AKRAB IPKKM

AKRAB IPKKM Rakan Pembimbing Sektor Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia

Berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan, nilai-nilai murni pada diri ahli AKRAB, rakan sekerja di organisasi

Membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. Selain itu membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat kerja berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.

Program Temu Seru Outreach AKRAB IPKKM Siri 2 telah diadakan pada 22 April 2026 di Bahagian Pengurusan Latihan, KKM Putr...
19/08/2026

Program Temu Seru Outreach AKRAB IPKKM Siri 2 telah diadakan pada 22 April 2026 di Bahagian Pengurusan Latihan, KKM Putrajaya.

Program Temu Seru Outreach AKRAB IPKKM Siri 1 telah diadakan pada 9 Februari 2026 di Bahagian Khidmat Pengurusan, KKM Pu...
19/08/2026

Program Temu Seru Outreach AKRAB IPKKM Siri 1 telah diadakan pada 9 Februari 2026 di Bahagian Khidmat Pengurusan, KKM Putrajaya.

Program CME AKRAB Bengkel Penulisan Kajian Kes telah diadakan pada 20 Januari 2026 di Blok E7, Kompleks E, Putrajaya.
19/08/2026

Program CME AKRAB

Bengkel Penulisan Kajian Kes telah diadakan pada 20 Januari 2026 di Blok E7, Kompleks E, Putrajaya.

Sorotan sekitar program Kunjungan Hormat AKRAB IPKKM ke Pejabat Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan KKM, Puan Rosnina...
19/08/2026

Sorotan sekitar program Kunjungan Hormat AKRAB IPKKM ke Pejabat Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan KKM, Puan Rosnina binti Yaacob pada 20 Januari 2026 di Blok E7, Kompleks E, Putrajaya.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Rosnina atas kesudian menerima kunjungan hormat ini.

PROGRAM PENSIJILAN AMALAN PROFESIONALPENDEKATAN TERAPI SENI EKSPRESIF  R-E-S-T IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSI...
10/07/2026

PROGRAM PENSIJILAN AMALAN PROFESIONAL
PENDEKATAN TERAPI SENI EKSPRESIF R-E-S-T IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (IPKKM) TAHUN 2026

Program Modul R-E-S-T ini telah diadakan pada 19 Mei 2026 (Isnin) di Dewan Serbaguna, Aras 8, Blok E7, Kompleks E, Putrajaya. Modul R-E-S-T (Relaxation, Expression, Spirituality, Transformation) ​diperkenalkan sebagai satu pendekatan berstruktur yang menggabungkan ​elemen psikologi, seni dan kerohanian dalam membantu individu mencapai ​keseimbangan diri secara menyeluruh. Modul ini memberi penekanan kepada ​proses penyembuhan dalaman (inner healing), pembangunan kendiri serta ​pengukuhan nilai. Pendekatan intervensi yang bersifat holistik, kreatif dan ​berfokuskan kesejahteraan kendiri adalah amat diperlukan.

Modul REST dikendalikan oleh Dr. Rafidah Kastawi, seorang Kaunselor Berdaftar dari REST Sejahtera Counseling Centre / Pridana Sdn Bhd.

IMPAK PROGRAM
Pelaksanaan Program Pensijilan Amalan Profesional Pendekatan Terapi Seni ​Ekspresif R-E-S-T ini dilihat sebagai satu inisiatif proaktif dalam ​memperkasa kompetensi Pegawai Psikologi dan AKRAB di IPKKM dan ILKKM dalam membantu warga IPKKM menangani isu kesihatan mental.

Carta Ahli JawatankuasaAKRAB IPKKM Tahun 2026
10/07/2026

Carta Ahli Jawatankuasa
AKRAB IPKKM Tahun 2026

9 Mac 2026 | IsninAKRAB IPKKM dengan anjuran bersama Puspanita Cawangan KKM telah mengadakan Program Agihan Bubur Lambuk...
09/03/2026

9 Mac 2026 | Isnin

AKRAB IPKKM dengan anjuran bersama Puspanita Cawangan KKM telah mengadakan Program Agihan Bubur Lambuk/Tradisional Sempena Majlis Sambutan Ihya Ramadan 2025/1446H yang bertempat di Perkarangan Lobi 1, Aras 3, Blok E7, Kompleks E, Putrajaya.

Program ini merupakan aktiviti tahunan AKRAB bila tibanya bulan Ramadan dan acara memasak Bubur Pulut Hitam & Bubur Kacang Hijau dijalankan secara gotong-royong oleh ahli-ahli AKRAB dan Puspanita yang diketuai oleh Encik YM Engku Mohd Nazri dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Pengagihan bubur telah disempurnakan oleh YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan. Turut hadir bersama Datin Seri Roslina binti Mior, Timbalan Puspanita KKM, Datuk Dr Noor Fariza binti Ngah serta Puan Rosnina binti Yaacob, SUB Bahagian Khidmat Pengurusan.

Sebanyak 3000 bekas bubur lambuk/tradisional telah diagihkan kepada warga IPKKM yang hadir.

Semoga bulan Ramadan ini membawa seribu keberkatan, rahmat dan kegembiraan kepada kita semua.
19/02/2026

Semoga bulan Ramadan ini membawa seribu keberkatan, rahmat dan kegembiraan kepada kita semua.

JASAMU DIKENANG DAN SELAMAT BERSARA Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih diucapkan kepada Puan Salmiah binti Ahmad, Pem...
25/11/2025

JASAMU DIKENANG DAN SELAMAT BERSARA

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih diucapkan kepada Puan Salmiah binti Ahmad, Pembantu Akauntan W26 di Bahagian Kejururawatan yang telah bersara wajib pada 4 Mac 2025 dan Puan Salimah binti Sikah, Pegawai Khidmat Pelanggan N22 di Unit Komunikasi Korporat yang telah bersara wajib pada 15 Julai 2025 diatas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjadi ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) KKM.

Semoga Puan Salmiah dan Puan Salimah diberikan kesihatan dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

𝑷𝒐𝒉𝒐𝒏 𝒔𝒆𝒓𝒐𝒋𝒂 𝒑𝒐𝒉𝒐𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒔𝒊𝒉,
𝑻𝒖𝒎𝒃𝒖𝒉 𝒎𝒆𝒓𝒊𝒎𝒃𝒖𝒏 𝒅𝒊 𝒑𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊𝒓 𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏,
𝑲𝒂𝒍𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒅𝒊 𝒋𝒖𝒏𝒋𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉,
𝑴𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈 𝒛𝒂𝒎𝒂𝒏.

𝑯𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈𝒎𝒖 𝒌𝒊𝒏𝒊 𝒕𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒈𝒂𝒏𝒕𝒊,
𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊,
𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒋𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒊,
𝑨𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊.

Ikhlas daripada:
AKRAB Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia

Majlis Pentauliahan AKRAB & Majlis Penutupan Pementoran Tahun 2025 telah diadakan pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) di Dewan...
31/10/2025

Majlis Pentauliahan AKRAB & Majlis Penutupan Pementoran Tahun 2025 telah diadakan pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) di Dewan Serbaguna, Blok E7, Putrajaya yang dirasmikan oleh Pn Rosnina binti Yaacob, SUB Khidmat Pengurusan KKM.

Selain itu, satu sesi penyerahan sijil kepada penerima Anugerah Pembimbing AKRAB Cemerlang 2025 dan Anugerah AKRAB Aktif 2025 atas komitmen yang tinggi, dedikasi berterusan serta penglibatan aktif dalam melaksanakan bimbingan AKRAB kepada warga kerja sepanjang tahun 2025

Semoga AKRAB IPKKM terus maju dan cemerlang di masa akan datang.

Address

Blok E7, Kompleks Kerajaaan Presint 1
Putrajaya
62590

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 15:00

Telephone

+60123420219

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKRAB IPKKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AKRAB IPKKM:

Shortcuts

Share