ILIM Kampus Kundasang

ILIM Kampus Kundasang Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang - The highest Islamic Training Center in Malaysia

1984, Pusat Latihan Dakwah Kundasang PLDK telah dibina oleh Kerajaan Negeri Sabah dan ditadbir oleh Majlis Ugama Islam Sabah dengan tujuan untuk dijadikan Pusat Pemulihan Dadah.
1987, MUIS telah menyerahkan kompleks pusat latihan kepada BAHEIS dengan tujuan digunakan sebagai Pusat Latihan Dakwah
1992, kompleks tersebut telah dibaikpulih dan dibina semula.
2001, kompleks ini telah dilanda ribut dan mengakibatkan kerosakan yang teruk. Pembaikan serta penambahan beberapa bangunan seperti dewan makan, rumah tetamu dan penginapan dilakukan.
2006, PLIK beroperasi sepenuhnya
Kini 1987, MUIS telah menyerahkan kompleks pusat latihan kepada BAHEIS dengan tujuan digunakan sebagai Pusat Latihan Dakwah
1992, ompleks tersebut telah dibaikpulih dan dibina semula.
2001, kompleks ini telah dilanda ribut dan mengakibatkan kerosakan yang teruk. Pembaikan serta penambahan beberapa bangunan seperti dewan makan, rumah tetamu dan penginapan dilakukan.
2006, PLIK beroperasi sepenuhnya
Kini Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK) merupakan institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai institusi yang bertangungjawab untuk memberikan kefahaman Islam kepada penjawat awam dan umat Islam di Sabah agar mengamalkan ajaran Islam sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

6 September 2026 - ILIM Kampus Kundasang amat berbesar hati menerima kunjungan YBhg Brigedier Jeneral Datuk Dr Haji Mohd...
05/09/2026

6 September 2026 - ILIM Kampus Kundasang amat berbesar hati menerima kunjungan YBhg Brigedier Jeneral Datuk Dr Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM ke ILIM Kampus Kundasang pada hari ini.

Ketibaan YBhg Datuk TKP (Operasi) disambut oleh Pengarah Kampus, Ustaz Mohd Zaki bin Mat Salleh. YBhg Datuk TKP (Operasi) sempat menandatangani buku pelawat serta meninjau fasiliti yang ada didalam kampus.

Beberapa amanat telah diutarakan oleh YBhg Datuk TKP (Operasi) dan akan diambil perhatian sewajarnya. Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan diantara pihak pengurusan kampus dan pengurusan atasan JAKIM.



SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG🗓️04 September 2026 (Jumaat)📍Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang👤15
04/09/2026

SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG

🗓️04 September 2026 (Jumaat)
📍Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang
👤15



KURSUS BAHASA ISYARAT: KOMUNIKASI INKLUSIF ISLAMIK PERKASA KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM PERKHIDMATAN ISLAMKUNDASANG, 3 Sep...
03/09/2026

KURSUS BAHASA ISYARAT: KOMUNIKASI INKLUSIF ISLAMIK PERKASA KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM PERKHIDMATAN ISLAM

KUNDASANG, 3 September 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang telah menganjurkan Kursus Bahasa Isyarat: Komunikasi Inklusif Islamik pada 1 hingga 3 September 2026 bertempat di Bilik Kuliah Buya Hamka, ILIM Kampus Kundasang.

Kursus selama tiga hari ini telah disertai seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kursus ini dikendalikan oleh YBhg. Puan Darmah binti Abdullah, Pensyarah Politeknik Kota Kinabalu, serta dibantu oleh tiga orang fasi yang merupakan OKU pekak iaitu Encik Aidil A-Asyraff bin Juakim, Encik Aidil A-Afiffat bin Juakim dan Cik Atasha Faqeha binti Juakim yang memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan asas komunikasi inklusif serta penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dalam urusan harian dan aktiviti berkaitan keagamaan.

Pengisian kursus memberi penekanan kepada pendekatan pembelajaran secara praktikal. Para peserta berpeluang mempelajari dan mempraktikkan pelbagai isyarat asas BIM, khususnya kosa kata dan komunikasi yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan Islam. Pendekatan secara amali ini membolehkan peserta membina keyakinan untuk berkomunikasi dengan komuniti OKU pekak dalam situasi sebenar.

