Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran, penyelarasan & pemantauan Pertubuhan Belia.

πŸ”₯ HAI BELIA PULAU PINANG! HANGPA MAI SAT! πŸ”₯JOM JUMPA ROY @ KIBAR β€” kali ni kita turun padang mai jumpa belia Pulau Pinan...
03/09/2026

πŸ”₯ HAI BELIA PULAU PINANG! HANGPA MAI SAT! πŸ”₯

JOM JUMPA ROY @ KIBAR β€” kali ni kita turun padang mai jumpa belia Pulau Pinang! 😎πŸ’₯

Kalau hangpa nak sembang, kenal-kenal, kongsi idea dan dengar sendiri suara anak muda, jangan dok tunggu lama! Mai meriahkan program ni bersama YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. πŸ™Œ

πŸ“… 5 September 2026 (Sabtu)
⏰ 11.00 pagi
πŸ“ TVET MARA Balik Pulau, Pulau Pinang

Nak kenal ROY dengan lebih dekat? Nak tahu apa peluang dan ruang yang ada untuk belia? Mai laa! Bukan selalu dapat peluang sembang santai macam ni. πŸ‘€πŸ”₯

πŸ“² Nak mai? Scan QR dalam poster untuk daftar!

Orang Penang kata… kalau dah ada peluang, jangan dok tangguh! Mai ramai-ramai, kita jumpa sat! 😎🀝





πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ31 Ogos 2026 | Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiSemangat kemerdekaan b...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos 2026 | Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Semangat kemerdekaan bukan sekadar tentang sejarah, tetapi tentang kebersamaan, perpaduan dan rasa cinta kepada tanah air yang terus kita semai dalam diri setiap generasi. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Ayuh kita hayati erti kemerdekaan dengan terus memupuk semangat patriotisme, menghargai kepelbagaian serta bersama-sama membina Malaysia yang lebih harmoni, progresif dan sejahtera.

✨ Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera!
πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-69!




*26.8.2026 – KUNJUNG HORMAT DAN SERAHAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN* Putrajaya | 26 Ogos  2026 – Pejabat Pendaftar Pertub...
27/08/2026

*26.8.2026 – KUNJUNG HORMAT DAN SERAHAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN*

Putrajaya | 26 Ogos 2026 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah telah menerima kunjungan hormat daripada beberapa Kelab Rakan Muda yang telah berjaya didaftarkan secara rasmi di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Dalam sesi tersebut, Sijil Perakuan Pendaftaran turut disampaikan kepada wakil-wakil pertubuhan yang terlibat.

Sebanyak empat (4) pertubuhan telah menerima sijil pendaftaran, iaitu:

1. Kelab Rakan Muda Merbau Sempak
2. Kelab Rakan Muda Bandar Baru Sungai Buloh
3. Kelab Rakan Muda Kampung Melayu Sungai Buloh
4. Kelab Rakan Muda Kubu Gajah

Tahniah diucapkan kepada semua pertubuhan atas kejayaan memperoleh kelulusan pendaftaran. Semoga kelab-kelab ini dapat melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bermanfaat bersama komuniti setempat.

*πŸ“£ HEBAHAN PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA  SejaTi MADANI x BELIA PERINGKAT ZON SABAH TAHUN 2026  πŸ“£*Ingin mendapatkan D...
27/08/2026

*πŸ“£ HEBAHAN PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SejaTi MADANI x BELIA PERINGKAT ZON SABAH TAHUN 2026 πŸ“£*

Ingin mendapatkan Dana SejaTi MADANI?
Program Santuni Pertubuhan Belia ini merupakan satu-satunya laluan rasmi untuk melayakkan pertubuhan belia memohon dana tersebut.

Kini ROY akan melaksanakan program in secara atas talian. Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke sesi kami ini!

