14/10/2024
‼️TEMPOH PERMOHONAN BMT 2024 DILANJUTKAN SEHINGGA 31 OKTOBER 2024‼️
𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔𝐉𝐔𝐇 (𝐁𝐌𝐓) 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 & 𝐏𝐄𝐍𝐎𝐑𝐄𝐇 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2024 (BMT 2024) yang dibuka bermula 1 Jun 2024 telah ditutup pada 30 September 2024 lepas.
Bagi memastikan setiap permohonan dapat disalurkan dengan lebih berkesan, RISDA telah 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟑𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 bagi memberi ruang kepada individu yang masih belum membuat permohonan.
Permohonan BMT 2024 boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA di pautan https://pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.
Kepada penerima BMT 2023 dan sebelumnya, anda WAJIB untuk mengemaskini semula permohonan secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA di pautan https://pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran bagi menerima BMT 2024.
Untuk maklumat lanjut yang lebih terperinci, anda digalakkan untuk menghubungi Pejabat RISDA berhampiran atau layari www.risda.gov.my
** 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐃𝐫. 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 Zahid Hamidi, 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 Kemajuan Desa dan Wilayah 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐢𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐁𝐌𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐛𝐮𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐨𝐫𝐞𝐡 𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐀𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈.