Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis - IPCC

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis - IPCC Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC)

MESYUARAT SURUHANJAYA BILANGAN 17 TAHUN 2026PUTRAJAYA,3 September 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) tel...
03/09/2026

MESYUARAT SURUHANJAYA BILANGAN 17 TAHUN 2026
PUTRAJAYA,3 September 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 17 Tahun 2026 bagi membincangkan perkara-perkara dasar serta pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab Suruhanjaya.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, dan dihadiri oleh Anggota-anggota Suruhanjaya, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah-pengarah Bahagian serta Penolong Pengarah Kanan IPCC.
Mesyuarat turut meneliti perkembangan pelaksanaan agenda serta memastikan peranan Suruhanjaya terus dilaksanakan secara teratur, berfokus dan berkesan.



Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/Twitter/Tiktok:
©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

SELAMAT DATANGSuruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang kepada Puan N...
02/09/2026

SELAMAT DATANG

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang kepada Puan Noor Muzleana Binti Mohamed atas pelantikan sebagai Akauntan berkuat kuasa mulai 1 September 2026.

Semoga pelantikan dan kehadiran beliau dapat memperkukuh kecemerlangan pengurusan organisasi serta menyokong pelaksanaan fungsi, peranan dan mandat IPCC secara berkesan. Seluruh warga IPCC mengucapkan selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya dalam menggalas amanah ke arah memperkasakan tadbir urus, akauntabiliti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan organisasi.







Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/X/Tiktok:

©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69Hari Kebangsaan mengingatkan kita akan erti kemerdekaan, pengorbanan para peju...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Hari Kebangsaan mengingatkan kita akan erti kemerdekaan, pengorbanan para pejuang terdahulu serta keamanan yang dinikmati bersama.

Tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” melambangkan aspirasi untuk membina sebuah negara yang maju, inklusif dan sejahtera, dengan kesejahteraan yang dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh seluruh rakyat.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menjunjung nilai integriti dan akauntabiliti dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan negara. Semoga nilai integriti terus menjadi asas utama semangat kemerdekaan yang menyatukan kita semua.

Ikhlas daripada,
Pengerusi, Anggota Suruhanjaya dan seluruh warga kerja Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC)








Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍 FB/YouTube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍 IG/X/TikTok:

©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”Semoga kita terus menghayati dan mencontohi akhlak Rasululla...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Semoga kita terus menghayati dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW dengan mengamalkan nilai amanah, integriti dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul daripada Pengerusi, Anggota Suruhanjaya dan seluruh warga kerja IPCC.





Ikuti Media Sosial IPCC 📲
📍 Facebook / YouTube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍 Instagram / X / TikTok:

©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

SESI TEMU BUAL BERSAMA ANGGOTA SURUHANJAYA IPCC DI SABAH FMSABAH, 20 Ogos 2026 – YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Atan, Anggot...
22/08/2026

SESI TEMU BUAL BERSAMA ANGGOTA SURUHANJAYA IPCC DI SABAH FM

SABAH, 20 Ogos 2026 – YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Atan, Anggota Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), telah tampil dalam sesi temu bual di Sabah FM, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang membicarakan topik “IPCC: Menggenggam Janji, Memperkasa Integriti”.

Sesi tersebut menjadi platform bagi menyampaikan maklumat berkaitan peranan dan fungsi IPCC kepada masyarakat, di samping meningkatkan kefahaman awam terhadap usaha memperkukuh integriti dan akauntabiliti dalam pasukan polis.

IPCC merakamkan penghargaan kepada pihak Sabah FM, RTM Sabah atas ruang siaran yang diberikan dalam memperluas hebahan serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan dan tanggungjawab IPCC.







Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍 FB/YouTube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍 IG/X/TikTok:

© 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

SESI REGULAR ENGAGEMENT PROGRAMME IPCC DI PULAPOL KOTA KINABALUSABAH, 20 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Poli...
22/08/2026

SESI REGULAR ENGAGEMENT PROGRAMME IPCC DI PULAPOL KOTA KINABALU

SABAH, 20 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Regular Engagement Programme (REP) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu sebagai platform libat urus bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Dato’ Alias bin Salim, Anggota Suruhanjaya, bersama YBhg. Dato’ Kennedy Jawan, Anggota Suruhanjaya, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai IPCC. Kehadiran delegasi IPCC disambut oleh Supt. Isqal Kria bin Abdullah, Komandan PULAPOL Kota Kinabalu, bersama Timbalan Komandan serta pegawai-pegawai PULAPOL Kota Kinabalu.

Program ini memberi ruang kepada IPCC untuk memahami dengan lebih dekat aspek latihan serta pendekatan yang diterapkan dalam membentuk pelatih PDRM. Sesi ini turut membuka ruang perkongsian pandangan antara IPCC dan PULAPOL dalam mengenal pasti penambahbaikan serta inisiatif bersama bagi memupuk nilai integriti dan tatakelakuan dalam kalangan pelatih PDRM.





Ikuti Media Sosial IPCC 📲
📍 Facebook / YouTube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍 Instagram / X / TikTok:

©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

SESI REGULAR ENGAGEMENT PROGRAMME IPCC DI IPD KOTA KINABALUSABAH, 20 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (I...
22/08/2026

SESI REGULAR ENGAGEMENT PROGRAMME IPCC DI IPD KOTA KINABALU

SABAH, 20 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Regular Engagement Programme (REP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sebagai platform libat urus bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Dato’ Othman bin Yusoff, Anggota Suruhanjaya, bersama Pegawai IPCC. Pihak IPD Kota Kinabalu diwakili oleh ACP Shahrudin bin Mat Husain, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, bersama Timbalan Ketua Polis Daerah, pegawai-pegawai dan anggota IPD Kota Kinabalu.

Program ini menjadi platform libat urus dan perkongsian pandangan antara IPCC dan PDRM, di samping memberi ruang kepada IPCC mendapatkan maklum balas berkaitan pelaksanaan tugas serta cabaran yang dihadapi. Sesi ini turut memberi tumpuan kepada pengurusan lokap berpusat, khususnya aspek pemeriksaan kesihatan Orang Kena Tahan (OKT).





Ikuti Media Sosial IPCC 📲
📍 Facebook / YouTube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍 Instagram / X / TikTok:

©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

SESI REGULAR ENGAGEMENT PROGRAMME IPCC KE IPK SABAHSABAH, 20 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) tel...
22/08/2026

SESI REGULAR ENGAGEMENT PROGRAMME IPCC KE IPK SABAH

SABAH, 20 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Regular Engagement Programme (REP) ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah sebagai platform libat urus bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya, bersama Anggota Suruhanjaya, Pengarah dan Pegawai IPCC, manakala delegasi IPK Sabah diketuai oleh CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah, bersama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan ketua-ketua jabatan IPK Sabah.

Program ini menjadi platform kepada IPCC untuk mendapatkan perspektif berkaitan pelaksanaan tugas dan cabaran yang dihadapi di peringkat kontinjen, di samping memperkukuh perkongsian pandangan dan kerjasama strategik dalam aspek tadbir urus, integriti dan akauntabiliti PDRM.





Ikuti Media Sosial IPCC 📲
📍 Facebook / YouTube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍 Instagram / X / TikTok: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis

©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

KUNJUNGAN HORMAT IPCC KEPADA PESURUHJAYA POLIS SABAHKOTA KINABALU, 20 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (...
21/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT IPCC KEPADA PESURUHJAYA POLIS SABAH

KOTA KINABALU, 20 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YDH CP Datuk Jauteh Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, bersama Anggota-anggota Suruhanjaya dan Ketua Pegawai Eksekutif IPCC.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada usaha IPCC untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan PDRM, khususnya di peringkat kontinjen, selain menjadi platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi maklumat bagi memperkukuh kerjasama dua hala.





Ikuti Media Sosial IPCC 📲
📍 Facebook / YouTube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍 Instagram / X / TikTok:

©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

BENGKEL PEMANTAPAN CURBING MISCONDUCT CULTURE IPCCSABAH, 19 Ogos 2026 - Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) tela...
21/08/2026

BENGKEL PEMANTAPAN CURBING MISCONDUCT CULTURE IPCC

SABAH, 19 Ogos 2026 - Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Curbing Misconduct Culture (CMC) di Hotel Promenade Kota Kinabalu. Bengkel ini diadakan bagi memperkukuh pelaksanaan sesi CMC melalui perkongsian pengetahuan dan pendekatan yang bersesuaian.

Bengkel ini dihadiri oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya, bersama Anggota-Anggota Suruhanjaya, pengarah-pengarah bahagian, pegawai-pegawai IPCC serta pegawai psikologi daripada agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), termasuk Jabatan Penjara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bengkel ini turut memberi fokus kepada penerapan elemen-elemen psikologi yang bersesuaian dalam pelaksanaan sesi CMC. Perkongsian dan perbincangan yang diadakan memberi pendedahan serta pengetahuan kepada pihak IPCC bagi menyokong pelaksanaan program CMC secara lebih komprehensif, berkesan dan berimpak.





Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍 FB/YouTube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍 IG/X/TikTok:

©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Address

Aras 7, Setia Perkasa 7, Kompleks Setia Perkasa
Putrajaya
62546

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis - IPCC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share