P179puteribahagianranau

P179puteribahagianranau Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ranau 2023/26 (Official)

MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN RANAU 2026Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Ranau 2026 ...
28/07/2026

MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN RANAU 2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Ranau 2026 telah disempurnakan dengan lancar dalam suasana penuh semangat, kesepakatan dan iltizam untuk terus memperkukuh peranan Puteri sebagai sayap parti yang progresif serta dekat dengan rakyat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Haji Rehinin bin Amin, Bendahari UMNO Bahagian Ranau, atas kesudian merasmikan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Ranau yang berlangsung serentak bersama Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Ranau.

Persidangan ini menjadi medan untuk memperbaharui tekad, memperkukuhkan perpaduan serta menyusun langkah ke hadapan dalam mendukung aspirasi parti. Setiap pandangan dan idea yang dikongsikan mencerminkan komitmen seluruh perwakilan untuk terus menyumbang tenaga, fikiran dan khidmat demi memperkasakan perjuangan UMNO.

Terima kasih kepada seluruh perwakilan, barisan kepimpinan, petugas serta semua yang telah bertungkus-lumus memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan baik. Semoga semangat yang dibina hari ini terus menjadi pemangkin kepada gerak kerja yang lebih mantap pada masa akan datang.

Bersatu • Bersetia • Berkhidmat

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua!Semoga segala usaha, penat lelah dan dedikasi anda dalam bekerja sentiasa di...
01/05/2026

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua!
Semoga segala usaha, penat lelah dan dedikasi anda dalam bekerja sentiasa dihargai dan diberkati. Teruskan berusaha mencapai kejayaan, dan jangan lupa luangkan masa untuk berehat serta menghargai diri sendiri.

Address

Ranau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when P179puteribahagianranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share