Klinik Pergigian Ranau

Klinik Pergigian Ranau Klinik Pergigian Ranau
Klinik Pergigian Mesra Promosi

31/07/2026

Sambutan hari promosi kesihatan pergigian bersama Totu Hadwanielly Allan (RTK Daerah Ranau 2026) pada 27 Julai 2026 (Isnin)

Background song: Randawi Tavantang Kaamatan - Dr. Riss Roland

✨ SAMBUTAN HARI PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN 2026 PERINGKAT KLINIK PERGIGIAN RANAU🦷Sambutan Hari Promosi Kesihatan Pergig...
31/07/2026

✨ SAMBUTAN HARI PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN 2026 PERINGKAT KLINIK PERGIGIAN RANAU🦷

Sambutan Hari Promosi Kesihatan Pergigian 2026 telah berjaya dilaksanakan di Klinik Pergigian Ranau dengan kerjasama Randawi Tavantang Kaamatan Daerah Ranau 2026 👍

📆 Tarikh: 27 Julai 2026 (Isnin)
📍 Tempat: Klinik Pergigian Ranau dan Hospital Ranau

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut melalui ceramah pendidikan kesihatan dan sesi demonstrasi memberus gigi bersama Totu Hadwanielly Allan (RTK Daerah Ranau 2026) 🎉

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya pihak Randawi Tavantang Kaamatan Daerah Ranau 2026 di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan 😁

Semoga usaha ini dapat menyemai amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik dalam kalangan masyarakat 🦷🪥

“Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian”
“Senyuman Sihat, Warisan Kita”

🦷✨ SEKITAR SAMBUTAN PROGRAM JOM BERUS GIGI 2026, KLINIK PERGIGIAN RANAU ✨🦷Pada 22 Julai 2026 (Rabu), Klinik Pergigian Ra...
31/07/2026

🦷✨ SEKITAR SAMBUTAN PROGRAM JOM BERUS GIGI 2026, KLINIK PERGIGIAN RANAU ✨🦷

Pada 22 Julai 2026 (Rabu), Klinik Pergigian Ranau telah melaksanakan Program Jom Berus Gigi sebagai usaha memupuk amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik dalam kalangan masyarakat.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, antaranya:

🦷 Pendidikan kesihatan pergigian
🪥 Demonstrasi teknik memberus gigi yang betul
🪥 Latihan memberus gigi (LMG) dalam kumpulan kecil

Semoga usaha ini dapat membudayakan amalan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida, sekali gus melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap kesihatan pergigian 👍

🦷 LAWATAN SULUNG PAKAR ORTODONTIK DARI PUSAT PAKAR PERGIGIAN SABAH (PPPS) KE KLINIK PERGIGIAN RANAU 🦷📢 Telah berlangsung...
31/07/2026

🦷 LAWATAN SULUNG PAKAR ORTODONTIK DARI PUSAT PAKAR PERGIGIAN SABAH (PPPS) KE KLINIK PERGIGIAN RANAU 🦷

📢 Telah berlangsung lawatan pakar ortodontik ke Klinik Pergigian Ranau bersama Dr. Lorretha P. Ringgingon (doktor pakar pergigian ortodontik) buat kali yang pertama pada:

🗓️ Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
📍 Tempat: Klinik Pergigian Ranau

Lawatan ini bertujuan untuk memberi khidmat konsultasi kepakaran ortodontik, menjalankan rawatan kes-kes ortodontik serta mengukuhkan kerjasama antara pasukan kepakaran ortodontik dan Klinik Pergigian Ranau dalam memastikan penyampaian perkhidmatan pergigian yang berkualiti, selamat dan berfokuskan pesakit ✅

Semoga lawatan ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang berterusan dalam memperkasakan perkhidmatan ortodontik demi manfaat komuniti di daerah Ranau 🦷🪥

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan lawatan ini 👍

🦷✨ PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN KG. WAANG ✨🦷🗓️ Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)📍 Tempat: Dewan Kg. Waang, Ranau🕣 Masa: 8 ...
31/07/2026

🦷✨ PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN KG. WAANG ✨🦷

🗓️ Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: Dewan Kg. Waang, Ranau
🕣 Masa: 8 pagi - 1 tengahari

Terima kasih kepada semua warga Kampung Waang dan kawasan sekitar yang telah hadir dan memeriahkan Program Kampung Angkat anjuran Klinik Pergigian Ranau.

Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Semoga perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat kepada semua.

📸 Berikut merupakan antara kenangan sepanjang program berlangsung.

