01/06/2026
๐ข๐ฃ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฃ๐๐๐จ ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐จ ๐๐๐ง๐๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ฆ๐๐๐ก๐ ๐๐ข๐ฃ๐ฃ๐๐ก๐
๐ ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ก๐, ๐ญ ๐๐๐ป โ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing telah melaksanakan Operasi Bersepadu bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan peraturan dalam aktiviti island hopping di perairan Mersing, semalam.
Pengarah Maritim Zon Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, operasi tersebut dilaksanakan secara bersepadu bersama Majlis Daerah Mersing (MDM), Pejabat Daerah Mersing, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) serta Jabatan Laut Malaysia (JLM) bagi memastikan tahap keselamatan pelancong sentiasa terpelihara dan semua pengusaha bot pelancong mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Beliau turut berkata, operasi itu turut bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara agensi penguat kuasa di daerah ini selain memastikan pematuhan terhadap syarat lesen pengendali bot pelancong, peraturan keselamatan pelayaran serta pemeliharaan sumber marin di perairan Mersing.
Sepanjang operasi dijalankan, pemeriksaan telah dilaksanakan ke atas bot-bot pelancong yang menjalankan aktiviti island hopping meliputi dokumen pengendali, lesen vesel, peralatan keselamatan, kapasiti penumpang dan tahap pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Tumpuan turut diberikan kepada penggunaan jaket keselamatan dan aspek kesiapsiagaan pengusaha bot dalam menghadapi sebarang kecemasan di laut.
Jelas beliau lagi, operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti pelancongan maritim di daerah Mersing berjalan dengan selamat, teratur dan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.
Beliau turut menasihatkan orang ramai serta pengusaha bot pelancong supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan demi kesejahteraan semua pengguna laut.
Maritim Malaysia komited untuk terus memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi-agensi berkaitan dalam memastikan keselamatan perairan negara, melindungi komuniti maritim serta menyokong pembangunan industri pelancongan maritim yang selamat, mampan dan berdaya saing di daerah Mersing.
Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) PMO Malaysia Majlis Keselamatan Negara