Nutritionistkkm

Nutritionistkkm Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1 Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya
(201)

Peneraju utama pemakanan negara ke arah pembangunan generasi yang sihat.

- Menilai dan memantau taraf pemakanan masyarakat.
- Mempromosikan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
- Mencegah dan mengawal masalah pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan dan berlebihan zat makanan.
- Merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai program pemakanan dalam empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, pemulihan dan advokasi pemakanan.

Reruai Sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) yang ke-17: NUTRI-GRADE: MALAYSIA & JOURNEY TOWARDS A HE...
11/09/2026

Reruai Sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) yang ke-17:
NUTRI-GRADE: MALAYSIA & JOURNEY TOWARDS A HEALTHIER BEVERAGE ENVIRONMENT

Bagi menangani isu pengambilan gula berlebihan, Malaysia telah berkongsi strategi kesihatan negara di Reruai Sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) yang ke-17 yang berlangsung dari 7 hingga 11 September 2026 di Kuala Lumpur.

Objektif reruai ini adalah untuk:
i. Meningkatkan kefahaman mengenai pendekatan pelabelan pek hadapan (Front-of-Pack Nutrition Labelling) di Malaysia, khususnya Healthier Choice Logo (HCL) dan sistem penggredan baharu yang akan diperkenalkan;
ii. Mempamerkan usaha dan perjalanan Malaysia dalam mewujudkan persekitaran makanan dan minuman yang lebih sihat, termasuk usaha mengurangkan pengambilan gula;
iii. Memperkenalkan konsep dan hala tuju Nutri-Grade sebagai salah satu instrumen dasar yang sedang dibangunkan bagi menyokong pilihan pengguna yang lebih sihat dan menggalakkan reformulasi produk; dan
iv. Memperkukuh perkongsian pengetahuan dan kerjasama serantau ASEAN dalam usaha menangani pengambilan gula berlebihan, mencegah penyakit tidak berjangkit dan mewujudkan persekitaran makanan yang lebih sihat.

Bersama kita Kurangkan Gula! πŸ’ͺ
Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman! 😊


11/09/2026

πŸ”₯ 1 HARI LAGI!

Segalanya bakal terungkai. πŸ‘€
Idea inovatif bakal beraksi, kreativiti bakal diuji,
dan hanya yang terbaik bakal merebut gelaran JUARA! πŸ†

🌟 Pertandingan Inovasi Produk Makanan Lebih Sihat Peringkat Kebangsaan 2026

⏳ Esok masanya!
Siapakah yang bakal mencipta kejutan dan melakar kemenangan?

πŸ”₯ Nantikan!

PROGRAM ANAK MALAYSIA SIHAT DAN CERIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, jom bersama-sama memeriah...
11/09/2026

PROGRAM ANAK MALAYSIA SIHAT DAN CERIA

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, jom bersama-sama memeriahkan program yang penuh dengan aktiviti menarik untuk anak-anak dan keluarga! πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦β€οΈ

πŸ“… 15 September 2026 (Selasa)
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Ruang Legar Blok E3

Aktiviti:
πŸ“ Saringan Berat & Tinggi Anak
πŸ₯— Taklimat Pemakanan: Jom Cegah Bantut
🍱 Pertandingan Bento Sihat Merdeka
πŸ₯› Jualan Susu
🎨 Aktiviti Interaktif Kanak-kanak
πŸ“š Pameran Pemakanan Sihat

πŸ’š Anak sihat, keluarga ceria, Malaysia sejahtera!




10/09/2026

πŸ€— Salam sejahtera semua!

✨ Continuous Nutrition Education (CNE) Bil. 17/2026 kembali lagi!

Kali ini, kita bawakan perkongsian istimewa berkaitan 1000 Hari Pertama Kehidupan, khususnya aspek pemakanan kanak-kanak. πŸ‘ΆπŸ»πŸ₯—

πŸ‘©πŸ»β€βš•οΈ Speaker 1: Nutritionist Ruhaya
πŸ“ Klinik Kesihatan Putatan
πŸ’¬ β€œMakan Bijak, Anak Hebat”

πŸ‘©πŸ»β€βš•οΈ Speaker 2: Nutritionist Jenny
πŸ“ Cawangan Pemakanan JKNS
πŸ’¬ β€œ1000 HPK: Pelangi Si Kecil. Makan Berwarna, Membesar Luar Biasa”

🌱 1000 hari pertama kehidupan merupakan tempoh penting dalam tumbesaran dan perkembangan si kecil.Jom ketahui bagaimana pemakanan yang baik dapat membantu anak membesar dengan sihat dan hebat!