Antara objektif utama kursus ini adalah untuk:

Memberikan pendedahan asas kepada peserta mengenai konsep komunikasi inklusif dan keperluan penggunaan bahasa isyarat dalam konteks masyarakat Islam;
Membimbing peserta memahami dan menggunakan isyarat asas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), khususnya dalam urusan harian dan aktiviti keagamaan; dan
Membentuk sikap empati serta kesedaran dakwah terhadap komuniti OKU pekak agar wujud suasana yang mesra, hormat dan inklusif dalam penyampaian perkhidmatan Islam.

Majlis perasmian dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Mohd Zaki bin Mat Salleh, Pengarah ILIM Kampus Kundasang.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan keupayaan warga perkhidmatan awam dalam berkomunikasi dengan komuniti OKU pekak, khususnya dalam urusan yang melibatkan keperluan keagamaan. Penguasaan asas bahasa isyarat juga menjadi salah satu usaha memperluas akses kepada penyampaian ilmu dan perkhidmatan Islam agar dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira keupayaan komunikasi.




Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 & Hari Sabah 2026! Alhamdulillah, atas nikmat keamanan, perpaduan dan kesejahter...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 & Hari Sabah 2026!

Alhamdulillah, atas nikmat keamanan, perpaduan dan kesejahteraan yang terus kita rasai. Semoga semangat cinta akan tanah air terus mekar dalam diri kita semua. ❤️🇲🇾

Malaysia MADANI – Kesejahteraan Dinikmati.

Daripada:
Pengarah dan seluruh warga kerja
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang

SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG🗓️28 Ogos 2026 (Jumaat)📍Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang👤20
28/08/2026

SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG

🗓️28 Ogos 2026 (Jumaat)
📍Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang
👤20



TRAINING OF TRAINERS: TOT ROAD TO BARZAKH PERKASA KEMAHIRAN PENGURUSAN JENAZAH DALAM KALANGAN PESERTAKUNDASANG, 27 Ogos ...
27/08/2026

TRAINING OF TRAINERS: TOT ROAD TO BARZAKH PERKASA KEMAHIRAN PENGURUSAN JENAZAH DALAM KALANGAN PESERTA

KUNDASANG, 27 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang telah menganjurkan Training of Trainers: TOT Road to Barzakh pada 26 hingga 27 Ogos 2026 bertempat di Bilik Kuliah Buya Hamka, ILIM Kampus Kundasang.

Program selama dua hari ini telah disertai seramai 32 orang peserta daripada pelbagai jabatan persekutuan dan negeri di Sabah. Penganjuran program ini bertujuan memberikan pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan pengurusan jenazah, di samping meningkatkan keupayaan peserta untuk melaksanakan pengurusan jenazah dengan teratur, menepati hukum syarak serta prosedur yang ditetapkan.

Program ini telah dikendalikan oleh Ustaz Zul Fazly bin Kagal Abdullah dari BAKA, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Kinabalu dan Ustazah Masni binti Yusin, Pegawai Eksekutif KDMRS. Kedua-dua fasilitator telah berkongsi pengetahuan, pengalaman serta panduan praktikal berkaitan pengurusan jenazah kepada para peserta.

Pengisian program dilaksanakan melalui sesi ceramah dan praktikal pengurusan jenazah. Pendekatan secara amali memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari dan mempraktikkan sendiri tatacara pengurusan jenazah secara tersusun, termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan tuntutan menyempurnakan pengurusan jenazah menurut hukum syarak.

Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk:

Memberikan pengetahuan kepada peserta mengenai pengurusan jenazah serta tuntutan menyempurnakannya;
Meningkatkan kefahaman peserta dalam menguruskan jenazah mengikut hukum syarak dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan; dan
Meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan jenazah secara tersusun dan teratur.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Zaki bin Mat Salleh, Pengarah ILIM Kampus Kundasang. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan kepentingan penguasaan ilmu dan kemahiran pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardu kifayah yang perlu diberikan perhatian oleh masyarakat.

