12/09/2026
Majlis Perasmian Hari Terbuka Perpustakaan Awam Negeri dan Digital serta Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak
11 SEPTEMBER 2026
PERPUSTAKAAN NEGERI PERAK, IPOH
Majlis Perasmian Hari Terbuka Perpustakaan Awam Negeri dan Digital serta Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANP) menyaksikan penganjuran pelbagai aktiviti yang menarik disediakan kepada pengunjung.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, dengan turut dihadiri oleh YBrs Dr. Rafidah binti Abdul Aziz Pengarah PPANP. Majlis ini turut dihadiri Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS), Encik Hamdan bin Hj. Nordin, bersama-sama barisan Pengarah Perpustakaan Awam Negeri dari seluruh negara
Kehadiran para pengarah perpustakaan awam dari pelbagai negeri ini menandakan sokongan padu terhadap semangat kerjasama rentas perpustakaan di peringkat kebangsaan. Inisiatif jaringan strategik ini bertujuan memperkukuh hubungan inter-perpustakaan demi memartabatkan budaya membaca dan perkongsian sumber maklumat di seluruh negara.
Dalam pada itu, sekalung tahniah dan syabas turut diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak atas kejayaan pengubahsuaian perpustakaan berkenaan. Wajah baharu yang lebih moden, kondusif, dan berteknologi tinggi ini dijangka menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak program komuniti yang berimpak tinggi.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pelbagai aktiviti yang disediakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.