Kementerian Perpaduan Negara

Kementerian Perpaduan Negara Facebook Rasmi Kementerian Perpaduan Negara
Harmoni Dalam Kepelbagaian
(5)

15/06/2026
Majlis Perasmian Penutup Program Kembara Ilmu dan Pesta Buku Sabah sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaa...
14/06/2026

Majlis Perasmian Penutup Program Kembara Ilmu dan Pesta Buku Sabah sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Sabah 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.

Program Kembara Ilmu yang dilaksanakan pada hari ini merupakan satu pendekatan baharu yang berkonsepkan info hunt atau pencarian maklumat secara berkumpulan. Melalui kaedah ini, peserta bukan sahaja menyelesaikan tugasan yang diberikan, malah turut meneroka ilmu secara aktif, berinteraksi dengan rakan-rakan dan memupuk semangat kerjasama.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Perpustakaan Negara Malaysia
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Malaysia





14/06/2026
Teruja melihat kreativiti dan semangat keusahawanan yang dipamerkan oleh para usahawan KRT dari seluruh negara sempena S...
14/06/2026

Teruja melihat kreativiti dan semangat keusahawanan yang dipamerkan oleh para usahawan KRT dari seluruh negara sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan!

Pelbagai produk unik, kreatif dan berkualiti tinggi yang dihasilkan membuktikan bahawa perpaduan bukan sahaja menyatukan masyarakat, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan komuniti. 🇲🇾

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara turut hadir menyantuni para usahawan komuniti serta menzahirkan komitmen Kerajaan dalam memperkasa Ekonomi Rukun Tetangga melalui inisiatif KRT Progresif.

Kerana perpaduan yang kukuh bukan sahaja menyatukan hati, malah membuka ruang kepada kemakmuran yang dikongsi bersama. ❤️

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Jabatan Penerangan Malaysia
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Sabah
JPNIN Sabah
RTM Sabah





14/06/2026

🎥 Seluruh rakyat Malaysia, ayuh kita saksikan bersama rakaman istimewa ini dan hayati bagaimana cahaya di langit telah menterjemahkan indahnya harmoni dalam kepelbagaian

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Drone Show Malaysia selaku Penaja Utama, serta rakan kerjasama Stadium Penampang, Majlis Perbandaran Penampang dan Persatuan Bola Sepak Malaysia atas kejayaan menjayakan persembahan 200 Drone yang menjadi antara kemuncak Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan.

🇲🇾 Dari Sabah untuk Malaysia, cahaya perpaduan terus menyinari Negara Bangsa.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
PMO Malaysia
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Sabah
BERITA RTM SABAH
ERA Sabah





🇲🇾 SEMALAM, LANGIT MALAYSIA MENJADI SAKSI SEBUAH DETIK YANG LUAR BIASA! Sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat...
14/06/2026

🇲🇾 SEMALAM, LANGIT MALAYSIA MENJADI SAKSI SEBUAH DETIK YANG LUAR BIASA!

Sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan bertemakan "Bersama Membina Negara Bangsa", para pengunjung telah disajikan dengan persembahan memukau daripada 200 drone bercahaya yang menerangi ruang angkasa malam dengan 15 formasi dan animasi yang penuh bermakna.

Dari bumi Sabah yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan etnik, sebuah detik ikonik telah tercipta, meninggalkan kenangan yang akan terpahat dalam ingatan semua yang hadir.

Kerana semalam, langit tidak hanya dipenuhi cahaya…

Ia diterangi oleh semangat perpaduan rakyat Malaysia.

Terima kasih kepada Penaja Utama Drone Show Malaysia dan rakan kerjasama Stadium Penampang, Majlis Perbandaran Penampang dan Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Show Malaysia
PMO Malaysia
ERA Sabah
BERITA RTM SABAH
Jabatan Penerangan Sabah
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah
JPNIN Sabah
RTM Sabah





Di bumi yang kaya dengan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik, Larian Unity sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Per...
14/06/2026

Di bumi yang kaya dengan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik, Larian Unity sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan berjaya menghimpunkan 15,000 peserta daripada pelbagai kaum dan latar belakang, berlari bersama sebagai satu keluarga besar Malaysia. ❤️

Inilah Sabah, berbilang etnik, berbeza budaya, namun sehati di garisan penamat perpaduan.

Turut hadir menyempurnakan Flag Off Larian Unity, YBhg.Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
ERA Sabah RTM Sabah
BERITA RTM SABAH
Yayasan Sukarelawan Siswa





14/06/2026

Wow… nampak tak semangat rakyat Sabah?

Larian Unity sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan berjaya menghimpunkan seramai 15,000 peserta, membuktikan bahawa semangat perpaduan di Bumi di Bawah Bayu sememangnya luar biasa!

Dari pelbagai kaum, budaya dan latar belakang, semuanya berlari seiring dengan satu matlamat meraikan kepelbagaian dan mengukuhkan ikatan perpaduan. 🏃🏻‍♀️🏃🏽‍♂️🏃‍➡️

Terima kasih Sabah! ❤️

15,000 langkah. 15,000 semangat. Satu Malaysia yang bersatu.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Yayasan Sukarelawan Siswa
ERA Sabah
Jabatan Penerangan Sabah
RTM Sabah
BERITA RTM SABAH





14/06/2026

HARI KETIGA, SEBUAH MEMORI YANG AKAN TERUS TERPAHAT DI HATI

Tiga hari yang dipenuhi dengan senyuman, gelak tawa, alunan budaya dan jalinan persahabatan yang merentasi setiap perbezaan.

Dari bumi Sabah yang indah, Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan bukan sekadar sebuah acara, tetapi sebuah perjalanan yang menyatukan hati dan mencipta seribu kenangan yang sukar dilupakan. ❤️🇲🇾

Di sebalik setiap persembahan, setiap sapaan mesra dan setiap detik yang dirakam, tersimpan kisah tentang rakyat Malaysia yang memilih untuk saling menghormati, memahami dan hidup dalam semangat kekeluargaan.

Kerana akhirnya, memori yang paling indah bukanlah tentang apa yang kita lihat, tetapi tentang siapa yang bersama-sama menciptanya.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Malaysia
ERA Sabah
Jabatan Penerangan Sabah





13/06/2026

Dari lensa Meta AI Glasses, tersimpan seribu memori indah Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan!

Gelak tawa, warna-warni budaya, semangat kebersamaan dan kemeriahan warga Sabah semuanya dirakam dalam satu video istimewa khas untuk anda.

📹 Jangan lupa kongsikan video ini dan tag keluarga serta rakan-rakan yang turut memeriahkan !

Kamu urang berjaya "spot" diri sendiri dalam video ini? 👀👇

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Malaysia
ERA Sabah
Jabatan Penerangan Sabah





Address

Aras 5-10 Blok F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Putrajaya
62000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60380918000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Perpaduan Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Perpaduan Negara:

Share