Penganjuran TOT Road to Barzakh diharapkan dapat melahirkan peserta yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan berkaitan pengurusan jenazah, malah berkemahiran dan berkeyakinan untuk melaksanakan serta menyampaikan ilmu tersebut kepada masyarakat di tempat masing-masing.

Ilmu pengurusan jenazah bukan sekadar kemahiran untuk dilaksanakan ketika berlakunya kematian, tetapi merupakan satu amanah dan tuntutan syarak yang memerlukan kefahaman, ketelitian serta kesediaan untuk membantu masyarakat apabila diperlukan.




🌙 Salam Maulidur Rasul SAW 1448H 🌙اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺMarilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan s...
24/08/2026

🌙 Salam Maulidur Rasul SAW 1448H 🌙

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan serta membina ummah yang sejahtera dan diberkati.

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.”

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus mekar dan diterjemahkan dalam setiap amalan.

Daripada Pengarah & Seluruh Warga
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang

SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG🗓️24 Ogos 2026 (Isnin)📍Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang👤13
24/08/2026

SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG

🗓️24 Ogos 2026 (Isnin)
📍Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang
👤13



SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG🗓️21 Ogos 2026 (Jumaat)📍Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang👤21
21/08/2026

SESI REFLEKSI ROHANI ILIM KAMPUS KUNDASANG

🗓️21 Ogos 2026 (Jumaat)
📍Bilik Syura, ILIM Kampus Kundasang
👤21



SEMINAR INTEGRITI: TATAKELOLA DALAM PENGURUSAN PERKASA NILAI INTEGRITI WARGA ILIM DAN GURU KAFAKUNDASANG, 20 Ogos 2026 –...
20/08/2026

SEMINAR INTEGRITI: TATAKELOLA DALAM PENGURUSAN PERKASA NILAI INTEGRITI WARGA ILIM DAN GURU KAFA

KUNDASANG, 20 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang telah menganjurkan Seminar Integriti: Tatakelola dalam Pengurusan pada 20 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Tun Mustapha, ILIM Kampus Kundasang.

Seminar yang disertai seramai 77 orang peserta ini melibatkan Guru KAFA dan kakitangan ILIM Kampus Kundasang. Penganjuran seminar ini merupakan antara usaha ILIM dalam memperkukuh budaya integriti, amanah dan tatakelola yang baik dalam kalangan warga organisasi serta golongan pendidik.

Seminar telah disampaikan oleh PsK Junaisah Sumiel dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah, yang berkongsi pengetahuan dan pandangan berkaitan kepentingan integriti dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Pengisian seminar dilaksanakan menerusi sesi ceramah dan soal jawab, yang memberi ruang kepada peserta untuk memahami dengan lebih mendalam isu-isu berkaitan integriti, tatakelola serta cabaran dalam melaksanakan tugas secara amanah dan bertanggungjawab.

Antara objektif utama seminar ini adalah untuk:

Memupuk kesedaran dalam kalangan peserta bahawa integriti merupakan asas kepada pembentukan sahsiah unggul serta cerminan keperibadian Islam;
Mengukuhkan nilai amanah, telus dan bertanggungjawab dalam setiap aspek tugas selaras dengan prinsip-prinsip Pelan Transformasi Al-Falah; dan
Menghubungkan integriti peribadi dengan prestasi organisasi bagi mencapai kecemerlangan kerja serta membina kepercayaan masyarakat.

Seminar telah dirasmikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Zaki bin Mat Salleh, Pengarah ILIM Kampus Kundasang. Penganjuran seminar ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga ILIM dan Guru KAFA terhadap kepentingan mengamalkan nilai integriti dalam setiap aspek kehidupan dan tugasan.

Integriti bukan sekadar nilai yang disebut, tetapi perlu diterjemahkan melalui amanah dalam melaksanakan tugas, ketelusan dalam membuat keputusan dan tanggungjawab dalam setiap tindakan. Amalan tersebut menjadi asas penting dalam membentuk organisasi yang berwibawa serta mendapat kepercayaan masyarakat.

“ILIM Pemacu Latihan MADANI”




Address

Ranau
89308

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6088888285

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILIM Kampus Kundasang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ILIM Kampus Kundasang:

Shortcuts

Share