27/07/2021
PROGRAM PENTADBIR CUTI DENGAN SEKSYEN PERKHIDMATAN, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BK), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) telah menganjurkan Program Pentadbir Cuti Dengan Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BK) secara sidang video pada 19 Julai 2021 (Isnin).
Tujuan program ini diadakan adalah memberi peluang kepada semua pentadbir cuti dari semua Bahagian di Jabatan ini untuk mendapatkan makluman terkini mengenai arahan terbaru dari pihak pengurusan Jabatan, sesi hand-on mengenai urusan HRMIS dan memberi peluang kepada semua pentadbir cuti untuk mengutarakan sebarang isu mengenai urusan perkhidmatan di Jabatan ini.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 88 orang pentadbir cuti DOA dari seluruh negara dengan janyanya. Para peserta telah dimaklumkan mengenai
1. Dasar Penempatan dan Pertukaran DOA;
2. Dasar Pencalonan Penganugerakan dan Pengiktirafan DOA;
3. Pelaksanaan Permohonan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung Melalui Sistem Hrmis;
4. Pematuhan terhadap Tempoh Permohonan Dan Makluman Urusan Perkhidmatan; dan
5. Penggunakan kumpulan emel [email protected] , [email protected] , [email protected] dan [email protected] dalam urusan dengan seksyen perkhidmatan mengikut urusan yang berkaitan.
Diakhir program, Ketua Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Djuliana Binti Jamaludin telah mengambil peluang ini untuk menyampaikan cenderahati secara maya kepada bekas Ketua Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di Unit HRMIS, Puan Nur Azzuriena Binti Mohammad Nasi dan bekas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Unit HRMIS, Noor Zahirah Binti Ahmad, sebagai tanda penghargai terhadap sumbangan yang telah diberikan oleh mereka sepanjang tempoh perkhidmatan di Unit HRMIS, Bahagian Khidmat Perkhidmatan.