13/03/2023
Pada 7 Mac 2023, Pengarah Perkembangan Perubatan telah mempengerusikan Mesyuarat Teknikal Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital & Institusi Perubatan KKM Bil. 1/2023.
Mesyuarat ini yang berlangsung selama 3 hari di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah telah dihadiri oleh 130 ahli yang terdiri daripada Ketua UKKP negeri dan hospital serta penasihat-penasihat teknikal UKKP serta wakil daripada KPAS KKM.
Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan program KKP yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 serta membentangkan cadangan kertas kerja dan polisi berkaitan KKP di hospital seperti Personal Protective Equipment Pengendalian, Chemotherapy, Radiation Emergency Preparedness Plan dan Pneumococcal Vaccination serta TB Risk dan Fatigue Risk Assessment Tool.
Ahli mesyuarat juga berkesempatan menyertai lawatan kerja di beberapa industri di sekitar Kota Kinabalu yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai aktiviti KKP yang dijalankan di peringkat agensi/industri, serta sebagai platform perkongsian kepakaran dan pengalaman antara agensi/industri dengan KKM.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada JKN Sabah sebagai tuan rumah mesyuarat teknikal pada kali ini.