APM RANAU

APM RANAU

06/09/2026
05/09/2026

AMARAN RIBUT PETIR

1) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kampar, Kinta, Kuala Kangsar dan Hulu Perak) • Pahang (Lipis dan Cameron Highlands) • Sabah: Pantai Barat (Ranau), Pedalaman (Sook, Pensiangan, Tenom, Sipitang, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Telupid dan Tongod), Tawau (Kalabakan) sehingga 11:00 Malam; Sabtu, 5 September 2026.

2) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Limbang, Miri (Bario dan Marudi) sehingga 10:00 Malam; Sabtu, 5 September 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada 8:30 malam, 5 September 2026




🚨🐝 SARANG TEBUAN TANAH BERJAYA DIMUSNAHKANPada 05 September 2026, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Ranau menerima...
05/09/2026

🚨🐝 SARANG TEBUAN TANAH BERJAYA DIMUSNAHKAN

Pada 05 September 2026, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Ranau menerima satu panggilan daripada orang awam berkaitan Kes Memusnah Sarang Serangga (MSS) di Kampung Simpang Poring, Ranau. Susulan panggilan tersebut, seramai empat anggota daripada Skuad Bravo bergerak ke lokasi dan membuat pemantauan dan pemeriksaan terhadap sarang serangga yang dilaporkan.

Setibanya di lokasi, anggota mendapati sarang tebuan tanah berada pada pokok nangka di kawasan kebun, dengan saiz sebesar tayar kereta Kancil dan pada ketinggian sekitar 10 kaki. Anggota kemudiannya memakai PPE lengkap sebelum menjalankan tindakan pemusnahan sarang menggunakan teknik pembakaran dengan selamat.

Operasi berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Setelah memastikan keadaan selamat, anggota bergerak pulang ke PKOD Ranau. Kes berjaya diselesaikan.

“SENTIASA SIAP SEDIA”

☎️Sebarang kecemasan, sila hubungi talian kecemasan NG MERS 999 atau (PKOD Ranau) 088-874 579

Jabatan Perdana Menteri














05/09/2026
05/09/2026
05/09/2026

Address

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ranau, Jalan Rumah Kerajaan JKR, No. 4497
Ranau
89308

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM RANAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share