πŸ“… 11 September 2026 (Jumaat)
πŸ• 2.30 petang
πŸ“ Facebook Live – Nutritionist Sabah
πŸ”— Link Facebook - https://www.facebook.com/share/16dxaCb1uK/?mibextid=wwXIfr

πŸŽ“ CPD: 2 point
✴️ E-sijil disediakan

πŸ’™ Jangan lupa set reminder dan ajak rakan-rakan untuk turut serta!
Jumpa anda nanti! πŸ€—


10/09/2026

πŸ”₯ 2 HARI LAGI!

Idea hebat bakal dipertandingkan.
Kejutan bakal menanti.
Dan siapakah yang bakal bergelar juara? πŸ†

🌟 Pertandingan Inovasi Produk Makanan Lebih Sihat Peringkat Kebangsaan 2026

⏳ Tunggu… tinggal 2 hari sahaja lagi!

09/09/2026

πŸ”₯ DEBARAN SEMAKIN TERASA!

⏳ 3 HARI LAGI!

Siapa bakal mencipta kejutan? πŸ‘€πŸ†

Pertandingan Inovasi Produk Makanan Lebih Sihat Peringkat Kebangsaan Tahun 2026

✨ Sudah bersedia?

πŸ₯›βœ¨ JOM MINUM 2 GELAS SUSU SEHARI!Tahukah anda? 2 gelas susu sehari boleh menjadi sebahagian daripada amalan pemakanan ya...
08/09/2026

πŸ₯›βœ¨ JOM MINUM 2 GELAS SUSU SEHARI!

Tahukah anda? 2 gelas susu sehari boleh menjadi sebahagian daripada amalan pemakanan yang baik untuk menyokong kesihatan anda. πŸ’ͺ🏻

Susu membantu menguatkan rangka tulang, menyokong fungsi otot dan saraf, serta mengurangkan risiko osteoporosis.

Jadi, jangan pandang ringan kebaikan susu! πŸ₯›
Mulakan hari anda dengan 2 gelas susu dan nikmati kebaikannya setiap hari. 🀍





🌽 JAGUNG BUKAN SAYUR! πŸ‘€Ramai yang ingat jagung dikira sayur… sebenarnya jagung tergolong dalam kumpulan nasi, bijirin la...
07/09/2026

🌽 JAGUNG BUKAN SAYUR! πŸ‘€

Ramai yang ingat jagung dikira sayur… sebenarnya jagung tergolong dalam kumpulan nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian. 🌽🍚

Jagung ialah sejenis bijirin penuh dan sumber karbohidrat. Malah, ia turut mengandungi serat, vitamin, mineral dan fitokimia. πŸ’›

πŸ‘‰ Tahukah anda?
🌽 1 tongkol jagung β‰ˆ 2 senduk nasi

Jadi, kalau makan jagung sebagai sumber karbohidrat, ambil kira ia dalam hidangan utama dan seimbangkan dengan lauk berprotein serta sayur-sayuran. πŸ₯—πŸŸ

Jagung tetap boleh jadi pilihan yang sihat - yang penting, tahu ia dalam kumpulan makanan yang mana! πŸ˜‰

05/09/2026

ADAKAH BANTUT BOLEH DIPULIHKAN?

Ya, masalah bantut boleh dipulihkan sekiranya keadaan tersebut telah dikenal pasti pada peringkat awal. 1000 Hari Pertama Kehidupan (1000 HPK), bermula dari tempoh kehamilan sehingga anak berusia 2 tahun, merupakan tempoh yang paling kritikal dan berkesan untuk mencegah serta membantu menangani masalah bantut.

Antara faktor penting yang menyokong proses pemulihan ialah pemakanan berkualiti, persekitaran dan sanitasi yang bersih, akses kepada penjagaan kesihatan serta pencegahan dan rawatan jangkitan berulang seperti cirit-birit.

Ambil tindakan segera dan pantau pertumbuhan anak secara berkala


Address

Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan, Presint 1
Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388924503

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nutritionistkkm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nutritionistkkm:

Shortcuts

Share