RELA Daerah Ranau

RELA Daerah Ranau RELA Ranau Setia Berbakti!

MESYUARAT BERSAMA PRD/PPRD/KPRK/KPR RELA DAERAH RANAU TAHUN 2026Mesyuarat  KPRK & KPR RELA Daerah Ranau telah diadakan s...
23/07/2026

MESYUARAT BERSAMA PRD/PPRD/KPRK/KPR RELA DAERAH RANAU TAHUN 2026

Mesyuarat KPRK & KPR RELA Daerah Ranau telah diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ—“οΈ Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi hingga 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Penerangan Ranau

Mesyuarat ini menjadi platform bagi mengukuhkan hubungan antara pegawai dan kepimpinan RELA Daerah Ranau, di samping membincangkan hala tuju serta perancangan bagi memastikan kelancaran pentadbiran, operasi, latihan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2026.

Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai 22 orang, termasuk:

β€’ Pegawai RELA Daerah Ranau: PgR Mohd Ramdan Bin Raidin
β€’ Penolong Pegawai RELA (Operasi) Daerah Ranau: PPgKR Herman Bin Jasper
β€’ Penolong Pegawai RELA (Latihan) Daerah Ranau: PPgKR Nazrul Bin Piritus
β€’ KPRK, KPR dan Jurulatih RELA Daerah Ranau

Semoga mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat, memperkukuhkan komitmen serta meningkatkan kesiapsiagaan seluruh warga RELA Daerah Ranau dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Setia Berbakti!




03/07/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„-πŸ“πŸ’ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π’π”πŠπ€π‘π„π‹π€π–π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (𝐑𝐄𝐋𝐀)

Hari ini, 3 Julai 2026 merupakan detik penuh bermakna yang menandakan 54 tahun penubuhan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam memperkukuh semangat kesukarelawan dan menyumbang kepada kesejahteraan negara.

Di sebalik setiap penugasan, terpahat semangat kebersamaan, keikhlasan dan pengorbanan seluruh warga RELA yang sentiasa setia berbakti demi masyarakat. Sempena ulang tahun ke-54 ini, marilah bersama-sama untuk terus memperkukuh iltizam demi negara yang kita cintai.

Terima kasih kepada seluruh warga RELA, sama ada pegawai, kakitangan dan juga anggota atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan demi agama, bangsa dan negara.

β€˜Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat’








03/07/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„-πŸ“πŸ’ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π’π”πŠπ€π‘π„π‹π€π–π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (𝐑𝐄𝐋𝐀)

3 Julai 2026 merupakan detik bersejarah yang menandakan ulang tahun ke-54 penubuhan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Sepanjang lebih lima dekad, RELA terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh semangat kesukarelawanan serta menyumbang ke arah pemeliharaan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat demi kemakmuran negara.

Semoga RELA terus kekal sebagai sebuah organisasi kesukarelawanan yang berwibawa, progresif dan disegani, serta sentiasa komited dalam menyokong aspirasi pembangunan negara melalui semangat kesukarelawanan, perpaduan dan khidmat bakti kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga RELA, merangkumi pegawai, kakitangan dan anggota, atas segala jasa, pengorbanan serta komitmen yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi memelihara keselamatan, kesejahteraan serta kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada:
Pengarah serta seluruh warga kerja Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah.







πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Awal Muharram 1448Hβœ¨πŸŒ™Semoga kedatangan Awal Muharram menjadi titik permulaan untuk kita memperbahar...
17/06/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Awal Muharram 1448Hβœ¨πŸŒ™

Semoga kedatangan Awal Muharram menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan.

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah dengan memperkukuhkan perpaduan, menyemai nilai murni serta terus melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Ikhlas Daripada Pegawai, Kakitangan dan Warga Kerja RELA Ranau.

Tahniah dicuapkan kepada PSR I Hazizan dan PSR I Jasimi
17/06/2026

Tahniah dicuapkan kepada PSR I Hazizan dan PSR I Jasimi

15/06/2026
KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI RELA DAERAH RANAU KE PEJABAT PARLIMEN RANAUπŸ“… Tarikh: 5 Jun 2026 (Jumaat)πŸ•₯ Masa: 10.30 pagiPegaw...
06/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI RELA DAERAH RANAU KE PEJABAT PARLIMEN RANAU

πŸ“… Tarikh: 5 Jun 2026 (Jumaat)
πŸ•₯ Masa: 10.30 pagi

Pegawai RELA Daerah Ranau, PgR Mohd Ramdan Bin Raidin bersama PPgKR Nazrul Bin Piritus selaku Penolong Pegawai RELA Daerah Ranau (Latihan), En. Sahirin Jaupi, Pembantu Tadbir RELA Daerah Ranau dan PSR I Romzee Justin Karim telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Datuk Jonathan Yasin, Ahli Parlimen P.179 Ranau.

Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama serta memperkukuhkan hubungan silaturahim antara RELA Daerah Ranau dan Pejabat Parlimen Ranau demi memperkasakan peranan RELA dalam menjaga keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.




🌾✨ SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026 ✨🌾Pesta Kaamatan melambangkan kesyukuran, perpaduan dan penghargaan terhadap wa...
31/05/2026

🌾✨ SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026 ✨🌾

Pesta Kaamatan melambangkan kesyukuran, perpaduan dan penghargaan terhadap warisan budaya yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah.

Semoga sambutan Kaamatan tahun ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, mengukuhkan perpaduan masyarakat serta membawa kesejahteraan, kemakmuran dan keberkatan kepada semua.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

Ikhlas daripada Pegawai RELA Daerah Ranau, kakitangan dan seluruh warga kerja RELA Daerah Ranau, kami mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada seluruh rakyat Sabah yang meraikannya.

πŸŒΎπŸ’›






26/05/2026

πŸŒ™βœ¨SALAM AIDILADHA 1447H/2026M βœ¨πŸŒ™

Hari Raya Aidiladha membawa seribu makna tentang
pengorbanan, keikhlasan dan kesatuan dalam menjalankan amanah demi agama, bangsa dan negara.

Semoga kemeriahan Aidiladha kali ini menjadi titik
penyatuan hati, memperkukuh semangat perpaduan serta menyemarakkan nilai kasih sayang dan kebersamaan dalam komuniti.

Daripada Pegawai RELA Daerah Ranau serta seluruh warga kerja RELA Daerah Ranau, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.





Address

Aras 2, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Peti Surat 1116
Ranau
89300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6088875041

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Daerah Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELA Daerah Ranau:

Share