📢 Lawatan Sambil Belajar Pelatih Pergigian Tahun Akhir UM Ke Klinik Pergigian Ranau 🪥🦷🗓️ Tarikh: 19 Mei 2026 (Selasa)📍Te...
30/07/2026

📢 Lawatan Sambil Belajar Pelatih Pergigian Tahun Akhir UM Ke Klinik Pergigian Ranau 🪥🦷

🗓️ Tarikh: 19 Mei 2026 (Selasa)
📍Tempat: Klinik Pergigian Ranau

Terima kasih kerana sudi memilih Klinik Pergigian Ranau sebagai lokasi untuk mengadakan lawatan sambil belajar 👍

Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat, menambah ilmu serta menjadi pengalaman berharga dalam persediaan para pelatih sebagai bakal pengamal pergigian 😁

📢 Lawatan Sambil Belajar Pelatih Pergigian Tahun Akhir UKM Ke Klinik Pergigian Ranau 🪥🦷🗓️ Tarikh: 6 Mei 2026 (Rabu)📍Temp...
30/07/2026

📢 Lawatan Sambil Belajar Pelatih Pergigian Tahun Akhir UKM Ke Klinik Pergigian Ranau 🪥🦷

🗓️ Tarikh: 6 Mei 2026 (Rabu)
📍Tempat: Klinik Pergigian Ranau

Terima kasih kerana sudi memilih Klinik Pergigian Ranau sebagai lokasi untuk mengadakan lawatan sambil belajar 👍

Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat, menambah ilmu serta menjadi pengalaman berharga dalam persediaan para pelatih sebagai bakal pengamal pergigian 😁

Program Community Service di DESA Dairy Farm, Kundasang 🦷🗓️ Tarikh: 21 April 2026 (Selasa)📍Tempat: DESA Dairy Farm, Kund...
30/07/2026

Program Community Service di DESA Dairy Farm, Kundasang 🦷

🗓️ Tarikh: 21 April 2026 (Selasa)
📍Tempat: DESA Dairy Farm, Kundasang
🕜 Masa: 8 pagi - 3 petang

Aktiviti pemeriksaan dan rawatan pergigian telah dijalankan kepada semua anggota DESA Dairy Farm yang mengambil bahagian 🦷🪥

Terima kasih pihak DESA Dairy Farm atas jemputan untuk program di atas 👍 Pihak kami sentiasa terbuka dan senang hati untuk bekerjasama dalam hal mempromosikan kesihatan pergigian dalam kalangan masyarakat 😁

Jumpa lagi di program Community Service akan datang 🦷🪥

Jom Masuk Kampung (JMK) Perancangan 🦷Program JMK telah berjaya dilaksanakan di Kampung Perancangan 🥳🗓️ Tarikh: 7 Mei 202...
30/07/2026

Jom Masuk Kampung (JMK) Perancangan 🦷

Program JMK telah berjaya dilaksanakan di Kampung Perancangan 🥳

🗓️ Tarikh: 7 Mei 2026 (Khamis)
📍Tempat: Dewan Kg. Perancangan, Ranau
🕜 Masa: 8 pagi - 1.30 petang

Terima kasih pihak Klinik Kesihatan Perancangan dan Ketua Kampung Perancangan di atas kerjasama untuk menjalankan program ini 👍

Untuk penduduk Kampung Perancangan dan kampung sekitar, terima kasih kerana telah bersama-sama hadir untuk memeriahkan program ini. Anda semua hebat 👏

Jumpa lagi di program JMK akan datang 🦷🪥

Jom Masuk Kampung (JMK) Pinawantai 🦷Program JMK telah berjaya dilaksanakan di Kampung Pinawantai 🥳🗓️ Tarikh: 29 April 20...
30/07/2026

Jom Masuk Kampung (JMK) Pinawantai 🦷

Program JMK telah berjaya dilaksanakan di Kampung Pinawantai 🥳

🗓️ Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
📍Tempat: Klinik Desa Pinawantai, Ranau
🕜 Masa: 8 pagi - 1.30 petang

Terima kasih pihak Klinik Desa Pinawantai di atas fasiliti yang disediakan untuk menjalankan program ini 👍

Untuk penduduk Kampung Pinawantai dan kampung sekitar, terima kasih kerana telah bersama-sama hadir untuk memeriahkan program ini. Anda semua hebat 👏

Jumpa lagi di program JMK akan datang 🦷🪥

Address

KLINIK PERGIGIAN RANAU, PETI SURAT 1308
Ranau
89308

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088878600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Klinik Pergigian Ranau:

Shortcuts

Share