01/08/2026
31 JULAI 2026 | PROGRAM OUTREACH BUDI MADANI AGRIKOMODITI KOKO 2026 PERKASA AKSES BANTUAN KERAJAAN KEPADA PEKEBUN KOKO
Kg Goshen, 31 Julai 2026 - Sebagai usaha memastikan tiada pekebun koko yang tercicir daripada menikmati inisiatif kerajaan, Program Outreach BUDI MADANI Agrikomoditi Koko 2026 terus diperluaskan ke beberapa lokasi strategik di bawah kawasan seliaan Unit Ranau.
Pada 31 Julai 2026, program ini telah diadakan di Pusat Pengump**an Koko MV Usaha, Kampung Goshen, Kota Marudu dengan kehadiran seramai 40 orang pekebun koko.
BUDI MADANI Agrikomoditi merupakan inisiatif kerajaan yang menyediakan bantuan bersasar kepada pengusaha agrikomoditi yang layak, bertujuan mengurangkan beban kos operasi serta memperkukuh pembangunan sektor agrikomoditi negara.
Bagi memudahkan urusan peserta, sebanyak tujuh (7) kaunter perkhidmatan telah dibuka bagi membantu proses semakan, pendaftaran dan permohonan bantuan. Pendekatan secara bersemuka ini amat membantu pekebun yang menghadapi kekangan pengangkutan, di samping mempunyai kemahiran atau akses yang terhad terhadap penggunaan peranti digital dan sistem permohonan dalam talian.
Hasil pelaksanaan program ini, lebih separuh daripada peserta berjaya melengkapkan proses pendaftaran dan permohonan, seterusnya diluluskan sebagai penerima bantuan BUDI MADANI Agrikomoditi. Baki peserta p**a memaklumkan bahawa mereka telah membuat pendaftaran dan permohonan secara kendiri sebelum menghadiri program ini.
Program ini telah dijayakan oleh 13 orang kakitangan Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengembangan (TOTe) Unit Ranau yang diketuai oleh Ketua Unit Ranau, En. Edwin Mujin, sekali gus mencerminkan komitmen Lembaga Koko Malaysia dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat dilaksanakan secara cekap, inklusif dan menyeluruh kepada komuniti pekebun koko.
Maka dengan itu, berakhirnya Program Outreach Budi Madani Agrikomoditi Koko bagi sesi 2026. Seluruh warga Lembaga Koko Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada para petani atas kehadiran dan kerjasama yang telah diberikan. Bagi kakitangan Lembaga Koko Malaysia - TOTe Ranau , syabas dan tahniah atas komitmen untuk menjalankan amanah.