Tempat:Dalam talian (google meet)
Tarikh: 3 September 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang

*✨ Kelebihan Program*
βœ… Peluang mendapatkan Sijil Perakuan Menghadiri Program Santuni Pertubuhan Belia
βœ… Sijil ini menjadi *syarat utama* untuk permohonan Dana SejaTi MADANI
βœ… Platform libat urus, perkongsian maklumat dan pengukuhan tadbir urus pertubuhan belia

*πŸ“Œ Syarat Kelayakan* Mendapatkan Sijil Perakuan:
1️⃣ Pertubuhan berdaftar di bawah ROY (Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia)
2️⃣ Sekurang-kurangnya 3 orang pemegang jawatan / Ahli Jawatankuasa pertubuhan wajib hadir
3️⃣ 1 individu hanya boleh mewakili 1 pertubuhan sahaja
4️⃣ Terbuka kepada SEMUA pertubuhan belia di seluruh Malaysia
πŸ“’ Jangan lepaskan peluang ini!
Lengkapkan kehadiran, peroleh sijil dan buka laluan ke Dana SejaTi MADANI

Sila tempah slot untuk kehadiran anda melalui:
https://forms.gle/sE6Ch4GHM6qdx1tQA

Platform Google Meet:
https://meet.google.com/mak-aeir-uxe

πŸ“§ Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pendaftaran:
βœ‰οΈ [email protected]

🚨 HEY BELIA PULAU PINANG! πŸ‘€πŸ“£Ada urusan pertubuhan belia? Nak tahu status pertubuhan? Nak daftar pertubuhan baharu? Atau ...
27/08/2026

🚨 HEY BELIA PULAU PINANG! πŸ‘€πŸ“£

Ada urusan pertubuhan belia? Nak tahu status pertubuhan? Nak daftar pertubuhan baharu? Atau nak dapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan ROY?

Jangan lalu je! Singgah ke Reruai ROY! πŸ”₯

πŸ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“Œ UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang

Apa yang ada di reruai ROY? πŸ‘‡
✨ Pendaftaran Pertubuhan Belia Baharu
✨ Penghantaran MYKD
✨ Semakan Status Pertubuhan Belia
✨ Carian & Khidmat Maklumat
✨ Pindaan Perlembagaan

Tak kira dah berpersatuan atau baru nak kenal dunia persatuan, meh singgah dan dapatkan info terus daripada ROY!πŸ€πŸ’™
πŸ“£ **29 Ogos nanti, jumpa anda di reruai ROY!**

SESI LIBAT URUS BELANJAWAN BELIA MADANI 2027 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™Jelajah Kita Dengar!Persatuan belia, pemimpin belia dan anak muda dijemp...
27/08/2026

SESI LIBAT URUS BELANJAWAN BELIA MADANI 2027 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™

Jelajah Kita Dengar!

Persatuan belia, pemimpin belia dan anak muda dijemput untuk bersama-sama menyuarakan cadangan, pandangan serta harapan bagi Belanjawan 2027 demi memperkukuh agenda pembangunan belia dan sukan negara.

Inilah peluang untuk memastikan suara dan aspirasi anda didengari secara langsung oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, yang akan hadir bagi mendengar pandangan serta idea daripada komuniti belia sendiri.

πŸ“… 28 Ogos 2026 (Jumaat)
πŸ“Kombes Negeri Kedah
πŸ•— 8.00 malam

Suara anda hari ini mampu mencorakkan masa depan belia Malaysia.

PROGRAM LEPAK SANTAI KEPIMPINAN BELIA BERSAMA YB DR. MOHAMMED TAUFIQ JOHARI Anak Muda Kedah – Jangan buat leceih na !!!!...
26/08/2026

PROGRAM LEPAK SANTAI KEPIMPINAN BELIA BERSAMA YB DR. MOHAMMED TAUFIQ JOHARI

Anak Muda Kedah – Jangan buat leceih na !!!!

22 Ogos 2026, Sungai Petani, Kedah – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah melaksanakan Program lepak Santai kepimpinan Belia Bersama YB Dr. Mohammed Taufiq Johari telah diadakan bertempat di Cinta Sayang Golf Resort, Sungai Petani, Kedah. Program ini memberi ruang dan peluang kepada para pemimpin dan ahli pertubuhan belia khususnya di Negeri Kedah mengenali pemimpin negara dengan lebih dekat melalui perkongsian pengalaman dan strategi mencorakkan pemimpin muda yang berkualiti.

