BPIT Putrajaya

BPIT Putrajaya Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian, Putrajaya

Jom sama-sama
17/05/2026

Jom sama-sama

Peluang Menyertai Bengkel Teknikal Antarabangsa Pengurusan Perosak Mangga
Industri mangga negara terus berkembang dan memerlukan pendekatan pengurusan tanaman yang lebih moden, lestari serta berdaya tahan terhadap ancaman perosak dan penyakit.
Sehubungan itu, orang ramai khususnya pegawai teknikal, pengusaha mangga, penyelidik, agensi serta pemain industri pertanian dijemput menyertai Technical Workshop on “Mango Pest Biosecurity and Integrated Pest Management Systems” yang dianjurkan menerusi kerjasama Malaysia–Australia Agricultural Cooperation Working Group (MAACWG).
Program yang berlangsung secara dalam talian pada 18 hingga 22 Mei 2026 ini bakal menghimpunkan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pakar tempatan serta Australia berkaitan aspek biosekuriti tanaman mangga dan sistem Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM).
Antara topik menarik yang akan dibincangkan termasuk kawalan lalat buah dan penyakit utama mangga, strategi pengeluaran mangga lestari serta pendekatan pengurusan tanaman yang lebih efisien dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Program ini merupakan peluang terbaik untuk meningkatkan kompetensi serta memperkukuh jaringan kerjasama dalam industri mangga negara, khususnya ketika sektor agromakanan berdepan cabaran perubahan iklim dan ancaman biosekuriti global.
📅 Tarikh: 18 – 22 Mei 2026
💻 Borang pendaftaran : https://t.me/mydoa_hq/2534
📌 Tempat adalah terhad. Ayuh sertai dan bersama-sama memperkukuh industri mangga Malaysia.

Address

Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, Aras 10 & 12, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62624

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BPIT Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share