14/05/2026
Warga MAQIS Negeri Kelantan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, sumbangan, komitmen serta pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama.
Segala tunjuk ajar, kerjasama dan dedikasi yang diberikan amat bermakna serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja. Kehadiran dan khidmat bakti yang dicurahkan bukan sahaja membantu memperkukuhkan organisasi, malah turut meninggalkan kenangan dan nilai persahabatan yang amat berharga buat kami semua.
Walaupun perpisahan ini amat dirasai, kami percaya setiap langkah yang diambil adalah demi masa depan yang lebih cemerlang dan penuh kejayaan.
Segala kenangan dan pengalaman bersama akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Semoga ukhuwah dan silaturahim yang terjalin akan terus berkekalan walau di mana jua berada.