YB. Dr. Mohammed Taufiq menyatakan rasa gembira dan bangga kerana anak-anak muda di negeri Kedah mempunyai potensi menjadi pemimpin yang hebat. Beliau meluangkan masa berinteraksi bersama para belia dan pemimpin pertubuhan belia serta menyampaikan sijil Penarafan 5 Bintang kepada 4 Pertubuhan Belia iaitu:

1.⁠ ⁠Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Kuala Muda
2.⁠ ⁠⁠Angkatan Belia ISlam Malaysia (ABIM) Cawangan Kubang Pasu
3.⁠ ⁠⁠Majlis Belia Daerah (MBD) Kubang Pasu
4.⁠ ⁠⁠Kelab Rakan Muda (KRM) Pokok Sena

Turut hadir Encik Hasnata Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia, Puan Azura binti Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Saudara Mohd Amir Murshidi bin Dato' Samsuddin, Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Barisan Exco MBN Kedah dan Majlis Belia Daerah. Program telah dihadiri seramai 92 orang belia dari seluruh negeri Kedah.

πŸŒ™ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448HπŸŒ™Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam di Malaysia.Sempena memperingati k...
24/08/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448HπŸŒ™

Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam di Malaysia.

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menghayati keteladanan Baginda dalam membentuk kehidupan yang berlandaskan akhlak, kasih sayang, amanah dan saling menghormati.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi pemangkin untuk kita memperkukuhkan nilai-nilai murni dalam diri, mempererat hubungan sesama masyarakat serta melaksanakan setiap amanah dengan penuh tanggungjawab.

Marilah kita terus mencontohi sifat mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian dan bersama-sama menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih harmoni, prihatin dan sejahtera.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026.
Semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. 🀍

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

πŸ”₯ BELIA KEDAH, MAI SAT! πŸ”₯Asyik dok lepak ja?Kali ni mai lepak sambil sembang pasai kepimpinan, idea & masa depan belia! ...
20/08/2026

πŸ”₯ BELIA KEDAH, MAI SAT! πŸ”₯

Asyik dok lepak ja?
Kali ni mai lepak sambil sembang pasai kepimpinan, idea & masa depan belia! ✨

Jom mai ramai-ramai ke *LEPAK SANTAI KEPIMPINAN BELIA* bersama YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan! πŸ™Œ

Bukan lepak kosong tau! 😎
Kat sini korang boleh kongsi idea, bina jaringan kenalan dan dengaq sendiri perkongsian daripada pemimpin untuk anak muda. πŸ’¬πŸ”₯

πŸ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00 petang
πŸ“ Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah

πŸ“² Nak mai? Scan ja QR Code kat poster dan daftar sekarang!

Mai sat! Jangan dok tunggu lama-lama.
Kita lepak santai, sembang berisi, balik bawa inspirasi! 🀝✨

Orang Kedah kata: Mai jangan tak mai! 😎πŸ”₯




Rompin Pahang 16 Ogos 2026. Tahniah diucapkan kepada belia-belia daerah Rompin yang berjaya menghadiri Bengkel Pengurusa...
18/08/2026

Rompin Pahang 16 Ogos 2026. Tahniah diucapkan kepada belia-belia daerah Rompin yang berjaya menghadiri Bengkel Pengurusan Organisasi Peringkat Daerah Rompin

Para peserta diberi taklimat berkaitan tatacara Pendaftaran dan pertubuhan kelab belia dan taklimat berkaitan Maklumat Yang Kena Diberi selepas menubuhkan kelab.

Semoga penerangan yang di sampaikan oleh Puan Hasliza binti Mohd Zin Penolong Pegawai Pendaftar Kanan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur dapat membantu para belia di daerah Rompin menubuhkan pertubuhan belia dan memberi manafaat kepada belia setempat.

Address

Aras 4, Blok C7, Kompleks C, Pejabat Pentadbiran Kerajaan
Putrajaya
62520

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 12:15
14:45 - 17:30

Telephone

+60388810842

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia:

Shortcuts

Share