฒ๐–ช ๐–ข๐–ง๐–ค๐–ญ๐–ด๐–  ๐–ก๐–ค๐–ฑ๐–ฒ๐– ๐–ฌ๐–  ๐–ฌ๐–ด๐–จ๐–ฏ ๐–ฃ๐– ๐–ค๐–ฑ๐– ๐–ง ๐–ฑ๐– ๐–ด๐–กTarikh : 13/07/2024Hari : SabtuTempa...
14/07/2024

๐–ฏ๐–ฑ๐–ฎ๐–ฆ๐–ฑ๐– ๐–ฌ ๐–ฒ๐– ๐–ญ๐–ณ๐– ๐–จ ๐–ด๐–ช๐–ง๐–ถ๐– ๐–ง ๐–ฒ๐–ค๐–ฌ๐– ๐–ซ๐–จ๐–ญ ๐–ด๐–ซ๐–ด ๐–ฑ๐–ค๐–ญ๐–ฆ๐–ฆ๐–ฎ๐–ซ ๐– ๐–ญ๐–ฉ๐–ด๐–ฑ๐– ๐–ญ ๐–ฒ๐–ช ๐–ข๐–ง๐–ค๐–ญ๐–ด๐–  ๐–ก๐–ค๐–ฑ๐–ฒ๐– ๐–ฌ๐–  ๐–ฌ๐–ด๐–จ๐–ฏ ๐–ฃ๐– ๐–ค๐–ฑ๐– ๐–ง ๐–ฑ๐– ๐–ด๐–ก

Tarikh : 13/07/2024
Hari : Sabtu
Tempat : Koa Ulu Renggol (Seliaan)
Pmoa Terlibat : PMOA RAUB

๏ผก๏ฝ‹๏ฝ”๏ฝ‰๏ฝ–๏ฝ‰๏ฝ”๏ฝ‰ :

- Ziarah
- Aktiviti Membaca 10 minit
- Mewarna Kategori Kanakยฒ Pra Sekolah
- Mewarna Keluarga
- Susun Puzzle Kategori 7- 12 Tahun
- Aktiviti Stesyen
- Takraw Persahabatan
- Kuiz
- Cabutan Bertuah
- Jamuan Makan

๏ผก๏ฝ‡๏ฝ…๏ฝŽ๏ฝ“๏ฝ‰ :

- MUIP RAUB
- PAID RAUB
- JAKIM
- JAKOA RAUB
- SK CHENUA
- PERPUSTAKAAN DAERAH
- TOK 4 ULU RENGGOL
- NGO MUNAWWARAH
- PEPIMA
- GURU BRIGED

07/07/2024

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah
1 Muharam 1446H

Ikhlas daripada:
Pejabat Agama Islam Daerah Raub
Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi PAID Raub
Masjid Sultan Abu Bakar, Raub

SALAM AIDUL ADHA 1445 H / 2024 MSeandainya inginkan kebahagiaan, kena sentiasa bersedia untuk berkorban. Kerana dalam ti...
16/06/2024

SALAM AIDUL ADHA 1445 H / 2024 M

Seandainya inginkan kebahagiaan, kena sentiasa bersedia untuk berkorban.
Kerana dalam tiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan. Semoga tiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidul Adha

Ikhlas Daripada
Al- Fadhil Qadhi Tuan Muhammad Amin Bin Abd Mutalib
Dan Warga Kerja Pejabat Agama Islam Daerah Raub

IKLAN KEKOSONGAN GURU AL-QURAN DAN FARDHU AIN ASRAMA DI SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN DI NEGERI PAHANGTARIKH TUTUP PERMOHONAN...
12/06/2024

IKLAN KEKOSONGAN GURU AL-QURAN DAN FARDHU AIN ASRAMA DI SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN DI NEGERI PAHANG

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 24 JUN 2024
PERMOHONAN BOLEH DIHANTAR KE PAID DAERAH

PERMOHONAN PELAKSANAAN SEMBELIHAN LUAR IBADAH KORBAN NEGERI PAHANG 1445H/2024Mุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡Sukacita di...
07/06/2024

PERMOHONAN PELAKSANAAN SEMBELIHAN LUAR IBADAH KORBAN NEGERI PAHANG 1445H/2024M

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Sukacita dimaklumkan permohonan bagi pelaksanaan sembelihan luar ibadah korban negeri Pahang bagi tahun 1445H/2024M telah dibuka.

Sehubungan itu tuan-tuan dan puan-puan boleh mengemukakan permohonan terus ke pejabat JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR di daerah masing-masing.

Pelaksanaan adalah terbuka kepada:
i) Rumah Sembelihan Dibenarkan Sementara (RSDS)
ii) Tanah Lapang Awam
iii) Masjid dan surau
iv) Tempat persendirian

Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:
1) 5 JUN 2024 : Permohonan baharu Rumah Sembelihan Dibenarkan Sementara (RSDS)
2)7 JUN 2024 : RSDS sedia ada, masjid, surau, tanah lapang awam dan tempat-tempat persendirian.

Bersama ini dilampirkan Prosedur Pelaksanaan Penyembelihan Luar Ibadah Korban Negeri Pahang untuk rujukan dan tindakan tuan-tuan dan puan-puan selanjutnya.

Sila klik pautan atau imbas kod QR di bawah untuk Borang dan Prosedur Pelaksanaan Penyembelihan Luar Ibadah Korban Negeri Pahang:

https://drive.google.com/drive/folders/1bNyt6HkCz-C9hqlKZSECU5TIIK0-CrhK

30/05/2024
KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM NEGERI PAHANG BULAN  JULAI SIRI 4/2024 BAGI DAERAH RAUBโžก๏ธ TARIKH : 20 & 21 JULAI 2024 (SABT...
30/05/2024

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM NEGERI PAHANG BULAN JULAI SIRI 4/2024 BAGI DAERAH RAUB

โžก๏ธ TARIKH : 20 & 21 JULAI 2024 (SABTU & AHAD)
โžก๏ธ TEMPAT : DEWAN MASJID SULTAN ABU BAKAR , RAUB
โžก๏ธ MASA : 8.00 PAGI - 4.30 PETANG
โžก๏ธ YURAN : RM120.00
โžก๏ธ SAHLAKU SIJIL : SEUMUR HIDUP
โ€ผ๏ธTERHAD KEPADA 100 ORANG PESERTA TERAWAL SAHAJAโ€ผ๏ธ

Pendaftaran kursus sila layari๐Ÿ‘‡
๐Ÿ“ฒhttps://prakahwin.pahang.gov.my

๐Ÿ“ŒPembayaran & pengesahan pendaftaran hendaklah dibuat di kaunter Pejabat Agama Islam Daerah Raub selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh kursus dijalankan.
๐Ÿ“ŒSila baca & patuhi terma peraturan yang telah disediakan.

๐Ÿ“žSebarang pertanyaan sila hubungi pejabat di talian : 09-3551044

๐Ÿ“ฒhttps://prakahwin.pahang.gov.my

Sabtu / 18 Mei 2024 -Telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) peringkat daerah Ra...
19/05/2024

Sabtu / 18 Mei 2024 -Telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) peringkat daerah Raub bagi sesi 2023.

Majlis diadakan di dewan Sekolah Kebangsaan Tersang yang merupakan antara sekolah terbaik peringkat negeri Pahang bagi pencapaian UPKK 2023 .

Seramai 20 orang pelajar lelaki dan perempuan yang diraikan sebagai penerima anugerah kecemerlangan UPKK dengan memperoleh 8A.

Turut diraikan 6 buah sekolah KAFA terbaik peringkat daerah Raub di mana 3 daripadanya KAFA sk dan 3 lagi daripadanya adalah SAR KAFA.

Serta seramai 12 orang tenaga pengajar jurulatih utama yang banyak membantu dalam kejayaan anak anak yang diraikan di majlis tersebut.

Majlis dijalankan dengan kerjasama di antara Sekolah Kebangsaan Tersang , Persatuan Guru-Guru KAFA daerah Raub serta unit KAFA Pejabat Agama Islam Daerah Raub.

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua penerima anugerah .
Semoga program ini dapat menambahkan lagi semangat buat anak-anak KAFA khususnya di masa akan datang.

MAJLIS SILATURAHIM DAN JAMUAN AIDILFITIR 1445H30/04/2024 11:00 Pagi-Alhamdullilah  selesai sudah majlis yang julung kali...
01/05/2024

MAJLIS SILATURAHIM DAN JAMUAN AIDILFITIR 1445H

30/04/2024 11:00 Pagi-Alhamdullilah selesai sudah majlis yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama Masjid Sultan Abu Bakar, Raub serta Masjid-Masjid Kariah Raub dan Persatuan Guru-Guru KAFA Raub berlangsung dengan cukup meriah dan jayanya.

Sebanyak 51 buah gerai dengan pelbagai makanan dan minuman yang disediakan oleh wakil dari setiap masjid kariah. Turut dipertandingkan gerai tercantik dan ceria yang dimenangi oleh Masjid Kampung Chenua di tempat pertama manakala tempat kedua Masjid Kampung Ulu Sungai dan di tempat ketiga Masjid RTP Lembah Klau.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh YB Fadzli Bin Mohamad Kamal , Exco Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang turut hadir sama ketua-ketua jabatan setempat. Turut sama dibuka kaunter Bank Islam, Tabung Haji dan KWSP Cawangan Raub.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak-pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis pada kali ini. Kami dari barisan urusetia memohon maaf andai kata terdapat kekurangan atau kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung. Semoga ukhwah dan kerjasama seperti ini dapat teruskan lagi pada masa akan datang.Insyallah....

Assalamualaikum wbt...MAJLIS SILATURAHIM DAN JAMUAN AIDILFITRI 2024M/1445HAnjuran Bersama:Masjid Sultan Abu Bakar, Raub,...
25/04/2024

Assalamualaikum wbt...

MAJLIS SILATURAHIM DAN JAMUAN AIDILFITRI 2024M/1445H

Anjuran Bersama:
Masjid Sultan Abu Bakar, Raub,
Gabungan Masjid-Masjid Kariah dan
Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Raub

๐Ÿ“… 30.04.2024 (Selasa)
โฐ 11.00 pagi
๐Ÿข Masjid Sultan Abu Bakar, Raub
๐Ÿ‘• Pakaian: Busana Raya

Aturcara Majlis

- 11.00 pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan
- 11.30 pagi: Ketibaan Tetamu VIP
- Jamuan Aidilfitri
- Penyampaian Hadiah Pertandingan Gerai Tercantik
- Solat Zuhur Berjemaah
- Jamuan Diteruskan & Bersurai

Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis.

Syabas  dan Tahniah Calon UPKK 2023Kepada semua calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 Daerah Ra...
24/04/2024

Syabas dan Tahniah Calon UPKK 2023

Kepada semua calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 Daerah Raub

Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang sentiasa mendorong dan mendidik anak-anak dalam pelajaran hingga berjaya.

Semoga kecemerlangan anda memberi manfaat

Siiru 'ala barakatillah! โœจ

Ikhlas Daripada

Muhammad Amin Bin Abd Mutalib
Al-Fadhil Qadhi Daerah
Pejabat Agama Islam Daerah Raub

Address

Jalan Bukit Koman
Raub
27600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6093551044

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Agama Islam Daerah Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Agama Islam Daerah Raub:

Share