29/07/2025
27 Julai 2025
Unit Pemakanan PKD Ranau telah dijemput menjadi Fasilitator Training of Trainers (TOT) MyCHAMPION Peringkat Negeri Sabah 2025 anjuran Cawangan Promosi Kesihatan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran.
Antara advokasi yang dijalankan oleh bahagian pemakanan di bawah "Pembudayaan Hidup Sihat" termasuklah menekankan Kempen "War on Sugar" , Makan Sihat mengikut Pinggan Sihat Suku-Suku Separuh, Logo HCL dan sebagainya. Diharap dengan pendedahan ini dan sesi soal jawab yang telah dijalankan dapat meningkatkan lagi pengetahuan serta kesedaran peserta untuk mengamalkan Amalan Hidup Sihat.