Polis Daerah Ranau

Polis Daerah Ranau IBU PEJABAT POLIS DAERAH RANAU

04/09/2026

๐Ÿšจ ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐„๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐๐€๐๐†๐†๐ˆ๐‹๐€๐ ๐’๐‚๐€๐Œ!

Penipu boleh menyamar sebagai ๐ฉ๐ข๐ก๐š๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š, ๐›๐š๐ง๐ค ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐š๐ ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐ญ๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐ฎ untuk memperdaya mangsa supaya memberikan maklumat peribadi atau membuat transaksi.

Jika menerima panggilan yang mencurigakan, ๐š๐ฆ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐Ÿ‘๐’:

๐Ÿ”น ๐’๐Ž๐€๐‹
Kesahihan maklumat dan identiti pemanggil. Semak dengan agensi berkaitan melalui saluran rasmi.

๐Ÿ”น ๐’๐„๐Š๐€๐“
Jangan terus membuat sebarang tindakan, terutama yang melibatkan ๐ฐ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐›๐š๐๐ข.

๐Ÿ”น ๐’๐„๐๐€๐‘
Kongsikan maklumat dengan pasangan, rakan atau ahli keluarga serta pihak berkuasa berkaitan untuk mendapatkan pengesahan.

๐Ÿ“ž Dapat panggilan daripada โ€œpihak berkuasaโ€?

๐’๐„๐Œ๐€๐Š ๐ƒ๐”๐‹๐” ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐’๐€๐‹๐”๐‘๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ.
Jangan mudah percaya dan jangan berikan maklumat sulit kepada pemanggil.

Sekiranya menjadi mangsa penipuan kewangan, ๐๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š ๐’๐„๐†๐„๐‘๐€ dengan menghubungi ๐๐’๐‘๐‚ ๐Ÿ—๐Ÿ—๐Ÿ• dan buat laporan polis.

๐ˆ๐ง๐ ๐š๐ญ! Jangan panik. Jangan terburu-buru. Sahkan dahulu sebelum bertindak.

๐Ÿ“Œ Terbitan & Konsep: Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
๐Ÿ“Œ Sumber: Bank Negara Malaysia

03/09/2026
๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—  ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—จRanau, 01 September 2026 - PDRM IPD Ranau telah berjaya membante...
02/09/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—  ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—จ

Ranau, 01 September 2026 - PDRM IPD Ranau telah berjaya membanteras kegiatan penjualan ketum di sebuah perkampungan di daerah Ranau dengan tertangkapnya (02) orang suspek lelaki tempatan semasa operasi dijalankan secara berasingan.

Hasil kerjasama penduduk setempat daerah Ranau dan risikan yang berterusan, dalam serbuan sekitar jam 17.30 petang, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan bersama 10 botol mineral berisi 1.5 liter air ketum,1 kotak Polisterin, 1 kaki dapur, 1 tong gas bewarna hijau, 1 dapur memasak, dan 1 periuk dipercayai digunakan untuk proses memasak air ketum.

Serbuan berasingan jam 17.40 petang, seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan bersama 17 botol mineral berisi 1.5 liter air ketum, 1 peti berwarna merah, 2 tong gas bewarna hijau, 1 dapur memasak, dan 1 periuk dipercayai digunakan untuk proses memasak air ketum.

Tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ranau hasil risikan yang berterusan dan maklumat yang disalurkan oleh masyarakat.

Pengambilan dan pemprosesan cecair ketum merupakan kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Lawatan PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sektor Kampung di setiap kampung bukan sekadar pertemuan tetapi simbol komitmen berterusan dalam membina hubungan yang lebih akrab antara Polis dan masyarakat demi mewujudkan persekitaran yang selamat, aman dan sejahtera.

Ketua Polis Daerah Ranau, YDH Supt. Mursalin bin Mahmud, mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat daerah Ranau atas kerjasama dan sikap prihatin bagi memastikan kesejahteraan daerah Ranau. Beliau juga menegaskan bahawa pihak PDRM IPD Ranau akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras aktiviti menyalahi undang-undang ini demi kesejahteraan masyarakat di daerah Ranau.

Masyarakat bertindak sebagai "mata dan telinga" Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menyalurkan maklumat awal bagi membanteras jenayah secara berkesan. Hubungan erat antara komuniti dan pihak berkuasa memperkukuh keselamatan negara serta memastikan tindakan pencegahan dapat diambil dengan pantas.

Masyarakat yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Ranau di talian 088-875222. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.






Sumber:
โ–ช๏ธBSJN IPD Ranau

Foto :
โ–ช๏ธBSJN IPD Ranau.

01/09/2026

๐Ÿšจ SISTEM e-PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA 2.0 KINI SUDAH BEROPERASI! ๐Ÿšจ

โœจ Lebih mudah. Lebih selamat. Lebih efisien. โœจ

Satu platform baharu yang dibangunkan bagi memberikan pengalaman permohonan yang lebih mudah, moden, pantas dan mesra pengguna kepada semua calon.

๐Ÿ—“๏ธ Bermula 1 September 2026

UNIT PENGAMBILAN
POLIS DIRAJA MALAYSIA

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—จ Ranau, 01 September 2026 - Program La...
01/09/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—จ

Ranau, 01 September 2026 - Program Lawatan Pegawai Perhubungan Sektor merupakan tanggungjawab setiap anggota PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau membuat lawatan. Pegawai Perhubungan Sektor yang dilantik bagi mewujudkan hubungan erat antara PDRM dengan masyarakat kampung melalui komunikasi dan kerjasama yang berterusan serta meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dalam kalangan penduduk berkaitan pencegahan jenayah, scam, dadah, buli dan isu keselamatan semasa.

Kehadiran Pegawai Perhubungan Sektor juga mewujudkan persekitaran kampung yang selamat dan harmoni melalui program kemasyarakatan, pencegahan jenayah dan hubungan dua hala serta menjadi penghubung antara PDRM dan komuniti setempat dalam menyampaikan maklumat, aduan serta isu keselamatan yang berlaku di kawasan kampung.

Program ini dilaksanakan berterusan dan masyarakat dinasihatkan supaya memberi maklumat kepada pihak Polis sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan berlaku di kawasan setempat.

Masyarakat bertindak sebagai sebagai "mata dan telinga" Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menyalurkan maklumat awal bagi membanteras jenayah secara berkesan.

Masyarakat yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Ranau di talian 088-875222. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Ketua Polis Daerah Ranau, YDH Supt. Mursalin bin Mahmud mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat daerah Ranau yang prihatin atas kerjasama yang diberikan terutama menyalurkan maklumat bagi memastikan daerah Ranau sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera.

Terima kasih.




Sumber:
IPD Ranau

Foto:
IPD Ranau

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau
Ranau
89307

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share