08/09/2024
*MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TENDER SEMULA PEMBANGUNAN ECOTOURISM RAFFLESIA DI TAMAN EKO-RIMBA LATA JARUM, RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR*
29 Ogos 2024 β Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pembangunan fizikal di TER Lata Jarum seperti pembinaan boardwalk, pagar dan mercu tanda Ecotourism Rafflesia disamping pemeliharaan kawasan High Conservation Value Forest (HCVF) di Hutan Simpan Gunung Benum berhampiran Taman Eko Rimba Lata Jarum dalam Daerah Raub.
Keluasan tapak yang telah dipagarkan dalam kawasan HCVF ini adalah 4.35 hektar dan terdapat 4 petak kecil yang telah dikenalpasti sebagai tempat aktif pertumbuhan Bunga Rafflesia semasa peringkat perancangan projek dibuat. Bagi menjamin keselamatan pengunjung apabila tapak Ecotourism ini beroperasi, pembinaan pagar sepanjang 1.2 kilometer juga telah dibina.
Projek ini telah dilaksanakan sepenuhnya secara _in-house_ oleh pihak JKR yang mana peruntukan sebanyak RM 1 juta telah dibiayai oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Pengguna (Enduser) projek ini adalah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
Penyerahan Projek Ecotourism Rafflesia ini juga diharapkan dapat menjadi nilai tambah kepada ekopelancongan di Negeri Pahang umumnya dan di Daerah Raub khususnya. Seterusnya memberi manfaat dan limpahan sektor ekonomi terutamanya kepada penduduk setempat di sekitar Lata Jarum, Daerah Raub.
Majlis Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh
Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot,
Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Datoβ Ir. Ts Hafizah binti Zakaria, DIMP
Pengarah Kerja Raya
Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang
Dr Grippin Anak Akeng
Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi)
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Ir. Ts. Mohamad Dzakir Bin Ahmad Yusoff
Jurutera Daerah, JKR Raub
Tuan Khairul Fahmi Bin Yusof
Ketua Penolong Pegawai Daerah
wakil kepada Pegawai Daerah Raub
Ir. Julaila Binti Mansor
Jurutera Awam Penguasa Kanan
Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tuan Mohd Fharid bin Saidu
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang
Encik Mohd Azizul Arif bin Hj Yahaya
Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur
Tuan Mohd Iqbal Bin Zainal Abidin
Wakil Pejabat Pembangunan Negeri Pahang
Puan Safiah Aimi Binti Md Isa
Pegawai Hutan Daerah Raub
Tuan Saiful Bahari Bin Muhammad
Penyelaras Projek Kontraktor Muhadah Enterprise
Serta
Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai kanan, wakil Head of Project Team (HOPT), wakil Head of Design Team (HODT), Penghulu Mukim dan Pengerusi JPKK.