28/05/2026
Program Jaguh Keusahawanan Nasional (JAGUH) Siri 6 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 22 hingga 23 Mei 2026 di UiTM Kampus Sabah. Program ini telah menghimpunkan seramai 189 mahasiswa dan graduan daripada 7 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan generasi mahasiswa dan graduan.
Majlis Penutupan program telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Dewan Tun Mustapha, UiTM Sabah, sekali gus menandakan komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan negara.💡✨
Antara IPT yang terlibat ialah:
📍UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) CAWANGAN SABAH
📍UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
📍UNIVERSITY COLLEGE SABAH FOUNDATION (UCSF)
📍KOLEJ KOMUNITI PENAMPANG
📍NSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) KINARUT
📍CYBERJAYA COLLEGE KOTA KINABALU
📍ADTEC JTM KAMPUS KOTA KINABALU
Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan kesedaran keusahawanan serta pembangunan idea inovatif dan penyelesaian pasaran berdasarkan bidang pengajian masing-masing.
JAGUH Siri 6 Tahun 2026 turut memberi fokus kepada tiga sektor utama berpotensi tinggi iaitu:
🌟 Sektor Pertumbuhan Tinggi dan Bernilai Tinggi (HGHV)
🎨 Ekonomi Jingga (Orange Economy)
🌊 Ekonomi Biru (Blue Economy)
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing, inovatif dan mampu mencipta impak kepada ekonomi negara.