26/05/2026
MEMACU KOLABORASI, MEMPERHEBAT POTENSI INDUSTRI! ๐โจ
Putrajaya | 25 Mei 2026 | Isnin
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan serta Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pemantapan Bahasa Asing kepada Pemandu Pelancong di Dewan Sanggar Pujangga, MOTAC Putrajaya.
Program ini dihadiri oleh YBrs. Encik Chua Choon Hwa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC bersama pegawai kanan kementerian, kepimpinan agensi serta wakil persatuan pemandu pelancong. Sesi libat urus ini menjadi platform komunikasi dua hala yang lebih tersusun, membuka ruang kepada pemain industri untuk berkongsi pandangan dan isu di lapangan, seterusnya merangka penyelesaian bersama demi masa depan pelancongan negara yang lebih mampan.
Majlis turut meraikan para peserta Kursus Peningkatan Kemahiran Bahasa Asing melibatkan Bahasa Perancis, Jerman, Rusia dan Itali. Inisiatif yang dibiayai sepenuhnya oleh MOTAC ini bertujuan melahirkan pemandu pelancong multilingual yang lebih kompeten dan berdaya saing, khususnya dalam memenuhi keperluan pelancong bernilai tinggi dari pasaran Eropah dan Barat yang menitikberatkan pengalaman serta penceritaan berkualiti.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta! Semoga usaha ini terus memperkukuh ekosistem pelancongan Malaysia ke arah yang lebih dinamik, inklusif dan berdaya tahan. ๐ฒ๐พ๐